Apr 30, 2012

seminggu dah berlalu, tapi aku masih tak percaya...

....yang aku lepaskan palang aircraft pastu terjun macam yuna...eh!

minggu lepas 22 april 2012 merupakan antara detik yang bersejarah dalam hidup aku sebab buat pertama kalinya aku join sukan extreme....SKYDIVE!!!! wohooo!!
(sebelum ni benda paling extreme pernah aku join ialah naik roller coaster kat Genting & Times Square....hehe...)
memang dah lama gila teringin nak buat benda-benda macam ni....umur dah nak suku abad baru berkesempatan...apa-apa pun alhamdulillah...sebab tak ramai yang berani & dapat buat benda ni...

semuanya berlaku bila kawan sekerja hidya invite dia pergi skydive since syarikat diorang ("selambe jer") pernah buat aktiviti ni, pastu hidya ajak le geng2 st. mary kitorang ; aku, icha, hajar & nina join....tapi malangnya diorang tak dapat join sebab parents icha & hajar tak bagi, nina pulak nak save duit sebab nak bertunang dah...so aku dengan hidya je lah....

mula-mula memang agak risau lah sebab takde kawan, 1st timer pulak tu....tapi dah last-last minute hidya berjaya pujuk cik abe beliau untuk join....sepanjang 2 malam 2 hari kat Segamat, Johor tu, agak lega jugaklah sebab ada si hafizi tu sebab aku dengan hidya ni (aku le terutamanya...heheheh...) bukannya jenis peramah....tak pandai nak bergaul dengan orang sebab kitorang masih budak-budak lagi....eh!

sekali terbang, aircraft tu boleh bawak 4 orang je ; pilot, sorang jump master (yang akan conduct & bagi arahan masa kat atas sana) & 2 orang jumper...partner masing-masing ditentukan oleh berat badan....parachute attached pada aircraft, bila dah sampai satu2 ketinggian, parachute terbuka, & jump master tarik balik tali yang attached pada parachute tadi tu...kitorang terjun lebih kurang 3500 kaki....terjun sorang-sorang...tu yang lagi buatkan aku rasa tak percaya aku pernah buat tu...hohoho....

ada beberapa jumper yang buat landing bersejarah pada hari itu....hidya landing kat pokok, youchi takatoo (bukan orang jepun) landing kat padang golf sebelah drop zone, elis a.k.a shutter cam berjaya landing atas tilam & beberapa jumper baru/currentcy berjaya landing dengan perfect nya, termasuklah hafizi...

ok...enough with words, let's enjoy pictures taken by hidya & bakal hasben (ececeh...amiin...hehe...) & some of the jumpers...
(aku orang yang tak berapa nak kaya, so takde kamera sendiri... :p )


hidya & i with our dot tag
info : dot tag ialah tag (rantai) yang ada tertulis info pasal diri kita ; nama, jenis darah, agama & nombor ahli SDRCM

tengah dengar tips dari yang pakar, kak eija....kak eija ni dah free fall dah, macam kebanyakan orang-orang kuat SDRCM yang lain...
info : free fall ialah terjun pastu bukak parachute sendiri....macam yang yuna buat tuu...

nervous....cuak gilaaaaaaa!

saje pilih kaler merah sebab nak padankan dengan maksud nama sendiri....heheheh...
(sebenarnya aku nak pakai warna kuning!!! tak pun biru....blue & yellow are my favourite colours! :D )

tengah tunggu giliran....berdebar gilaaaaa!!!
partner aku si hafizi (sori hidya, pinjam pakwe hang sat...hehe...)
kitorang terjun dalam pukul 9 pagi, hidya dalam pukul 11 lebih...


"mommy, mommy...look! i'm flying!"
XD

sikit lagi nak landing atas tilam...tapi sebab aku anak didik yang sangat bagus, maka aku ikut arah jump master lalu landing atas parachute beliau...hewhewhewhew....


