Apr 30, 2012

seminggu dah berlalu, tapi aku masih tak percaya...

....yang aku lepaskan palang aircraft pastu terjun macam yuna...eh!

minggu lepas 22 april 2012 merupakan antara detik yang bersejarah dalam hidup aku sebab buat pertama kalinya aku join sukan extreme....SKYDIVE!!!! wohooo!!
(sebelum ni benda paling extreme pernah aku join ialah naik roller coaster kat Genting & Times Square....hehe...)
memang dah lama gila teringin nak buat benda-benda macam ni....umur dah nak suku abad baru berkesempatan...apa-apa pun alhamdulillah...sebab tak ramai yang berani & dapat buat benda ni...

semuanya berlaku bila kawan sekerja hidya invite dia pergi skydive since syarikat diorang ("selambe jer") pernah buat aktiviti ni, pastu hidya ajak le geng2 st. mary kitorang ; aku, icha, hajar & nina join....tapi malangnya diorang tak dapat join sebab parents icha & hajar tak bagi, nina pulak nak save duit sebab nak bertunang dah...so aku dengan hidya je lah....

mula-mula memang agak risau lah sebab takde kawan, 1st timer pulak tu....tapi dah last-last minute hidya berjaya pujuk cik abe beliau untuk join....sepanjang 2 malam 2 hari kat Segamat, Johor tu, agak lega jugaklah sebab ada si hafizi tu sebab aku dengan hidya ni (aku le terutamanya...heheheh...) bukannya jenis peramah....tak pandai nak bergaul dengan orang sebab kitorang masih budak-budak lagi....eh!

sekali terbang, aircraft tu boleh bawak 4 orang je ; pilot, sorang jump master (yang akan conduct & bagi arahan masa kat atas sana) & 2 orang jumper...partner masing-masing ditentukan oleh berat badan....parachute attached pada aircraft, bila dah sampai satu2 ketinggian, parachute terbuka, & jump master tarik balik tali yang attached pada parachute tadi tu...kitorang terjun lebih kurang 3500 kaki....terjun sorang-sorang...tu yang lagi buatkan aku rasa tak percaya aku pernah buat tu...hohoho....

ada beberapa jumper yang buat landing bersejarah pada hari itu....hidya landing kat pokok, youchi takatoo (bukan orang jepun) landing kat padang golf sebelah drop zone, elis a.k.a shutter cam berjaya landing atas tilam & beberapa jumper baru/currentcy berjaya landing dengan perfect nya, termasuklah hafizi...

ok...enough with words, let's enjoy pictures taken by hidya & bakal hasben (ececeh...amiin...hehe...) & some of the jumpers...
(aku orang yang tak berapa nak kaya, so takde kamera sendiri... :p )


hidya & i with our dot tag
info : dot tag ialah tag (rantai) yang ada tertulis info pasal diri kita ; nama, jenis darah, agama & nombor ahli SDRCM

tengah dengar tips dari yang pakar, kak eija....kak eija ni dah free fall dah, macam kebanyakan orang-orang kuat SDRCM yang lain...
info : free fall ialah terjun pastu bukak parachute sendiri....macam yang yuna buat tuu...

nervous....cuak gilaaaaaaa!

saje pilih kaler merah sebab nak padankan dengan maksud nama sendiri....heheheh...
(sebenarnya aku nak pakai warna kuning!!! tak pun biru....blue & yellow are my favourite colours! :D )

tengah tunggu giliran....berdebar gilaaaaa!!!
partner aku si hafizi (sori hidya, pinjam pakwe hang sat...hehe...)
kitorang terjun dalam pukul 9 pagi, hidya dalam pukul 11 lebih...


"mommy, mommy...look! i'm flying!"
XD

sikit lagi nak landing atas tilam...tapi sebab aku anak didik yang sangat bagus, maka aku ikut arah jump master lalu landing atas parachute beliau...hewhewhewhew....


"looking for me?" yes, we're all looking for you hidya because........ *next picture please*

.....oh my God! you landed on the tree nearby!
hahaha....pengalaman hidya mencium pokok....hehehehe...
nasib baik laa tak jadi apa-apa....
sweet memory ne, hidya-chan?

lebih kurang camni laa pandangan dari atas....tapi lagi cunnn! lagi best!! lagi menarik!! lagi.........tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata lah!
XD

orang kuat SDRCM
chan ho nam, loe farcruel munir (presiden) & pjj o pjj (timbalan presiden)

family SDRCM
:)



siri yang seterusnya insya ALLAH bulan jun/julai.... & of course, kalau takde aerial tv yang melintang depan rumah, aku akan pergi lagi...sangat best!

terima kasih sangat-sangat kepada family SDRCM sebab anjurkan event yang best ni walaupun ada kekurangannya sikit (sebab diorang masih baru) ..... agak hampa sebenarnya sebab tak ada sesi feedback...boleh jugaklah luahkan masalah-masalah yang dihadapi...kalau cakap kat fb je tak sesuai...hehe...

