Sep 7, 2011

sila bagi tajuk entri sendiri...aku tak boleh fikir lagi dah...banyak sangat menaip...haha

Semalam aku dok mencari-cari buku Advanced Quantum Mechanics yang kena pulangkan kat library UM (hehehe.......). Buku tu dah 3 tahun aku buat perkasam (hehehe...... lagi sekali...hehe...)
Masa tengah men'treasure hunt' rumah, aku terjumpa buku conteng-conteng masa sekolah menengah dulu. Terimbau balik macamana aku suka mengarang dulu...hehehe....
Ni antara 'cerpen tak sudah' yang aku tulis masa form 3/4 dulu. Please bear in mind yang cerita ni aku tulis masa zaman jahiliyah, so ada beberapa yang nampak macam pelik & tatabahasa pun agak tak betul...

15 Jun 2937
     Hari ini merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh Zakry. Menurut apa yang diramalkan, En. Azhar Ibrahim akan tiba lebih kurang 2 jam dari sekarang. Kepulangan bapanya itu bukanlah kepulangan yang sebarangan. Seluruh dunia tahu kepulangan En. Azhar pasti membawa sesuatu yang asing dan baru kepada penduduk Bumi.
     Siapa yang tidak kenal En. Azhar? Manusia pertama yang menjejakkan kaki di planet Xeroneoik yang terletak di hujung Bima Sakti ini. Rakyat Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia. Biar mereka semua tahu Malaysia kini sudah bersekedudukan (duduk sama rendah, berdiri sama tinggi....kan lagi sesuai...huhu....) dengan Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara maju yang lain. Bagi Zakry, tentulah dia yang terlebih-lebih bangga kerana angkasawan itu merupakan ayah kesayangannya. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan ayahnya setelah 17 tahun terpisah.
     Zakry masih ingat lagi ketika kepergian ayahnya bersama-sama 3 orang lagi angkasawan yang menjadi penolong En. Azhar bagi mengkaji planet yang dijumpai oleh satelit negara, MEASAT XI pada tahun 2887 itu. Ketika itu dia baru berusia 2 tahun. Ketika ahli keluarganya menghantar bapanya di pusat pelancaran roket yang berpusat di Cyberjaya itu, dia tidak mengerti mengapa abnag, kakak, ibu dan sebahagian ahli keluarganya yang datang mengalirkan air mata. Tetapi dia dapat merasakan sesuatu yang perit di dadanya.
     Tahun demi tahun, Zakry mula mengerti. Rindunya pada En. Azhar semakin menebal dari hari ke sehari. Tambahan pula, hubungan mereka amat rapat. Setiap kali masa terluang, Zakry akan ke pusat satelit Malaysia untuk mengikuti perkembangan ayahnya. Kadang-kala dia ditemani ibu, abang dan kakaknya.
     Dengan sains dan teknologi yang semakin berkembang, Malaysia maju setapak lagi dalam dunia astronomi dengan pembuatan roket pertama di Malaysia dan juga roket pertama yang dapat bergerak hampir 55% kelajuan cahaya.
     Hayunan buaian khayalan Zakry terhenti apabila abangnya, Zamzuri Azmir menepuk bahunya. Abangnya yang berusia 27 tahun itu belum berkahwin lagi, begitu juga dengan kakaknya, Zarina Amelia yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24 2 minggu yang lepas. Kedua-dua mereka bukan tidak ada teman istimewa. Ada, tetapi belum mahu berkahwin lagi kerana ingin menyambut hari perkahwinan bersama-sama En. Azhar. Zamzuri mengukir senyuman.
     "Tak sabar, ya?" Zakry hanya tersenyum. Kemudian, bola matanya jatuh ke arah ibunya yang sedang asyik melihat paparan skrin besar di hadapannya. Zakry pastu rindu ibunya tentulah berganda kali daripada rindunya. Siapa yang tidak rindu jika teman hidup meninggalkan kita untuk jangka masa yang lama? Zakry tersenyum sendirian. Sekali pandang Puan Zalina Syafira, tiada siapa akan percaya peguam syariah ini sudah pun separuh abad. Wajahnya yang awet muda kadang-kala menyebabkan sebilangan rakan-rakan Zakry yang tidak begitu mengenalinya menyangka Puan Zalina ialah kakak sulungnya.
     Tiba-tiba gegaran di atmosfera bumi menyebabkan mereka yang berada di pusat kawalan tersentak.
     "Mereka dah sampai! Mereka dah sampai!" Kedengaran suara melaung dari bahagian atas pusat kawalan. Suasana menjadi kecoh. Ramai yang berasak-asak ingin keluar meraikan 'wira-wira' negara. Para wartawan sudah sedia dengan kamera masing-masing. Zakry merupakan antara orang yang terakhir keluar dari pusat itu. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dadanya berdebar-debar.
     Sebaik sahaja keluar dari pusat kawalan yang penuh dengan skrin, samada besar atau kecil itu, kelihatan abangnya sedang berlari mendapatkan bapa mereka manakala ibu dan kakaknya berjalan pantas ke arah En. Azhar. Dilihatnya orang ramai seolah-olah memberi laluan kepada ahli keluarga angaksawan-angkasawan tersebut pergi mendapatkan mereka.
     Setapak demi setapak Puan Zalina mengucup tangan suaminya lalu memeluk sekuat hati bagai tidak mahu melepaskan En. Azhar.
     Semakin lama, semakin dekat...
     Zarina juga mengulang apa yang ibunya lakukan tadi.
     Semakin dekat, dadanya semakin sarat dengan gelora perasaan...
     Zamzuri tidak dapat menahan rasa gembiranya sehingga turut mengalirkan air mata meraikan kepulangan ayahnya.
     Setapak lagi...
     "Zakry, anak ayah!" Kali ini, empangan mata Zakry pula pecah. Bagai anak kecil, dia berlari mendapatkan En. Azhar yang sedang mendepakan tangannya. Teresak-esak dia di bahu ayah tercinta.
     "Dahlah tu, malu orang tengok. Bangun," pujuk En. Azhar lembut. "Dah besar dah anak-anak ayah sekarang. Rindu ayah pada kamu semua."
     "Ayah tak bawakan souvenir ke, yah?" seloroh Zamzuri.
     "Apa, kamu ingat ayah shopping di sana?" Kelima-lima mereka ketawa sambil beriringan masuh ke bangunan pusat.

