Jun 23, 2011

Islam di Jepun

sila tampar aku kalau setiap kali nak buat entri baru aku tulis "oh! dah lama sungguh aku tinggalkan blog ni...sampai dah bersawang-sawang dan berhabuk sebab dah lama tak update".

sekarang ni sedikit demi sedikit Islam dah mula sentuh hati-hati masyarakat Jepun....alhamdulillah....alhamdulillah...
kita sedia tahu orang-orang Jepun ni sangat berdaya saing, BERDISIPLIN, rajin dan suka meneroka...
bila ada antara mereka ni belajar pasal Islam, dengan izin ALLAH, hidayah pun muncul...
ini antara statistik yang aku ambil dari Uchujin-The Blog :
        Populasi Jepun   :  270,000,000
        Populasi Tokyo  :  13,000,000
        Jumlah orang Muslim di Jepun (anggaran)     : 100,000
        Jumlah Muslim berbangsa Jepun (anggaran)  :  10,000
        Jumlah saudara baru BUKAN melalui perkahwinan (anggaran) : 200-300
        Jumlah imam berbangsa Jepun di Jepun         : 5
        Jumlah imam berbangsa Jepun di Tokyo        : 1

dan imam berbangsa Jepun di Tokyo tu adalah Imam Abdullah Taqy, seorang pembuat tatu dan penindik (betul ke perkataan ni?). Walaupun kalau tengok Imam Abdullah ni tangan dia penuh dengan tatu, who are we to judge him kan? besar kemungkinan tatu tu dia buat sebelum convert ke Islam....



next! enjoy video kat bawah ni pulak....qasidah burdah dari Sh. Ahmad Abu Hakeem Maeno....orang Jepun yang belajar pasal Islam kat universiti damascus, syria...
sangat-sangat-sangat........................WOW!




kalaulah Islam dapat berkembang dan diterima oleh ramai orang Jepun, bayangkanlah..................... MySpace

dan komuniti Islam di Jepun pun dah ada website mereka sendiri.... Islamic Circle of Japan :)

1 tanda kaki:

Naufal said...

hebat, perkembangan ini sedikit sebanyak boleh dijadikan batu pengukur kepada kita, negara Jepun yang majoritinye non-muslim, tapi islam boleh berkembang disana, bagaimana pula perkembangan dinegara kita, kes murtad yang makin menjadi-jadi..

erm itu pon petanda bahawa 1 peluang perniagaan berkonsepkan produk halal, dari produk kewangan, isirumah sehingga makanan.. mungkin juga hotel bajet berlandaskan syariah boleh dibuka disana (yang provide arah kiblat, ada musolah, lelaki-perempuan (tanpa ikatan perkahwinan yang sah tak boleh 1 bilik)-no alcoholic drink.. rangkaian2 restoran halal..