& bersyukur sangat-sangat dapat buat skydive akhirnya & masih hidup....hehehe....
alhamdulillah...terima kasih ya ALLAH... :)


eh! lupa pulak.... SDRCM stands for Sky Dive Rescue Climber Malaysia ... :)





p/s : blogspot dah bertukar wajah....tak suka! tak nampak hape pun...perkataan je yang nampak...hadoihaai...

Mar 26, 2012

those who are dearest to me

I have :

1. a couple of friends that have known me for almost 2 decades now and still keep in touch.

2. a group of friends that share same interests, have almost same thoughts, who have known me very well. A bunch of people that I would loooovvvee to hang out with every weekends.

3. a group of friends that I really miss and always thinking about them, friends that I would love to know more about them.

4. a group of friends that knows me very well, maybe a bit more than number (2) because we have spent almost 12 hours together, went to breakfast, lunch and/or dinner together, sleep together, all these for 3-4 years in a row, have fights, know the 'signs' when I "merajuk"...just a bunch of friends that know me too well.

5. a group of friends that I really miss very much. Always wonder if only we were closer sooner, maybe we could create a lot & lot of sweet & great memories together. But now, they're so close, but yet so far.

6. a friend that knows me very well too, always have fights with but a very loyal, trustworthy friend. A friend with a lot of advise and always willing to lend you shoulder to cry on.



......and all of them are very very very dearest to me....
Thank you for being such a great individuals.....each & everyone of you.... :)











Feb 12, 2012

saya budak sains

bulan Januari mem'blah'kan diri tanpa ada entri dari aku.........

sejak kebelakangan dan kedepanan ni kalau baca surat khabar mesti sekurang-kurangnya ada 1 berita pasal kemerosotan pelajar aliran sains....
mula-mula aku rasa benda ni macam.......alah...benda kecik je.....bidang lain pun sama pentingnya kepada negara.... (sejak tahun ke-3 degree, barulah aku mula sedar pasal benda ni...huhu....)
pastu bila fikir balik, kalau betul negara kita nak maju & nak realisasikan wawasan 2020, maka bidang sains haruslah lagi ke depan berbanding bidang yang lain...
malas nak ulas pasal benda ni panjang-panjang, terus ke main point yang aku nak cakap....benda yang dah lama aku fikirkan....

kenapa eh, kat malaysia ni pembuat filem & drama jaaaaaaaaaaaaaaarang sangat buat cerita-cerita science fiction? rasanya dalam 5 tahun adalah 1-2 filem/drama yang ada sikit-sikit cerita pasal sains ni....
kalau tengok kat hollywood, ada pengarah filem dia bukannya berlatarbelakangkan pendidikan sains, tapi boleh buat filem science fiction yang gempak...
kalau anime jepun pulak, lagilah tak payah cerita....antara manganime yang aku sangat kagum dengan isi cerita dia, Fullmetal Alchemist....cerita pasal bidang alkimia....sangat menarik, sangat original....dan lebih buatkan aku kagum, mangaka dia adalah seorang perempuan (selalunya cerita lawan-lawan ni kan kebanyakan mangaka dia lelaki....)

orang-orang yang buat cerita sci-fi ni, untuk nak bagi cerita tu nampak real, diorang buat kajian mendalam dulu pasal satu-satu benda....macam cerita iron man, macam mana dia boleh buat cerita watak utama dia tu gunakan bahan-bahan yang ada dalam penjara dia untuk jadi iron man....

kalau tengok fenomena filem/drama kat malaysia pulak, asyik-asyik cerita cinta.....cinta terhalang, cinta keparat, cinta korporat....pastu cerita hantu.....macam abang ipar aku cakap "kalau macam ni hantu pun boleh mintak royalti sebab asyik cerita pasal dia je"
pendek kata macam video matluthfi kat bawah ni la....saaaaaangat stereotype....



lagi satu, sekarang ni drama bersiri kat tv semua nak buat cerita stail cerita korea Full House....mula-mula heroin ada pakwe (dalam Full House, hero yang ada awek), pastu kena kahwin paksa, pastu masa jadi suami isteri tu selalu tak sebulu, pastu buat jadual & peraturan dalam rumah, pastu ada incident yang tak disangka-sangka, pastu si isteri boleh pulak terjatuh hati kat suami dia yang selama ni dia benci, pastu isteri clash dengan pakwe sebab dah jumpa siapa true love dia yang sebenarnya, pastu dapat anak. -____-

takde idea lain lagi ke nak buat cerita?

kalau rosyam nor punya cerita pulak, mesti dia lah hero. awek mesti lah yang cun......tapi nak tengok macam takde selera pulak sebab rosyam nor dah tua, tak layak nak berlakon watak muda....

