Dec 4, 2009

nur kasih dah (lame) habes dah tapi kalau tak suke pulangkan la......

jumaat lepas tamat la cite drama yang menjadi kegilaan ramai....
aku yang tak tengok cite tu pun sempat la tengok episod last tuh....
dalam proses menengok dan menonton itu sempat jugak lah aku interview adek-adek skali ngan kakak aku pasal cite tuh.....



cerite tersebut disusuli pule dengan drama 2 jam.....

sempena raye kot......
sheila rusli punye cite......
agak terkesan gak r tengok cite tuh.....
kak iqa cakap die amek cite tu dari emel.....



"kalau tak suke pulangkan...."
begini al-kisahnye.............................................


Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya
terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!"
Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas
minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian
terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup
paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa
anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak.
Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya
terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye.
Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu
patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati
kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.


Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh
suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila..." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok
masa kat Legacy dulu tu..."

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha
memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang
dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu
berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa
sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti
rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana."

"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka.
Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa
mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar
abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan
balik!"

Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"
Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa
mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka
malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.....

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang
menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu
sudahlah."


"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok.
Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba
saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum
sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang
selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil
hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya
keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?"
Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak
kerja agaknya. Dah! Makan.." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.."
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau
nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju.

"Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum.
Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka.
Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian
rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu
mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum
petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi
ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi
kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak
tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju
mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas
saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba
menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul
lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.
Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya
terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang
bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok
anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat
sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu
tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada
saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan
perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan
terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas
betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman
belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.
Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka
betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!
Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya
petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi
semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul
di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan
sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit
pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long
balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah
mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila
tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah
merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka
Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat
gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari
A.
 
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk
staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan
turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak
kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat
itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut
pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia
mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa
keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan
hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan
untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas
kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar
Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal
tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila
bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang
anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang
dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak
sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan
kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah
jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin
dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air
cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala
kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan
perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.
Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke
sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa
sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi
dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya.
Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu
masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak
dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak
pernah lupa..

"Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang
selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.
Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di
halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan
berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di
bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada
kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila...

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi
membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta
lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.
Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan
dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk, bagaimana pun dipandangan
harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya, Laila dipulangkan.


oleh itu hargai lah orang dan perkara yang kite ade.....
sebab kalau kite tak suke...pulangkan balik kepada EMPUNYA hak.....
tapi bukan dalam erti kate pulangkan "nah...aku tak nak dah...."
tapi dalam keadaan yang mengejut dan akhirnye kite sendiri yang akan menyesal..........

p/s : ending drama tu laen sket.....
laila (shiela rusli) ngan 3 orang anak-anak die baru balik umah....
belum sempat gate logik auto die nak tutup.....ade perompak masuk.....dalam erti kate laen gate yang digunekan adelah NAND Gate (get TAKDAN)

pastu mintak barang kemas sume.....
tapi laila tak tau mane barang kemas die sebab laki die yang simpan.....
last-last die ngan 3 orang anak die kene bunuh ngan perompak-perompak tu......
baby dalam perut die pun of kos la mati gak.....
padan muke shamizi tuh....
sape soh tak angkat henpon mase bini die mintak tolong....
huh...!

2 tanda kaki:

MEMORI ARINA said...

CTK.... i pun tengok cite tu, memang tragis dan sangat mengesankan. Baguslah, nampaknya u dah mula layan cite-cite drama ni, kalau kartun, jatuh tinggi pun tak mati. Anyway, watak Adam & Nur memang mantap & Ustaz Aidil yang cool, he..he..he..!

uchiha ct-k said...

hahaha.....
i x tengok sangat cite tuh.....
wah wah wah.....
u ni......
gatai no......
hehe....