tengok sekeliling korang....
perhatikan telatah orang-orang kat sekeliling korang......
cuba tengok....
susahkan nak jumpa lelaki/perempuan yang masih kisah pasal batas-batas pergaulan....
kita akan selalu jumpa sekumpulan kawan yang bercampur jantina yang bertepuk tampar sesama sendiri dengan seronoknya.....
diorang kata "alaah...kawan je pun....kitorang takde apa-apa feeling bila terpegang tangan masing-masing...."
ada yang masih jaga dengan tak pegang with bare hands, that is berlapik r.....
diorang kata "alaah....mana ada pegang dia secara direct....aku pegang kat bahagian tangan dia yang bertutup apa....."
tapi bagi aku la kan....dalam situasi yang kedua tu....kita ibaratkan la macam seorang perempuan yang pakai baju tutup habis kulit dia semua....tapi orang masih boleh nampak bonjolan-bonjolan badan dia a.k.a dia pakai baju ketat gila laa.....
macam Nabi cakap "wanita yang berpakaian tapi telanjang"
kalo main pegang-pegang dengan alas ni dibolehkan, maknanya aktiviti meraba-raba dalam keadaan berpakaian tu dibolehkan lah ek? aku ibaratkan macam ko ambil satu objek ni, ko tutup dia dengan kain, pastu ko pegang dia....ko boleh rasa tekstur objek tu kan? betul ke apa yang aku andaikan ni? ke aku ni kolot dan kuno sangat? huhu...
aku tau aku tak layak nak bagi tazkirah sebab aku sendiri pun baaaaaaaaaannnnyaakk sangat kelemahan.....
aku bukan ustazah.....
sekolah agama pun takat SPRA sampai darjah 6....
pastu masa sekolah menengah masuk sekolah yang dapat separuh bantuan kerajaan (separuh lagi gereja sponsor...)
tudung pun tak labuh.....
tapi bila datang perkara yang dah jelas dan nyata....pandai-pandai la bawak diri......
bila berkawan dengan macam-macam jenis orang.....
aku pun terfikir.....
susah betul nak cari 'orang yang sesuai'......kan? hehe......
lagi sekali aku nak tanya.........
aku ni kolot dan kuno sangat ke....?
kalau nak orang yang baik, kita pun kena jadi baik jugak...
kan...?
:)