*     *     *     *     *

     "Zakry, tengok ni, cantik tak?" soal En. Azhar sambil menunjukkan batu licin sederhana besarnya ketika anak bongsunya sedang tekun melayari internet. Beliau berehat sahaja di rumah sepanjang 2 minggu selepas pulang ke Bumi. Ingin menyesuaikan diri dengan graviti Bumi semula, katanya.
     "Cantiknya! Mana ayah dapat? Opp...ni mesti dari planet tu, kan?"
     "Pandai. Ayah bawa balik sebab mungkin Zakry berminat untuk meneliti dan buat kajian tentangnya. Jangan risau. Batu ni sebenarnya tak bawa apa-apa effect." Zakry mengambilnya dengan penuh rasa takjub.
     "Terima kasih, yah."
     "Sama-sama," jawab En. Azhar sambil mengusap-usap kepala anaknya. Beliau kemudiannya berlalu menuju ke dapur.
     Zakry memandang semula batu pemberian ayahnya. Niatnya untuk membaca artikel-artikel mengenai ayahnya terpadam terus. Minatnya dialihkan pada batu licin itu.
     Kelicinan batu yang berukuran lebih kurang telur ayam itu tidak pernah dilihat oleh Zakry. Permukaannya amat aneh. Bersulamkan campuran warna biru gelap, kuning, hijau dan cyan menjadikan batu itu amat menarik sekali. Zakry segera mencapai air-skate miliknya.
     "Mak, ayah, Zakry hendak pergi ke rumah Leck Kim, ya," laungnya. Suis air-skate dihidupkan lalu benda yang berbentuk pentagon memanjang itu terapung di udara hingga ke paras lutut. Zakry melompat naik ke atasnya lalu meluncur laju naik ke atas sebelum menuju terus ke rumah rakan baiknya, Leck Kim.
     "Leck Kim, apa yang awak buat tu? Terbongkok-bongkok, macam orang tua," ujar Zakry sebaik sampai di rumah keluarga Tan itu.
     "Awak Zakry, terkejut saya. Lain kali bagilah ucapan selamat ke, apa ke, ini tidak. Nasib baik saya tak ada penyakit jantung. Tak ada, saya tengah check pokok-pokok ni. Manalah tahu, ada penemuan baru ke," jawab Leck Kim sambil tersengih-sengih menampakkan giginya yang putih tersusun rapi.
     "Maaflah. Aaa...bercakap pasal penemuan, saya rasa kita ada 'kerja'lah." Mata sepet Leck Kim serta-merta terbuka luas apabila mendengar ayat daripada Zakry itu.
     "Kerja? Wah, saya memang tengah cari kerja sekarang ni! Apa yang awak jumpa?"
     "Sabar-sabarlah dulu. Sebelum tu, bagilah saya masuk dulu...aaa...boleh tak tolong telefon Ramesh? Nanti merajuk pula kawan tu." Leck Kim tersengih sambil meminta maaf dan membuka pintu pagar rumahnya.
     Mereka menuju terus ke belakang rumah. Tertera perkataan "LK Lab" di pintu masuk sebuah bilik yang mereka masuki. Apabila Leck Kim membuka sahaja lampu bilik, kelihatanlah pelbagai jenis alatan sains tersusun rapi di sebuah rak besar berhadapan dengan pintu masuk.


