Feb 16, 2012

post untuk diri sendiri :p

saje je buat nota & reminder untuk diri sendiri sebab baru kejap tadi "down the memory lane" ......hahaha....boleh pulak....

1995  -  abang mi UPSR
1996  - 
1997  -  kak iqa UPSR
1998  -  abang mi PMR
1999  -  aku UPSR
2000  -  abang mi SPM ; kak iqa PMR
2001  - 
2002  -  kak iqa SPM ; aku PMR ; hadi UPSR
2003  - 
2004  -  aku SPM
2005  -  hadi PMR ; ayus UPSR
2006  - 
2007  -  hadi SPM
2008  -  ayus PMR
2009  -  haris UPSR
2010  -  ayus SPM
2011  -  adek UPSR
2012  -  haris PMR
2013  - 
2014  -  haris SPM ; adek PMR
2015  - 
2016  - adek SPM

Feb 12, 2012

saya budak sains

bulan Januari mem'blah'kan diri tanpa ada entri dari aku.........

sejak kebelakangan dan kedepanan ni kalau baca surat khabar mesti sekurang-kurangnya ada 1 berita pasal kemerosotan pelajar aliran sains....
mula-mula aku rasa benda ni macam.......alah...benda kecik je.....bidang lain pun sama pentingnya kepada negara.... (sejak tahun ke-3 degree, barulah aku mula sedar pasal benda ni...huhu....)
pastu bila fikir balik, kalau betul negara kita nak maju & nak realisasikan wawasan 2020, maka bidang sains haruslah lagi ke depan berbanding bidang yang lain...
malas nak ulas pasal benda ni panjang-panjang, terus ke main point yang aku nak cakap....benda yang dah lama aku fikirkan....

kenapa eh, kat malaysia ni pembuat filem & drama jaaaaaaaaaaaaaaarang sangat buat cerita-cerita science fiction? rasanya dalam 5 tahun adalah 1-2 filem/drama yang ada sikit-sikit cerita pasal sains ni....
kalau tengok kat hollywood, ada pengarah filem dia bukannya berlatarbelakangkan pendidikan sains, tapi boleh buat filem science fiction yang gempak...
kalau anime jepun pulak, lagilah tak payah cerita....antara manganime yang aku sangat kagum dengan isi cerita dia, Fullmetal Alchemist....cerita pasal bidang alkimia....sangat menarik, sangat original....dan lebih buatkan aku kagum, mangaka dia adalah seorang perempuan (selalunya cerita lawan-lawan ni kan kebanyakan mangaka dia lelaki....)

orang-orang yang buat cerita sci-fi ni, untuk nak bagi cerita tu nampak real, diorang buat kajian mendalam dulu pasal satu-satu benda....macam cerita iron man, macam mana dia boleh buat cerita watak utama dia tu gunakan bahan-bahan yang ada dalam penjara dia untuk jadi iron man....

kalau tengok fenomena filem/drama kat malaysia pulak, asyik-asyik cerita cinta.....cinta terhalang, cinta keparat, cinta korporat....pastu cerita hantu.....macam abang ipar aku cakap "kalau macam ni hantu pun boleh mintak royalti sebab asyik cerita pasal dia je"
pendek kata macam video matluthfi kat bawah ni la....saaaaaangat stereotype....



lagi satu, sekarang ni drama bersiri kat tv semua nak buat cerita stail cerita korea Full House....mula-mula heroin ada pakwe (dalam Full House, hero yang ada awek), pastu kena kahwin paksa, pastu masa jadi suami isteri tu selalu tak sebulu, pastu buat jadual & peraturan dalam rumah, pastu ada incident yang tak disangka-sangka, pastu si isteri boleh pulak terjatuh hati kat suami dia yang selama ni dia benci, pastu isteri clash dengan pakwe sebab dah jumpa siapa true love dia yang sebenarnya, pastu dapat anak. -____-

takde idea lain lagi ke nak buat cerita?

kalau rosyam nor punya cerita pulak, mesti dia lah hero. awek mesti lah yang cun......tapi nak tengok macam takde selera pulak sebab rosyam nor dah tua, tak layak nak berlakon watak muda....

takde idea lain lagi ke nak buat cerita?