"looking for me?" yes, we're all looking for you hidya because........ *next picture please*

.....oh my God! you landed on the tree nearby!
hahaha....pengalaman hidya mencium pokok....hehehehe...
nasib baik laa tak jadi apa-apa....
sweet memory ne, hidya-chan?

lebih kurang camni laa pandangan dari atas....tapi lagi cunnn! lagi best!! lagi menarik!! lagi.........tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata lah!
XD

orang kuat SDRCM
chan ho nam, loe farcruel munir (presiden) & pjj o pjj (timbalan presiden)

family SDRCM
:)



siri yang seterusnya insya ALLAH bulan jun/julai.... & of course, kalau takde aerial tv yang melintang depan rumah, aku akan pergi lagi...sangat best!

terima kasih sangat-sangat kepada family SDRCM sebab anjurkan event yang best ni walaupun ada kekurangannya sikit (sebab diorang masih baru) ..... agak hampa sebenarnya sebab tak ada sesi feedback...boleh jugaklah luahkan masalah-masalah yang dihadapi...kalau cakap kat fb je tak sesuai...hehe...

& bersyukur sangat-sangat dapat buat skydive akhirnya & masih hidup....hehehe....
alhamdulillah...terima kasih ya ALLAH... :)


eh! lupa pulak.... SDRCM stands for Sky Dive Rescue Climber Malaysia ... :)





p/s : blogspot dah bertukar wajah....tak suka! tak nampak hape pun...perkataan je yang nampak...hadoihaai...

Mar 26, 2012

those who are dearest to me

I have :

1. a couple of friends that have known me for almost 2 decades now and still keep in touch.

2. a group of friends that share same interests, have almost same thoughts, who have known me very well. A bunch of people that I would loooovvvee to hang out with every weekends.

3. a group of friends that I really miss and always thinking about them, friends that I would love to know more about them.

4. a group of friends that knows me very well, maybe a bit more than number (2) because we have spent almost 12 hours together, went to breakfast, lunch and/or dinner together, sleep together, all these for 3-4 years in a row, have fights, know the 'signs' when I "merajuk"...just a bunch of friends that know me too well.

5. a group of friends that I really miss very much. Always wonder if only we were closer sooner, maybe we could create a lot & lot of sweet & great memories together. But now, they're so close, but yet so far.

6. a friend that knows me very well too, always have fights with but a very loyal, trustworthy friend. A friend with a lot of advise and always willing to lend you shoulder to cry on.



......and all of them are very very very dearest to me....
Thank you for being such a great individuals.....each & everyone of you.... :)











Feb 16, 2012

post untuk diri sendiri :p

saje je buat nota & reminder untuk diri sendiri sebab baru kejap tadi "down the memory lane" ......hahaha....boleh pulak....

1995  -  abang mi UPSR
1996  - 
1997  -  kak iqa UPSR
1998  -  abang mi PMR
1999  -  aku UPSR
2000  -  abang mi SPM ; kak iqa PMR
2001  - 
2002  -  kak iqa SPM ; aku PMR ; hadi UPSR
2003  - 
2004  -  aku SPM
2005  -  hadi PMR ; ayus UPSR
2006  - 
2007  -  hadi SPM
2008  -  ayus PMR
2009  -  haris UPSR
2010  -  ayus SPM
2011  -  adek UPSR
2012  -  haris PMR
2013  - 
2014  -  haris SPM ; adek PMR
2015  - 
2016  - adek SPM

Feb 12, 2012

saya budak sains

bulan Januari mem'blah'kan diri tanpa ada entri dari aku.........

sejak kebelakangan dan kedepanan ni kalau baca surat khabar mesti sekurang-kurangnya ada 1 berita pasal kemerosotan pelajar aliran sains....
mula-mula aku rasa benda ni macam.......alah...benda kecik je.....bidang lain pun sama pentingnya kepada negara.... (sejak tahun ke-3 degree, barulah aku mula sedar pasal benda ni...huhu....)
pastu bila fikir balik, kalau betul negara kita nak maju & nak realisasikan wawasan 2020, maka bidang sains haruslah lagi ke depan berbanding bidang yang lain...
malas nak ulas pasal benda ni panjang-panjang, terus ke main point yang aku nak cakap....benda yang dah lama aku fikirkan....