Ok...sampai situ je yang aku sempat tulis time tu. Tapi aku ingat lagi jalan cerita yang aku nak buat...sebab masa ujian BM karangan, aku buat cerita ni....tapi versi yang pendek laa....kang jenuh tangan aku menulis masa test tu....nak kejar masa lagi....
Aku plan nak buat masa 3 orang kawan ni tengah buat ujikaji ke atas batu tu, batu tu keluarkan kuasa/cahaya/whatever it is masa diorang titikkan sejenis cecair kat atas batu tu (dalam ujian aku buat asid hidroklorik! haha....) pastu diorang ter'travel through time'. Diorang travel to the future. & masa kat future tu diorang tengok keadaan Malaysia sangat menyedihkan. Dah jadi tempat berperang...macam yang korang selalu tengok kat negara-negara perang sekarang ni.
Pastu diorang jumpa sorang pak cik tua, diorang tanya apa yang berlaku. Pakcik tu cakap rakyat Malaysia tengah berperang sesama sendiri. Dah tak ada  persefahaman antara kaum lagi dah. Lagi parah, Malaysia bukan bernama Malaysia lagi dah. Ada yang membantah nama Malaysia sebagai nama negara yang mempunyai berbilang kaum. Aku tak ingat nama apa yang aku reka masa test tu...tapi memang nama yang pelik la...haha....
Pastu 3 sekawan tu try carik cecair yang sama yang menyebabkan batu asing tu bereaksi...pastu tak jumpa...pastu.................aku dah tak ingat dah apa yang aku merapu masa tu....huhu...dah lama kot...!

Komen aku pasal cerpen lama ni...
- uihh....jauh ke depan betul cerita ni....tapi teknologi dia macam boleh capai dalam masa 20-30 tahun akan datang ni je....huhu...
- Encik Azhar????? Let me repeat again....ENCIK Azhar? hahaha....bagi laa at least title Dr. ......angkasawan kan...sure sebelum tu ade buat research....sure la at least ade PhD.....dunia teknologi kann....hehe...
- nama planet tu serius aku hentam je...hehe...
- gila hebat ingatan Zakry tu....boleh ingat apa yang berlaku masa umur 2 tahun...yes people.... DUA TAHUN! TWO YEARS OLD.....hahaha
- pusat pelancaran roket di Cyberjaya??? ffffuuuuuuuu...........Malaysia yang kecil ni boleh ada tapak pelancaran roket ek? hebat...hebat....haha...
- yang pasal kelajuan roket yang mencecah 55% kelajuan cahaya tu macam ni... :
anggaran kelajuan cahaya ialah 3x10^8 m/s (3 darab 10 kuasa 8 meter per saat....meaning, dalam 1 saat, cahaya boleh travel dalam 300 juta meter....masya ALLAH....)
kalau 55% daripada kelajuan cahaya maknanya 165 juta meter per saat...
kita convert unit SI ni jadi km/j  (kilometer per jam) .. 300 juta m/s -->  1,080 juta km/j  &  165 juta m/s --> 594 juta km/j   (aku guna juta nak bagi nampak senang nak bayang sikit...)
jarak antara bumi dengan hujung bima sakti ialah 1000 lightyears (tahun cahaya, maknanya untuk sampai ke hujung bima sakti, kita bayangkan kita travel dengan 'menaiki' cahaya selama 1000 tahun, baru lah sampai ke hujung bima sakti....) ...1000 ly bersamaan dengan 9,454,254,955,488,000 km!
maknanya, kalau kita bergerak dengan kelajuan cahaya sekalipun, kita akan sampai lepas 1000 tahun....nak patah balik ke bumi lagi....so, itu adalah sangat-sangat mustahil....ini kan pulak 55% kelajuan cahaya....aku kira tadi, kalau betul dia travel dengan 55% kelajuan cahaya, dia ambil masa 1816.9 tahun untuk sampai ke planet kat hujung bima sakti tu.....panjang betul umur watak-watak dalam cerita ni....haha...lain kali buat laa planet yang dekat sikit dengan bumi...ye dik.... :p
sebenarnya sebelum aku fikirkan nak buat 55% kelajuan cahaya tu, aku ada tanya cikgu fizik aku, possible ke kita travel dengan kelajuan camtu....dia kata possible.... -___-
- angkasawan lepas dah sampai bumi mana boleh terus keluar dari space shuttle, terus peluk manusia-manusia kat bumi ni.....diorang kena sesuaikan diri dulu...kena ambil masa dulu....kena nyahradiasikan dulu....ni terpengaruh dengan cerita Armegeddon la ni...sampai bumi terus peluk awek....hahaha....
- scene bapak Zakry bagi batu asing kat dia tu sangat tak boleh blah....hahaha....ada ke patut....batu yang entah apa-apa, tak test lagi, bagi terus kat anak...pastu kata tak bagi apa-apa effect....hahaha....what a joke!
- air-skate.....hohoh....memang imaginasi aku ni.....teringin gila nak ada benda macam ni....hehe...
- dialog antara watak saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat la skema.....hahahahahahahaha.....



Dulu aku amek fizik sebab minat bidang astronomi.....sekarang dah amek fizik bidang lain dah pulak...hehe... (have i told you that i fond to astronomy thanks to SAILORMOON? yup...that's right! hahahahahah.....)

Dan sekarang minat untuk buat cerpen-cerpen camni dah tak ada dah....huhu....

Urghhh....panjang dowh entri ni....
Next entri maybe panjang jugak....tapi very interesting....pasal benda-benda astronomi ni jugaklah....insyaALLAH.................... (tak tau la bila akan update lagi...huhu...)

Chow!
Selamat Hari Malaysia 16 September ni!