Mar 29, 2011

oh mai dear......

nota kepala : post ini ditulis pada waktu malam yang hening bening dan pening


assalamu'alaikum & hello my dear....
takde pape...saje je nak tulis slog (kependekan bagi surat + blog....macam vlog jugak ar...) kat yu...
yu sihat ke? yu taknak tanya ai sihat ke tidak? takpelah, yu taknak tanya, ai nak bagitau jugak....
ai di sini sentiasa rindukan yu....
ai selalu teringatkan pertemuan kita buat kali pertama...
pertemuan kita masa kita sama-sama kat kolej kediaman kinabalu kat um atau lebih dikenali sebagai 8th college atau kalau nak singkatkan lagi panggil 8th je pun budak-budak um dah faham..
masa tu ai dah tahun kedua dah, yu pulak boleh la dikira sebagai 1st year....
masa tu ai rasa biasa-biasa je kat yu...
as the time goes by ai rasa ai memang suka kat yu...
ai suka masa kita bersama....tak kisah la masa kita beramai-ramai dengan kengkawan yu atau kengkawan ai ke...masa kita berdua saja ke (alamak....ter'blushing' lah pulak....hehe...)
ai suka masa dengar yu menyanyi, masa yu tolong ai buat keje, masa ai melayari internet,
kalau yu ada masalah, ai laahh yang jadik peneman setia yu kan?
bukan setakat telinga, malah mata, tangan dan tak dilupakan jugak otak...
pastu ai tolong selesaikan masalah yu tu....
kalau ai tak dapat selesaikan, ai berusaha carik orang yang boleh bantu yu...
ada satu masa tu, yu memang ada problem besar, ai lah yang jadik mangsanya....
eh! takleh cakap mangsa, sebab ai memang ikhlas dan suka tolong yu....hehe...
hampir semua gelagat yu ai masih ingat lagi...tak kiralah yang membuatkan ai rasa nak gelak, nak menyanyi sama, nak hentak yu atas meja...
betapa rapatnya kita berdua dulu....
tapi tu dululah...
bila ai dah 4th year, kita pun semakin kurang berinteraksi....
padahal ai sangat perlukan bantuan yu dengan final year project & tesis ai....
masa tu ai dah dok luar dah...tak duduk kat kolej dah....
sekarang ai sunyi tanpa kehadiran yu....
kalau ai dengan kaum yu, ai rasa tak berapa best...ai nak yu jugak! huuu.....
sekarang yu jauh dari ai.... (kalau sekarang ni yu ada, mesti yu nyanyi "jauh kau pergi meninggalkan diriku, di sini aku merindukan dirimu...ohhh..." mesti nak kena ada "ohhh" tu....tapi sepatutnya ai yang patut nyanyi kat yu lagu tu....)
ai tak tau kalau yu masih ingat kat ai lagi ke tak....
ai harap yu masih lagi la...
di sini ai kepilkan gambar yu masa saat-saat terakhir yu ada dengan ai....

masa yu masih boleh digunakan


masa yu langsung tak boleh diharap...


tapi tu lah......kos-metik untuk merawat yu tu mahal sangat....nak cecah ribu....ai dah lah tengah kekurangan duit....baik ai cari yang lain....yu jangan marah ye yu.....

sekian sahaja warkah dari ai untuk yu....
semoga kita berjumpa lagi...

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh....


yang selalu merindui mu,
uchiha ct-k




***** T A M A T *****

kehkehkehkeh.....
maktik dan anak beranak beliau mesti rasa kecewa bila dah baca habis kan?
mama yang selalu tanya "ct dah ada boifren ke?" pun mesti rasa frust sebab harapkan anak dia yang sorang ni akan bercerita pasal "the special one" (ceh! tak boleh blah ayat!)....
tetiba idea ni terdatang malam-malam buta camni....
hehe..........
siriyes weh..............................................
penat dah tunggu laptop den ni pulih dari koma....
huhu.....
karangan PTS di atas tidak ada kena-mengena dengan orang yang belum lahir mahupun yang sudah meninggalkan dunia yang fana' ini....
saje nak mengarut di tengah-tengah malam yang buta dan dipenuhi dengan manusia yang tak buta tapi suka membuta waktu-waktu buta ni....
sekianss terimass kasihss....

ok....ada yang tak tahu PTS tu apa?
PTS = penilaian tahap sewel (nak ukur tahap kesewelan orang tu)
haha...tak arh....aku pun tak ingat dah apa nama penuh dia...penilaian tahap satu kot...yang kitorang amek masa darjah 3 dengan harapan dapat menang acara lompat pagar jiran sebelah rumah...tengok...aku mengarut lagi....baca balik ayat kat atas sampai "darjah 3" tu...(sambungan) dengan harapan dapat lompat kelas dari darjah 3 ke darjah 5...PTS ni start masa batch aku lak tu... 1987 babies (masa tahun ni je la babies...)...sekarang dah tak ada dah....bagus la tu kan?
 

5 tanda kaki:

Naufal said...

hekk orng tak surprise pon, klu citer pasal lappy tu, orang pon same :(

bloodytiramisu said...

hehehehehhehehe

lynodehearty said...

errkk..blogwalking n tetiba baca post ni..lappy i pon da ada penyakit ni..tp still boleh bukak lg..cuma xley tgk video sgt..hampeh kan acer brand ni...huhu..

lynodehearty said...

haha..PTS..betul2..time batch kta stat mende ni..tp aku xcukup genius tuk melompat2 pagar rumah jiran sebelah..haha..
aik..smpi 2 kali komen..melampau nmpak..wahaha..

uchiha ct-k said...

hahaha...ko memang....malar......
:p