kenapa eh, kat malaysia ni pembuat filem & drama jaaaaaaaaaaaaaaarang sangat buat cerita-cerita science fiction? rasanya dalam 5 tahun adalah 1-2 filem/drama yang ada sikit-sikit cerita pasal sains ni....
kalau tengok kat hollywood, ada pengarah filem dia bukannya berlatarbelakangkan pendidikan sains, tapi boleh buat filem science fiction yang gempak...
kalau anime jepun pulak, lagilah tak payah cerita....antara manganime yang aku sangat kagum dengan isi cerita dia, Fullmetal Alchemist....cerita pasal bidang alkimia....sangat menarik, sangat original....dan lebih buatkan aku kagum, mangaka dia adalah seorang perempuan (selalunya cerita lawan-lawan ni kan kebanyakan mangaka dia lelaki....)

orang-orang yang buat cerita sci-fi ni, untuk nak bagi cerita tu nampak real, diorang buat kajian mendalam dulu pasal satu-satu benda....macam cerita iron man, macam mana dia boleh buat cerita watak utama dia tu gunakan bahan-bahan yang ada dalam penjara dia untuk jadi iron man....

kalau tengok fenomena filem/drama kat malaysia pulak, asyik-asyik cerita cinta.....cinta terhalang, cinta keparat, cinta korporat....pastu cerita hantu.....macam abang ipar aku cakap "kalau macam ni hantu pun boleh mintak royalti sebab asyik cerita pasal dia je"
pendek kata macam video matluthfi kat bawah ni la....saaaaaangat stereotype....



lagi satu, sekarang ni drama bersiri kat tv semua nak buat cerita stail cerita korea Full House....mula-mula heroin ada pakwe (dalam Full House, hero yang ada awek), pastu kena kahwin paksa, pastu masa jadi suami isteri tu selalu tak sebulu, pastu buat jadual & peraturan dalam rumah, pastu ada incident yang tak disangka-sangka, pastu si isteri boleh pulak terjatuh hati kat suami dia yang selama ni dia benci, pastu isteri clash dengan pakwe sebab dah jumpa siapa true love dia yang sebenarnya, pastu dapat anak. -____-

takde idea lain lagi ke nak buat cerita?

kalau rosyam nor punya cerita pulak, mesti dia lah hero. awek mesti lah yang cun......tapi nak tengok macam takde selera pulak sebab rosyam nor dah tua, tak layak nak berlakon watak muda....

takde idea lain lagi ke nak buat cerita?

kalau buat cerita pasal budak kolej/universiti pulak, MESTI! MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI cerita pasal budak seni......
seni =  tarian, lakonan, seni lukis, muzik dll.
tapi kat malaysia tarian & lakonan la paling mendominasi....sebab apa? sebab pengarah dia memang dalam bidang tu....dia malas nak keluar dari kepompong dia, malas nak buat kajian pasal bidang luar daripada bidang dia, which means may take 2-3 years of research.....so in the end, nak buat pasal pelajar kolej yang tengah bercinta, kursus yang budak tu amek haruslah berkenaan dengan seni.....

dulu ada 1 drama bersiri ni, Cinta Medik namanya......dengar tajuk Medik tu dah seronok dah....tapi bila ada Cinta kat depan tu terus down excitement tu.....tak tengok pun tau, mesti banyak fokus pada percintaan....
tapi aku pernah lah nak try tengok cerita tu.....ada sekali tu je la....kebetulan pulak masa tu tengah scene doktor (ke pegawai sains kat hospital tu) tengah buat eksperimen....dia nak campurkan bahan kimia....boleh pulak dia campurkan chemical tu macam tu je....TANPA sukatan....tak guna silinder penyukat pun....waaahhhh! hebat betul doktor.....boleh measure guna mata je.....
aku terus tukar channel lain sebab scene yang pendek tu dah spoil kan mood aku nak tengok scene yang seterusnya......