takde idea lain lagi ke nak buat cerita?

kalau buat cerita pasal budak kolej/universiti pulak, MESTI! MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI cerita pasal budak seni......
seni =  tarian, lakonan, seni lukis, muzik dll.
tapi kat malaysia tarian & lakonan la paling mendominasi....sebab apa? sebab pengarah dia memang dalam bidang tu....dia malas nak keluar dari kepompong dia, malas nak buat kajian pasal bidang luar daripada bidang dia, which means may take 2-3 years of research.....so in the end, nak buat pasal pelajar kolej yang tengah bercinta, kursus yang budak tu amek haruslah berkenaan dengan seni.....

dulu ada 1 drama bersiri ni, Cinta Medik namanya......dengar tajuk Medik tu dah seronok dah....tapi bila ada Cinta kat depan tu terus down excitement tu.....tak tengok pun tau, mesti banyak fokus pada percintaan....
tapi aku pernah lah nak try tengok cerita tu.....ada sekali tu je la....kebetulan pulak masa tu tengah scene doktor (ke pegawai sains kat hospital tu) tengah buat eksperimen....dia nak campurkan bahan kimia....boleh pulak dia campurkan chemical tu macam tu je....TANPA sukatan....tak guna silinder penyukat pun....waaahhhh! hebat betul doktor.....boleh measure guna mata je.....
aku terus tukar channel lain sebab scene yang pendek tu dah spoil kan mood aku nak tengok scene yang seterusnya......

para penggiat seni, para pembikin filem/drama di Malaysia....tolonglah produce kan at least 1 cerita fiksyen sains dalam masa 1-2 tahun....boring weyyy....dengan media macam ni sebenarnya boleh tarik ramai orang untuk minat pada sains....

pernah tengok or at least dengar cerita sitcom "The Big Bang Theory" ? cerita tu sangat famous kat US.....cerita pasal seorang geek/nerd/genius fizik & kengkawan dia....watak Sheldon tu sangat kelakar, sinis, x ketawa & .......................kelakar! tapi bersedialah dengar term-term yang tak pernah korang dengar (melainkan dalam fizik & kejuruteraan je....hehe...) & teori-teori yang memeningkan kepala....sebab walaupun dia cerita lawak, tapi penuh dengan sains! XD
untuk buat sitcom ni pengarah dia siap panggil science consultant lagi....hohoho....

(p/s : ermmm.....sebenarnya aku tak ikut sangat cerita ni.....aku layan masa duduk rumah sewa dengan lin dulu...hehe...)

ok...dah banyak dah aku merapu....akhirnya dapat jugak tulis (taip?) pasal benda ni....hehehehh...




p/s : dulu masa aku buat cerita "Homun" untuk drama teater FESENI 2007/2008, masa pengacara tu baca sinopsis cerita, dia sebut "sci-fi" sebagai "si-fi" .......ermmm....lupa lah pulak aku nak taip science fiction dalam sinopsis tu....huhu...rasa nak tergelak jugak bila dia baca tu....heheh....

p/s lagi : "Homun" comes from homunculus....dari cerita Fullmetal Alchemist.....kebetulan pulak sebutan dia dah nak dekat dengan HUMAN....hee....tapi cerita pasal robot manusia yang hidup dengan jantung manusia (ehhh....macam cerita Terminator pulak....tapi, nonononoooo....aku buat cerita Homun ni dulu tau....) ....tapi disebabkan "perasaan" adalah hak milik manusia, makhluk istimewa yang diciptakan ALLAH, maka homun tu tak dapat menanggung beban perasaan yang datang bersama-sama dengan jantung yang dipasang dalam badan dia....last sekali, homun tu bunuh pencipta-pencipta dia sebelum rosak & mati....
(ada salah sorang AJK teater tu cakap kat farhan, yang bertanggungjawab uruskan audio & bunyi team kitorang, teater tu teater pertama yang berdasarkan sains....bila farhan cakap budak sains yang buat cerita tu, orang tu "oohh...patut lah...." heee.... :D )

lagi-lagi p/s : homunculus dalam dunia sains adalah lebih kurang macam dalam cerita FMA....."friend in the flask", artificial human, little human, snake-eating-it's-own-tail symbol a.k.a uroboros, "to submit oneself to unendurable torment", blablablablabla.....
you'll be amazed macam mana punya detail mangaka dia buat research.....and for that you have my respect, Hiromu Arakawa-san..... :)

p/s yang last, ok yang ni memang last punya : rindu pulak nak berdrama & bercengkerama & bercengkerang & bermemerang & berboomerang....



homunculus dalam FMA


uroboros symbol


"my little friend in the flask"

edward elric (fullmetal alchemist) & roy mustang (fire alchemist)
*lessthanthree*