Aug 24, 2011

lagu suriram dengan german accent

aku tengok banyak-banyak kali video ni rasa tak puas...kalau jumpa budak ni dah lama aku cubit-cubit dia...comel sangat!!!!!!!!
ada dalam 2-3 video pasal budak ni tapi aku paling suka yang ni...
nama pun siti aminah...nama ibu Rasulullah.....baguslah parents dia ni....
duduk jerman pun tak lupa nak ajar anak bahasa melayu....loghat utara lagi...
dah besar nanti mesti cantik....mata dia, hidung dia, rambut dia, senyuman dia....semuanya cantik... :D
harap mak pak dia bagi dia pendidikan agama yang cukup lah supaya kecantikan/kecomelan budak ni tak disalahgunakan....



p/s : orang-orang yang bagi komen kat youtube kata budak ni anak lepat, pelukis jalanan yang pernah menggemparkan Malaysia sebab ex-wife dia larikan anak dia ke luar negara....

cilok dari sini

biskut & coklat yang aku promote sebelum ni masih boleh di order, tapi lepas raya lah eh... :)

Jun 23, 2011

Islam di Jepun

sila tampar aku kalau setiap kali nak buat entri baru aku tulis "oh! dah lama sungguh aku tinggalkan blog ni...sampai dah bersawang-sawang dan berhabuk sebab dah lama tak update".

sekarang ni sedikit demi sedikit Islam dah mula sentuh hati-hati masyarakat Jepun....alhamdulillah....alhamdulillah...
kita sedia tahu orang-orang Jepun ni sangat berdaya saing, BERDISIPLIN, rajin dan suka meneroka...
bila ada antara mereka ni belajar pasal Islam, dengan izin ALLAH, hidayah pun muncul...
ini antara statistik yang aku ambil dari Uchujin-The Blog :
        Populasi Jepun   :  270,000,000
        Populasi Tokyo  :  13,000,000
        Jumlah orang Muslim di Jepun (anggaran)     : 100,000
        Jumlah Muslim berbangsa Jepun (anggaran)  :  10,000
        Jumlah saudara baru BUKAN melalui perkahwinan (anggaran) : 200-300
        Jumlah imam berbangsa Jepun di Jepun         : 5
        Jumlah imam berbangsa Jepun di Tokyo        : 1

dan imam berbangsa Jepun di Tokyo tu adalah Imam Abdullah Taqy, seorang pembuat tatu dan penindik (betul ke perkataan ni?). Walaupun kalau tengok Imam Abdullah ni tangan dia penuh dengan tatu, who are we to judge him kan? besar kemungkinan tatu tu dia buat sebelum convert ke Islam....



next! enjoy video kat bawah ni pulak....qasidah burdah dari Sh. Ahmad Abu Hakeem Maeno....orang Jepun yang belajar pasal Islam kat universiti damascus, syria...
sangat-sangat-sangat........................WOW!




kalaulah Islam dapat berkembang dan diterima oleh ramai orang Jepun, bayangkanlah..................... MySpace

dan komuniti Islam di Jepun pun dah ada website mereka sendiri.... Islamic Circle of Japan :)

Mar 29, 2011

oh mai dear......