para penggiat seni, para pembikin filem/drama di Malaysia....tolonglah produce kan at least 1 cerita fiksyen sains dalam masa 1-2 tahun....boring weyyy....dengan media macam ni sebenarnya boleh tarik ramai orang untuk minat pada sains....

pernah tengok or at least dengar cerita sitcom "The Big Bang Theory" ? cerita tu sangat famous kat US.....cerita pasal seorang geek/nerd/genius fizik & kengkawan dia....watak Sheldon tu sangat kelakar, sinis, x ketawa & .......................kelakar! tapi bersedialah dengar term-term yang tak pernah korang dengar (melainkan dalam fizik & kejuruteraan je....hehe...) & teori-teori yang memeningkan kepala....sebab walaupun dia cerita lawak, tapi penuh dengan sains! XD
untuk buat sitcom ni pengarah dia siap panggil science consultant lagi....hohoho....

(p/s : ermmm.....sebenarnya aku tak ikut sangat cerita ni.....aku layan masa duduk rumah sewa dengan lin dulu...hehe...)

ok...dah banyak dah aku merapu....akhirnya dapat jugak tulis (taip?) pasal benda ni....hehehehh...




p/s : dulu masa aku buat cerita "Homun" untuk drama teater FESENI 2007/2008, masa pengacara tu baca sinopsis cerita, dia sebut "sci-fi" sebagai "si-fi" .......ermmm....lupa lah pulak aku nak taip science fiction dalam sinopsis tu....huhu...rasa nak tergelak jugak bila dia baca tu....heheh....

p/s lagi : "Homun" comes from homunculus....dari cerita Fullmetal Alchemist.....kebetulan pulak sebutan dia dah nak dekat dengan HUMAN....hee....tapi cerita pasal robot manusia yang hidup dengan jantung manusia (ehhh....macam cerita Terminator pulak....tapi, nonononoooo....aku buat cerita Homun ni dulu tau....) ....tapi disebabkan "perasaan" adalah hak milik manusia, makhluk istimewa yang diciptakan ALLAH, maka homun tu tak dapat menanggung beban perasaan yang datang bersama-sama dengan jantung yang dipasang dalam badan dia....last sekali, homun tu bunuh pencipta-pencipta dia sebelum rosak & mati....
(ada salah sorang AJK teater tu cakap kat farhan, yang bertanggungjawab uruskan audio & bunyi team kitorang, teater tu teater pertama yang berdasarkan sains....bila farhan cakap budak sains yang buat cerita tu, orang tu "oohh...patut lah...." heee.... :D )

lagi-lagi p/s : homunculus dalam dunia sains adalah lebih kurang macam dalam cerita FMA....."friend in the flask", artificial human, little human, snake-eating-it's-own-tail symbol a.k.a uroboros, "to submit oneself to unendurable torment", blablablablabla.....
you'll be amazed macam mana punya detail mangaka dia buat research.....and for that you have my respect, Hiromu Arakawa-san..... :)

p/s yang last, ok yang ni memang last punya : rindu pulak nak berdrama & bercengkerama & bercengkerang & bermemerang & berboomerang....



homunculus dalam FMA


uroboros symbol


"my little friend in the flask"

edward elric (fullmetal alchemist) & roy mustang (fire alchemist)
*lessthanthree*

Dec 13, 2011

(melayu+jawa+banjar) + (bajau+cina)

waaahh...tajuk.......macam nak buat equation ape je....
tajuk tu sebenarnya pasal my only elder brother's wedding....
(mmmm....macam boleh tambah "siam" je lepas banjar tu kan.....tapi takpe la...sebab tak sure kan...hahaha...boleh pulak... :p )

aku letak gambar je lah ek....