kalau buat cerita pasal budak kolej/universiti pulak, MESTI! MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI cerita pasal budak seni......
seni =  tarian, lakonan, seni lukis, muzik dll.
tapi kat malaysia tarian & lakonan la paling mendominasi....sebab apa? sebab pengarah dia memang dalam bidang tu....dia malas nak keluar dari kepompong dia, malas nak buat kajian pasal bidang luar daripada bidang dia, which means may take 2-3 years of research.....so in the end, nak buat pasal pelajar kolej yang tengah bercinta, kursus yang budak tu amek haruslah berkenaan dengan seni.....

dulu ada 1 drama bersiri ni, Cinta Medik namanya......dengar tajuk Medik tu dah seronok dah....tapi bila ada Cinta kat depan tu terus down excitement tu.....tak tengok pun tau, mesti banyak fokus pada percintaan....
tapi aku pernah lah nak try tengok cerita tu.....ada sekali tu je la....kebetulan pulak masa tu tengah scene doktor (ke pegawai sains kat hospital tu) tengah buat eksperimen....dia nak campurkan bahan kimia....boleh pulak dia campurkan chemical tu macam tu je....TANPA sukatan....tak guna silinder penyukat pun....waaahhhh! hebat betul doktor.....boleh measure guna mata je.....
aku terus tukar channel lain sebab scene yang pendek tu dah spoil kan mood aku nak tengok scene yang seterusnya......

para penggiat seni, para pembikin filem/drama di Malaysia....tolonglah produce kan at least 1 cerita fiksyen sains dalam masa 1-2 tahun....boring weyyy....dengan media macam ni sebenarnya boleh tarik ramai orang untuk minat pada sains....

pernah tengok or at least dengar cerita sitcom "The Big Bang Theory" ? cerita tu sangat famous kat US.....cerita pasal seorang geek/nerd/genius fizik & kengkawan dia....watak Sheldon tu sangat kelakar, sinis, x ketawa & .......................kelakar! tapi bersedialah dengar term-term yang tak pernah korang dengar (melainkan dalam fizik & kejuruteraan je....hehe...) & teori-teori yang memeningkan kepala....sebab walaupun dia cerita lawak, tapi penuh dengan sains! XD
untuk buat sitcom ni pengarah dia siap panggil science consultant lagi....hohoho....

(p/s : ermmm.....sebenarnya aku tak ikut sangat cerita ni.....aku layan masa duduk rumah sewa dengan lin dulu...hehe...)

ok...dah banyak dah aku merapu....akhirnya dapat jugak tulis (taip?) pasal benda ni....hehehehh...




p/s : dulu masa aku buat cerita "Homun" untuk drama teater FESENI 2007/2008, masa pengacara tu baca sinopsis cerita, dia sebut "sci-fi" sebagai "si-fi" .......ermmm....lupa lah pulak aku nak taip science fiction dalam sinopsis tu....huhu...rasa nak tergelak jugak bila dia baca tu....heheh....

p/s lagi : "Homun" comes from homunculus....dari cerita Fullmetal Alchemist.....kebetulan pulak sebutan dia dah nak dekat dengan HUMAN....hee....tapi cerita pasal robot manusia yang hidup dengan jantung manusia (ehhh....macam cerita Terminator pulak....tapi, nonononoooo....aku buat cerita Homun ni dulu tau....) ....tapi disebabkan "perasaan" adalah hak milik manusia, makhluk istimewa yang diciptakan ALLAH, maka homun tu tak dapat menanggung beban perasaan yang datang bersama-sama dengan jantung yang dipasang dalam badan dia....last sekali, homun tu bunuh pencipta-pencipta dia sebelum rosak & mati....
(ada salah sorang AJK teater tu cakap kat farhan, yang bertanggungjawab uruskan audio & bunyi team kitorang, teater tu teater pertama yang berdasarkan sains....bila farhan cakap budak sains yang buat cerita tu, orang tu "oohh...patut lah...." heee.... :D )

lagi-lagi p/s : homunculus dalam dunia sains adalah lebih kurang macam dalam cerita FMA....."friend in the flask", artificial human, little human, snake-eating-it's-own-tail symbol a.k.a uroboros, "to submit oneself to unendurable torment", blablablablabla.....
you'll be amazed macam mana punya detail mangaka dia buat research.....and for that you have my respect, Hiromu Arakawa-san..... :)

p/s yang last, ok yang ni memang last punya : rindu pulak nak berdrama & bercengkerama & bercengkerang & bermemerang & berboomerang....



homunculus dalam FMA


uroboros symbol


"my little friend in the flask"

edward elric (fullmetal alchemist) & roy mustang (fire alchemist)
*lessthanthree*