nota kepala : post ini ditulis pada waktu malam yang hening bening dan pening


assalamu'alaikum & hello my dear....
takde pape...saje je nak tulis slog (kependekan bagi surat + blog....macam vlog jugak ar...) kat yu...
yu sihat ke? yu taknak tanya ai sihat ke tidak? takpelah, yu taknak tanya, ai nak bagitau jugak....
ai di sini sentiasa rindukan yu....
ai selalu teringatkan pertemuan kita buat kali pertama...
pertemuan kita masa kita sama-sama kat kolej kediaman kinabalu kat um atau lebih dikenali sebagai 8th college atau kalau nak singkatkan lagi panggil 8th je pun budak-budak um dah faham..
masa tu ai dah tahun kedua dah, yu pulak boleh la dikira sebagai 1st year....
masa tu ai rasa biasa-biasa je kat yu...
as the time goes by ai rasa ai memang suka kat yu...
ai suka masa kita bersama....tak kisah la masa kita beramai-ramai dengan kengkawan yu atau kengkawan ai ke...masa kita berdua saja ke (alamak....ter'blushing' lah pulak....hehe...)
ai suka masa dengar yu menyanyi, masa yu tolong ai buat keje, masa ai melayari internet,
kalau yu ada masalah, ai laahh yang jadik peneman setia yu kan?
bukan setakat telinga, malah mata, tangan dan tak dilupakan jugak otak...
pastu ai tolong selesaikan masalah yu tu....
kalau ai tak dapat selesaikan, ai berusaha carik orang yang boleh bantu yu...
ada satu masa tu, yu memang ada problem besar, ai lah yang jadik mangsanya....
eh! takleh cakap mangsa, sebab ai memang ikhlas dan suka tolong yu....hehe...
hampir semua gelagat yu ai masih ingat lagi...tak kiralah yang membuatkan ai rasa nak gelak, nak menyanyi sama, nak hentak yu atas meja...
betapa rapatnya kita berdua dulu....
tapi tu dululah...
bila ai dah 4th year, kita pun semakin kurang berinteraksi....
padahal ai sangat perlukan bantuan yu dengan final year project & tesis ai....
masa tu ai dah dok luar dah...tak duduk kat kolej dah....
sekarang ai sunyi tanpa kehadiran yu....
kalau ai dengan kaum yu, ai rasa tak berapa best...ai nak yu jugak! huuu.....
sekarang yu jauh dari ai.... (kalau sekarang ni yu ada, mesti yu nyanyi "jauh kau pergi meninggalkan diriku, di sini aku merindukan dirimu...ohhh..." mesti nak kena ada "ohhh" tu....tapi sepatutnya ai yang patut nyanyi kat yu lagu tu....)
ai tak tau kalau yu masih ingat kat ai lagi ke tak....
ai harap yu masih lagi la...
di sini ai kepilkan gambar yu masa saat-saat terakhir yu ada dengan ai....

masa yu masih boleh digunakan


masa yu langsung tak boleh diharap...


tapi tu lah......kos-metik untuk merawat yu tu mahal sangat....nak cecah ribu....ai dah lah tengah kekurangan duit....baik ai cari yang lain....yu jangan marah ye yu.....

sekian sahaja warkah dari ai untuk yu....
semoga kita berjumpa lagi...

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh....


yang selalu merindui mu,
uchiha ct-k




***** T A M A T *****

kehkehkehkeh.....
maktik dan anak beranak beliau mesti rasa kecewa bila dah baca habis kan?
mama yang selalu tanya "ct dah ada boifren ke?" pun mesti rasa frust sebab harapkan anak dia yang sorang ni akan bercerita pasal "the special one" (ceh! tak boleh blah ayat!)....
tetiba idea ni terdatang malam-malam buta camni....
hehe..........
siriyes weh..............................................
penat dah tunggu laptop den ni pulih dari koma....
huhu.....
karangan PTS di atas tidak ada kena-mengena dengan orang yang belum lahir mahupun yang sudah meninggalkan dunia yang fana' ini....
saje nak mengarut di tengah-tengah malam yang buta dan dipenuhi dengan manusia yang tak buta tapi suka membuta waktu-waktu buta ni....
sekianss terimass kasihss....
 

kebaikan apple cider vinegar (cuka epal)

assalaamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.....

korang pernah dengar pasal apple cider?
haaa...kalau tak pernah meh sini aku nak bercerita sikit pasal menatang alah ni yang orang zaman "moden dan suka memendekkan perkataan" panggil ACV...
chewahhh....mentang-mentanglah pernah kerja kat farmasi sebelum ni kannn........