(pictures at Kota Belud taken by faiz and the lightcatchers)

majlis nikah
25 November 2011
Kota Belud, Sabah








focus on the hand....dah macam dalam bendera negeri Sabah dah kan?
hehe




pelamin ketiga - bajau!
:D



majlis bersanding
26 November 2011
Kota Belud, Sabah













majlis belah pengantin lelaki
10 Disember 2011
Kepong, KL 

(gambar dari facebook sepupu aku, Atyn Konzashah)














pasukan kompang bidan terjun...
budak-budak kompang kampung tak dapat datang, so aku terpikir nak panggil diorang ni...
nasib baik kat UM ada FESENI....heheh...


pengantin ni berumur setahun lebih....
my only kakak, kak iqa & abang azree with the cutie mutie comeltie smartie aleesya sofea.....
buah hati semua orang... :D

(nanti umur dia dah setahun aku buat entri khas untuk my only anak buah ni...insya ALLAH...)


ok....letak sikit je gambar...nanti tak exclusive....heheh....
nak tengok lagi banyak gambar (yang belah pengantin perempuan je la...) please go to here and here
:)

Nov 11, 2011

macam di KK

cuti deepavali hari tu aku pergi Kota Kinabalu, Sabah untuk melawat kawan yang macam sengsara je duduk kat sana, Safa....hehehe....dia jadik cikgu kat MRSM KK kat Kinarut....sebelum ni dah janji dah dengan dia nak datang KK...dari bulan 5 hari tu lagi...pastu tangguh punya tangguh sebab tak berapa nak ada duit sangat (huhuhu...)....sampai lah hari tu akhirnya dapat gak aku pergi "over the sea"....

pengalaman pertama naik kapal terbang....sensorang pulak tu...fuhhh....memang best...heee :D
tapi yang tak berapa nak best nye aku pergi book flight malam....pergi & balik pulak tu....memang tak nampak hapeee laa....nampak "emas" je r masa tengok kat bawah....tapi still cantekkkk sangat.... :)

dan yang kelakar nye, disebabkan aku first time book tiket & naik flight, maka dengan bijaknya aku pergi amek semmmmmuaaaaa sekali yang AirAsia offer....pilih seat (tapi bukan yang hot seat r...), makan, insurans, luggage (sampai 20kg pulak tu.....padahal luggage tak sampai pun 15kg....hahaha...)....sume tu aku amek untuk perjalanan pergi-balik....haru betul....hehe....takpe....tu sume pengalaman....macam abah cakap...heee :D

sampai kat KKIA, safa jemput aku dengan kawan dia yang ada kereta, kak aini....kesian gak kat diorang sebab kena amek aku pukul 12 malam....huhu....kalau kat semenanjung kira pukul 12 tu dah macam pukul 1 dah tu....

first day kat KK, kitorang pergi Kundasang.....pergghhh!!! best gile kot!! sejjjuukkk!!! patutlaa orang Sabah ni cantik-cantik kan? :)
sayur-sayur dia besar-besar...gemuk-gemuk....paling aku rasa tak boleh blah tengok dia punya daun bawang....mak aiii....dah macam pokok lidah jin pun ada....kak aini beli bunga untuk budak-budak MRSM tu sebab sabtu tu diorang konvo....(ceh ceh ceh.....budak sekolah pun ada majlis konvokesyen....)
masa kat Kundasang tu boleh nampak puncak Gunung Kinabalu yang..........................WOW! SUBHANALLAH........................cantik beb.....kalau tengok gambar je rasa macam biasa je....tapi kalau tengok depan-depan....memang........fuhh....! cannot describe the feeling..! dan kebetulan masa kitorang kat sana, berkabus....so puncak gunung tu main ucak-ucak dengan kitorang....
kitorang stop kat Nabalu point....beli souvenir sesikit....

malam tu makan ikan bakar kat Kampung Air....perrghh!!! memang terbaik.....................................
diorang cakap kalau ikan bakar yang fresh-fresh ada 2 tempat yang best....kat Kampung Air & Pasar Philipines....tapi kat Kampung Air murah lagi....& akhirnya dapat gakk aku merasa makanan nama aku....UMAI...! yeayyy!!! umai ni sebenarnya makanan orang Sarawak...ikan mentah yang diperah limau...so acidity dalam limau tu yang akan memasakkan ikan tu (kiranya macam makanan Jepun laa....mentah-mentah sikit....oh! and by the way, UMAI dalam bahasa Jepun sama dengan maksud OOISHII.....which means SEEEDAAAPPP....heheh...) tapi sebab orang Sabah ni suka sangat makan cuka, so diorang gantikan limau tu dengan cuka dan rasa dia.........mmm....takde lah sedap mana pun....sedap lagi ikan bakar fresh yang kitorang order tu....hehe....kitorang makan 3 orang, beli ikan pari setengah, pastu ikan apentah sekor, dengan air sume, tak sampai 30 hengget je.....murah gilaaaaaa......mak aku cakap kat sini seafood murah tapi ayam dengan daging mahal...& patut laaa abah & Cik D (bapak saudara aku) macam menggila masa datang sini dulu....masa majlis pertunangan abang mi beberapa bulan yang lepas....hehe....

