Mar 29, 2011

kebaikan apple cider vinegar (cuka epal)

assalaamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.....

korang pernah dengar pasal apple cider?
haaa...kalau tak pernah meh sini aku nak bercerita sikit pasal menatang alah ni yang orang zaman "moden dan suka memendekkan perkataan" panggil ACV...
chewahhh....mentang-mentanglah pernah kerja kat farmasi sebelum ni kannn........

ACV ni sebenarnya dah lama wujud dalam bidang perubatan...dikatakan hippocrates, bapa perubatan moden, guna apple cider ni untuk sembuhkan pelbagai penyakit...

antara kelebihan apple cider ni... :

DETOX & KURUSKAN BADAN
detox atau dalam bahasa mudahnya keluarkan toksin dalam badan, oleh itu secara tak langsung, membantu mendapatkan badan yang ideal....WOHA! (oppss.....tercuri line dari keretamayat pulak...hehe...)
selain tu ACV ni mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga (selain tu lecithin ni juga boleh membantu menguatkan memori tau..! )

GOUT & ARTHRITIS
sakit gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.....tapi maaflah apple cider ni tak boleh nak sembuhkan orang sengal....

TEKANAN DARAH
menstabilkan tekanan darah dengan me'rileks'kan atau merehatkan salur darah.... (ok...ini adalah experience aku sendiri la.....aku ni badan je besar tapi tekanan darah rendah....tapi bila dalam sebulan camtu makan apple cider ni, tekanan darah aku jadik normal dan aku jarang fenin-fenin lalat lagi....hee.... :D )

DIABETES
dikatakan apple cider boleh mengurangkan kadar gula dalam darah jika diambil selepas makan dan juga ketika bangun dari tidur kalau diambil sebelum tidur...

JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
dapat kurangkan simptom-simptom selsema, sakit tekak dan jangkitan pada mana-mana bahagian badan (contoh : jangkitan telinga, kulit, tekak, fungus etc.).....juga boleh meredakan serangan asma....tak tak...bukan asma kawan korang tu....ni asma yang nama glemer dia sinus tu.... (takkk....bukan graf sinusoidal laaaa wahai para mathematicians sekalian....haduiii..........)

KULIT
ACV sangat bagus untuk kulit yang bermasalah seperti eczema dengan menyapu ACV di tempat yang bermasalah....juga boleh merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...

BADAN/MULUT BERBAU
dengan meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk tu....juga boleh untuk kaki busuk...tapi kalau hati busuk kena banyak-banyak muhasabah diri, amalkan sifat mahmudah dan banyakkan berzikir yea....

KERACUNAN MAKANAN
kalau keracunan makanan, minum 1 sudu ACV setiap 5 minit lepas detect yang korang keracunan...juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea (susah lawas atau dalam bahasa mudahnya susah nak ber**) kerana ACV mengandungi kadar  pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa....

KOLESTROL
mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida...


lain-lain kelebihan ACV yang aku malas nak hurai :
1.  merawat hidung berdarah (eppp....bukan hidung berdarah sebab tengok benda-benda lucah macam yang 
     selalu dalam anime jepun tu....)
2.  menguatkan tulang
3.  lebam-lebam dan melecur (bukan yang tahap serius ye...)
4.  kanser
5.  kejang otot (so, sangat bagus untuk para atlet)
6.  kelemumur atau ketombe dalam bahasa indonesia
7.  ruam lampin
8.  sistem pencernaan (berkait rapat dengan fungsi detox tadi)
9.  sakit kepala dan migrain
10.pedih hulu hati
11.sedu (tapi seeloknya jangan laaa dibaginya pada bayi atau kanak-kanak....)
12.gigitan/sengatan binatang
13.insomnia atau sukar tidur
14.senggugut
15.pagi-pagi lagi dah minum arak mabuk pagi (morning sickness)
16.sun burns
17.ulcer
18.sistem perkumuhan
19.boleh masukkan dalam masakan untuk ganti penggunaan cuka biasa atau lemon, salad dressing, etc.

    seelok-eloknya beli ACV yang ada keruh-keruh kat bahagian bawah botol dia....benda yang keruh-keruh ni la yang orang panggil "Ibu Cuka" (Mother of vinegar) dan benda ni lah yang ada banyak fiber dan pectin yang memainkan peranan utama dalam kebaikkan ACV ni....

    DAAANNNNN lagi satu....ni PERINGATAN PENTING nih!
    cara makan ACV ni, kita tak boleh makan macam tu je....namanya pun cuka kan...taula macam mana punya masam kalau makan cuka sesaja...oleh itu, campurkan 2-3 sudu kecil ACV dalam air kosong....kalau tak boleh tahan dengan rasa masam dia walaupun dengan campuran air, korang boleh tambah madu....haaa...kan dah dapat 2 kebaikan dalam 1....
    (masa aku kerja kat Vitacare tu, aku punyalah curious apesal laa customer-customer ni suka beli ACV ni...aku nak try rasa....senyap-senyap aku tuang ACV yang dah dibuka untuk sampling, masukkan dalam cawan sampling tu banyak-banyak pastu aku teguk.....PERGH!!!!! ARGHHH!!!!! tersedak-sedak aku kat situ..... match face you!)
    kebanyakan fungsi ACV ni memerlukan kita minum dia selepas makan, 2 kali (atau lebih) sehari...
    kalau nak bagi tahan nafsu makan supaya tak makan banyak, minum ACV lebih kurang 15 minit SEBELUM makan...
    untuk rawatan macam kulit, nafas/badan berbau, sunburns dan sebagainya, ACV digunakan sebagai aplikasi ke atas bahagian yang bermasalah....kalau korang beli ACV kat farmasi, minta pamphlet atau brochure pasal ACV ni....diorang mesti ada punya....

    ini pamphlet yang aku amek dari Vitacare dulu tu...

    jenama ACV yang bagus? mmm....i will say that Bragg's probably the best ACV brand...lagipun penjualan dan komersialan ACV ni dipelopori oleh founder Bragg nih.....harga dia pun reasonable....botol kecil dalam ~400ml RM14.90 atau RM13.90 (kat farmasi Caring), botol besar dalam ~900ml RM18.90....kalau nak yang jenis ready-to-drink (yang dia dah campur ACV dengan air & madu) RM7.90 dalam 300-400ml camtu la...


    brand apa pun tak kisah sebenarnya, asalkan cari ACV yang berkualiti tinggi....macam mana nak cari yang berkualiti tinggi? cari yang ada label "UNFILTERED" , "UNPROCESSED" atau "RAW" punya....sebab jenis yang macam ni yang mengekalkan khasiat ACV tu...

     ACV yang aku baru beli...murah sikit dari Bragg

    ACV ada juga dijual dalam bentuk kapsul, tapi bagi aku better ambil yang dalam bentuk cecair sebab lagi senang diserap oleh badan...

    untuk lebih info tentang ACV dan cara penggunaan dia boleh tengok kat sini dan sini ......juga di sini


    baru-baru ni pak ngah aku bawa sorang ustaz & 2 orang budak yang "boleh nampak" datang rumah untuk mengubat, ustaz tu bagi sebotol ACV yang dari Iran....haaaaa......kan dah kata....ACV ni memang bagus.....ALL IN ONE!
    chewah!

    ACV yang ustaz hassan tu bagi
    tak...bukan tok guru yang bagi....kismis tok guru tu watak sampingan je tu...















    bila budak fizik bercerita pasal kesihatan yang agak lari dari fizik.......