ACV ni sebenarnya dah lama wujud dalam bidang perubatan...dikatakan hippocrates, bapa perubatan moden, guna apple cider ni untuk sembuhkan pelbagai penyakit...

antara kelebihan apple cider ni... :

DETOX & KURUSKAN BADAN
detox atau dalam bahasa mudahnya keluarkan toksin dalam badan, oleh itu secara tak langsung, membantu mendapatkan badan yang ideal....WOHA! (oppss.....tercuri line dari keretamayat pulak...hehe...)
selain tu ACV ni mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga (selain tu lecithin ni juga boleh membantu menguatkan memori tau..! )

GOUT & ARTHRITIS
sakit gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.....tapi maaflah apple cider ni tak boleh nak sembuhkan orang sengal....

TEKANAN DARAH
menstabilkan tekanan darah dengan me'rileks'kan atau merehatkan salur darah.... (ok...ini adalah experience aku sendiri la.....aku ni badan je besar tapi tekanan darah rendah....tapi bila dalam sebulan camtu makan apple cider ni, tekanan darah aku jadik normal dan aku jarang fenin-fenin lalat lagi....hee.... :D )

DIABETES
dikatakan apple cider boleh mengurangkan kadar gula dalam darah jika diambil selepas makan dan juga ketika bangun dari tidur kalau diambil sebelum tidur...

JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
dapat kurangkan simptom-simptom selsema, sakit tekak dan jangkitan pada mana-mana bahagian badan (contoh : jangkitan telinga, kulit, tekak, fungus etc.).....juga boleh meredakan serangan asma....tak tak...bukan asma kawan korang tu....ni asma yang nama glemer dia sinus tu.... (takkk....bukan graf sinusoidal laaaa wahai para mathematicians sekalian....haduiii..........)

KULIT
ACV sangat bagus untuk kulit yang bermasalah seperti eczema dengan menyapu ACV di tempat yang bermasalah....juga boleh merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...

BADAN/MULUT BERBAU
dengan meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk tu....juga boleh untuk kaki busuk...tapi kalau hati busuk kena banyak-banyak muhasabah diri, amalkan sifat mahmudah dan banyakkan berzikir yea....

KERACUNAN MAKANAN
kalau keracunan makanan, minum 1 sudu ACV setiap 5 minit lepas detect yang korang keracunan...juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea (susah lawas atau dalam bahasa mudahnya susah nak ber**) kerana ACV mengandungi kadar  pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa....

KOLESTROL
mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida...


lain-lain kelebihan ACV yang aku malas nak hurai :
1.  merawat hidung berdarah (eppp....bukan hidung berdarah sebab tengok benda-benda lucah macam yang 
     selalu dalam anime jepun tu....)
2.  menguatkan tulang
3.  lebam-lebam dan melecur (bukan yang tahap serius ye...)
4.  kanser
5.  kejang otot (so, sangat bagus untuk para atlet)
6.  kelemumur atau ketombe dalam bahasa indonesia
7.  ruam lampin
8.  sistem pencernaan (berkait rapat dengan fungsi detox tadi)
9.  sakit kepala dan migrain
10.pedih hulu hati
11.sedu (tapi seeloknya jangan laaa dibaginya pada bayi atau kanak-kanak....)
12.gigitan/sengatan binatang
13.insomnia atau sukar tidur
14.senggugut
15.pagi-pagi lagi dah minum arak mabuk pagi (morning sickness)
16.sun burns
17.ulcer
18.sistem perkumuhan
19.boleh masukkan dalam masakan untuk ganti penggunaan cuka biasa atau lemon, salad dressing, etc.

    seelok-eloknya beli ACV yang ada keruh-keruh kat bahagian bawah botol dia....benda yang keruh-keruh ni la yang orang panggil "Ibu Cuka" (Mother of vinegar) dan benda ni lah yang ada banyak fiber dan pectin yang memainkan peranan utama dalam kebaikkan ACV ni....