hari khamis & jumaat, siang tu takde pergi mana sangat sebab kena tunggu safa & kak aini balik sekolah dulu baru boleh gi jenjalan.... (MRSM tak cuti pun dowh....sekolah kerajaan sume cuti seminggu time tu....)
kitorang pergi makan kat TLC (Tanjung Lipat Corner) pekena chicken wing paling famous kat sana.....pastu beli coconut shake dia yang punyaa lah susah nak habiskan 1 gelas tu....1 gelas boleh kongsi 2-3 orang tapi sedapp!!
pastu kitorang pergi makan dim sum kat mmmapentahnametempatdietakingat....pun sedap gak....pendek kata kak aini memang pakar lah tempat-tempat makan yang sedap kat KK tu...hehe...yelah....dah jadik cikgu kat situ dah nak dekat 8 tahun dah....mesti la dah terer kan? hehe....

hari sabtu kitorang pergi kenduri kawen ustazah MRSM tu....aku tak tau la pulak diorang ada kenduri kawen nak kena attend, so tak bawak laa baju kurung....tapi nasib baik laa jugak ada bawak baju blouse, so formal sikit laaa....kalau tak T-shirt je laa memanjang....
kenduri kawen tu buat kat Kota Belud....masa on the way tu aku mesej bakal kakak ipar aku, sebab dia orang Kota Belud gak...ingatkan boleh laa jumpa...tapi kak nad ada kat KK pulak masa tu....pergi buat spek...dia kata tak tahan dah pakai contact lens (oookk......baru aku tau kak nad pakai contact....hehe...)...memang takde jodoh r dengan dia hari tu....

pas gi kenduri, kitorang pergi Tuaran...pekena segala macam jenis kelapa kat gerai-gerai tepi jalan tu....kelapa bakar, kelapa sejuk, kelapa panas, puding kelapa sume kitorang order....& the best of all : LOKAN! wahhhh....rasa macam heaven makan lokan kat situ.....sedap gilaaaaa......mula-mula tu takut gak laa nak makan lokan ni sebab masa abang mi bawak parents kitorang makan lokan kat Tuaran tu diorang keracunan....teruk gila kot keracunan diorang tu....sampai sebulan lebih dok sakit perut & muntah-muntah....tapi diorang pergi kat gerai yang masak lokan dia macam tak masak je.....mama cakap sekejap je dia bakar lokan tu....berair lagi pulak tu....yikes! tapi gerai yang kitorang pergi ni memang lama gila r dia bakar lokan tu....sampai kitorang ingat dia dah lupa kitorang punya order....

hari ahad, pagi tu kitorang pergi PULAU MANUKAN!!!! best wehhhhhhhhhhh.......air dia jernih gilaaaaaaa......lagi jernih dari Pulau Kapas yang aku pergi masa conferens tahun lepas...memang siuk gila lah snorkeling kat sana.....siuk gila sampai aku terpijak landak laut....wahahahaha.....memang pengalaman.........
goggle yang aku pakai tu asekkkkkk je masuk air....tu yang selam 5 saat, kena timbul balik sebab goggle dah penuh air....huuuu.....kesedihan di situ....dah la tak reti berenang....so bila timbul tu, haruslah guna kaki untuk bergerak since paras air sampai kat dada je....masa tengah dok berjalan mengundur tu yang terpijak landak laut tu....haduii....punya lah sakit....terus aku pakai goggle, tengok kaki aku....aku tengok...mak aiiiiii....banyaknyaaaa duri! aku try cabut sebijik time tu jugak...darah pun keluar....pastu aku imagine ikan jawa yang dari jauh sana terbau darah aku pastu datang serang pantai tu.....hahahaha.... (what an imagination laa you.......huhu...)....dah la sebelum tu pun kak aini dah terkena dah....kak aini lagi kesian, masuk-masuk air je dah terkena....huhu....

masa nak berjalan nak naik ke darat tu rasa macam tak larat nak berjalan dah....sakit gila....safa la yang tolong guide kan laluan nak naik....takut laa tengah nak naik tu terpijak lagi landak laut...tak ke haru....huhu....sampai kat bench kitorang tengok kaki balik....huuu...banyaknyee......aku berjaya keluarkan 1....pastu yang lain-lain tu tak dapat nak keluarkan sebab dah masuk ke dalam....agak ngeri gak r tengok kaki....tapi aku tak nangis....aku kan tough! heheh....

dalam 5 minit camtu orang yang kat pantai tu datang....rileks je dia bila aku cakap kena landak laut....dia suruh kawan dia amekkan ubat...ingatkan ubat apee la....rupanya cuka....tapi memang berkesan la....kurang sikit rasa sakit tu lepas dah 20 minit camtu....dah boleh snorkeling balik dah....hehe....orang dah banyak pengalaman kan....mestila dia tau apa ubatnya....

balik dari pulau...masa kat jeti, masa nak keluar dari bot tu...dengan bot yang terumbang ambing, aku dah start mabuk laut dah....errmmm....jap...boleh panggil mabuk laut ke camtu? sebab aku mabuk masa nak keluar dari bot...kaki dah ada kat jeti dah masa tu.........ok.....aku panggil mabuk jeti la camtu....

kitorang makan kat jesselton point kat situ....ada lauk gulai sotong....wahh....aku teringat makan sotong bakar hari tu....sekali kena sampai 23 hengget! lunch paling mahal kot aku rasa...huhu....
balik dari jeti, kitorang gi Pasar Philipines sebab aku teringat ada 'benda' lagi yang tak dibeli....pergi kat pasar ikan masin sebelah tu sebab safa nak tengok ikan masin cili/sambal yang aku cerita kak nad selalu bagi kat kitorang.....ikan masin cili tu aroma dia.....perghh!! memang terbaik lah! kat rumah tu aku je yang rajin goreng....hehe....

pastu kitorang berangkat pergi airport....sebab flight aku pukul 9 malam....masa salam-salam, peluk-peluk diorang, terasa gakla macam "my very own reservoir of water" (haha...) nak keluar....tapi tahan la....aku kan tough! hahahaha......

terima kasih kat safa & kak aini yang dah provide hospitality & kereta & pengalaman yang sangat best sepanjang aku kat sana....semoga jodoh safa & topek kekal sampai akhir hayat & semoga kak aini dapat jodoh yang baik dan menepati selera.....chewah! eh silap....amiin...... :)

note :
1. orang Sabah saaangat suka cuka....kalau pergi mana-mana restoran, mesti ada cuka....kak aini cakap dia pernah nampak ada someone ni bubuh cuka kat nasi dia macam letak kicap....huuu....
2. kalau attend kenduri kat Sabah korang kena makan pakai sudu ok....ada sudu je....garfu takde....air basuh tangan pun takde...
3. orang Sabah sopan-santun....even masa driving....heheh....
4. masa tak dapat pergi mana-mana sebab kak aini a.k.a owner of the car tengah bizi prektis jadik MC untuk majlis konvo diorang, aku try tanya junior drama yang duduk kat Ranau, si Ipin (Upin takde... :p )....since dia ada buat sewa kereta....tapi malangnya untuk area Ranau je......alaaaahai....sayang betul....
5. tempat-tempat kat Sabah ni jauh-jauh....so kalau nak puas discover KK, at least stay seminggu....baru boleh pergi macam-macam tempat....
6. agak terkilan sebab tak dapat jumpa kawan sekolah rendah aku, Maryam yang baru pindah ke KK....dia ikut suami dia pindah....laki dia kerja navy kat sini....tak dapat jumpa sebab diorang laki bini tak reti nak gi Kinarut, aku pulak takde kenderaan nak gi sana....agak kesedihan di situ....tapi tak pe....nanti kenduri abang mi beliau harus pergi! heheh....
7. lagi 2 minggu aku pergi Sabah lagi......sebab abang mi punya kenduri kawen kat Kota Belud....dapat naik 'roller-coster' lagi.....yeay!!
8. semalam, lepas dah 12 hari kena "serangan" landak laut, barulaa aku gi klinik nak keluarkan duri dia....hehe....dah bengkak sikit....sikiiiiit je la....tak teruk mana pun....MA (medical assistant.........ke HA ek?ntah laa....) yang mula-mula rawat aku tak tau caner rupa landak laut tu....sampai kena google baru tau....agak kelakar di situ....hehe....pastu datang pulak MA yang pernah kena landak laut....dia r yang keluarkan duri tu....banyak yang macam dah agak reput sebab "....benda ni dari air laut...so bila dah selalu kena air tawar dia mereput la....cuba amek batu karang pastu letak dia dalam air tawar.....blablabla...." camtu lah yang MA tu cakap.....dan hari ni kaki aku berbalut....kat ibu jari je r...bila berjalan orang pandang kaki aku, terasa macam stylo pulak aku....wahahahahahaha.....
so pengajaran di sini : bila pergi snorkeling, kalau dah tau tak reti berenang pakai laa kaki itik tak pun pakai selipar....dan duri landak laut ni tak berapa nak bahaya pun....pasal tu laa orang jaga pantai tu rileks je....tapi agak sakit laa bila biarkan lama-lama...heheh....

now, enjoy the absolutely-not-high-quality pictures from my hanphone cam....heheh....




masjid terapung
-maghrib-

 masjid terapung from far

 lauk kenduri
-sila pakai sudu okee...-

safa, kak aini & nadiah lingkan (student diorang....sumandak sabah baini...)

hiburan masa makan kenduri

kuih sampingan kenduri.....
aku suka yang warna pink tu... :)

 yeaaahhhh!! itu dia penyanyi import dari MRSM KK.....!!!

budak 2 orang ni sangat comel....terutama yang belakang tu...siap peace-peace safa lagi....
kitorang amek gambar diorang, pastu masa balik cakap "nak ambil gambar kau"....hahaha...
siap amek gambar kitorang curik-curik lagi....hahaha...
yang belakang tu kitorang panggil madi....sebab macam muka rosmadi, geng drama aku....hehe...

 kambing 2 ekor ni sedap betul berdating tengah jalan...
comel betulll....
aku suka kambing....sebab kambing selalu senyum....hehe

jeti jesselton

musuh aku....hahahaha....
tapi tengok laa air dia....jernih gila kan?
:-O

kaki itik....
ni pinjam kak nana (isteri abang sedara safa yang sedang berhoneymoon kat sana..) punya ni...
bergambar je lebih....sewanye tak nak...pastu kena landak laut...padan muka....
:p



lunch yang mahal....
sotong dia liat pulak tu....huhu


ni pulak gambar yang aku cilok dari safa & kak aini....berkualiti sikit....hehe...

the pengantin

it's all about coconuts....heheh...

 puding kelapa....
keladi, jagung, durian & pandan

 auuuwwhhh....masamnyeee....
kehkehkehkeh

 model kelapa bakar



EXCLUSIVE!!!
yang bintik-bintik hitam tu duri landak laut yang dah tertanam la tu....
banyak kan?
adelaaa dalam 11-12 bijik.....
weeeeehoooo......!!
see the blood? hohohoho...


and last of all....sila lah layan lagu favourite safa......
Macam di KK....hehe
(sa bilang macam di KK......ada di KK.....aramai.....)





p/s : aku lupa nak amek & snap gambar duri yang dah keluar tu....!!!
huwaaaa.........
sedihnye........