    DAAANNNNN lagi satu....ni PERINGATAN PENTING nih!
    cara makan ACV ni, kita tak boleh makan macam tu je....namanya pun cuka kan...taula macam mana punya masam kalau makan cuka sesaja...oleh itu, campurkan 2-3 sudu kecil ACV dalam air kosong....kalau tak boleh tahan dengan rasa masam dia walaupun dengan campuran air, korang boleh tambah madu....haaa...kan dah dapat 2 kebaikan dalam 1....
    (masa aku kerja kat Vitacare tu, aku punyalah curious apesal laa customer-customer ni suka beli ACV ni...aku nak try rasa....senyap-senyap aku tuang ACV yang dah dibuka untuk sampling, masukkan dalam cawan sampling tu banyak-banyak pastu aku teguk.....PERGH!!!!! ARGHHH!!!!! tersedak-sedak aku kat situ..... match face you!)
    kebanyakan fungsi ACV ni memerlukan kita minum dia selepas makan, 2 kali (atau lebih) sehari...
    kalau nak bagi tahan nafsu makan supaya tak makan banyak, minum ACV lebih kurang 15 minit SEBELUM makan...
    untuk rawatan macam kulit, nafas/badan berbau, sunburns dan sebagainya, ACV digunakan sebagai aplikasi ke atas bahagian yang bermasalah....kalau korang beli ACV kat farmasi, minta pamphlet atau brochure pasal ACV ni....diorang mesti ada punya....

    ini pamphlet yang aku amek dari Vitacare dulu tu...

    jenama ACV yang bagus? mmm....i will say that Bragg's probably the best ACV brand...lagipun penjualan dan komersialan ACV ni dipelopori oleh founder Bragg nih.....harga dia pun reasonable....botol kecil dalam ~400ml RM14.90 atau RM13.90 (kat farmasi Caring), botol besar dalam ~900ml RM18.90....kalau nak yang jenis ready-to-drink (yang dia dah campur ACV dengan air & madu) RM7.90 dalam 300-400ml camtu la...


    brand apa pun tak kisah sebenarnya, asalkan cari ACV yang berkualiti tinggi....macam mana nak cari yang berkualiti tinggi? cari yang ada label "UNFILTERED" , "UNPROCESSED" atau "RAW" punya....sebab jenis yang macam ni yang mengekalkan khasiat ACV tu...

     ACV yang aku baru beli...murah sikit dari Bragg

    ACV ada juga dijual dalam bentuk kapsul, tapi bagi aku better ambil yang dalam bentuk cecair sebab lagi senang diserap oleh badan...

    untuk lebih info tentang ACV dan cara penggunaan dia boleh tengok kat sini dan sini ......juga di sini


    baru-baru ni pak ngah aku bawa sorang ustaz & 2 orang budak yang "boleh nampak" datang rumah untuk mengubat, ustaz tu bagi sebotol ACV yang dari Iran....haaaaa......kan dah kata....ACV ni memang bagus.....ALL IN ONE!
    chewah!

    ACV yang ustaz hassan tu bagi
    tak...bukan tok guru yang bagi....kismis tok guru tu watak sampingan je tu...















    bila budak fizik bercerita pasal kesihatan yang agak lari dari fizik.......

    Dec 9, 2010

    jom tidur...!

    errr.........kenapa aku pilih ayat "ngeri" tu jadi tajuk entri ni?
    huuuu.......

    anda suka tidur?
    ya, seperti anda, saya juga suka tidur...
    sukkkkkaaa sangat....hehe..

    rasanya dulu dulu dulu dulu dulu takdelah suka sangat tapi rasanya sejak lepas habis PMR dulu tu kot.....
    (ceh! tak tahan...PMR tuuu....)
    dan rasanya masa tu jugak la aku mendevelop kan diri menjadi seorang penidur di kelas...
    masa dah habis PMR, macam biasa lah kan...takde aktiviti sangat...selalunya aku cari aktiviti nak dibuat contohnya cari kawan nak borak, baca buku (perghhh....!!!), berjoget depan kelas (well.....sekolah perempuan kannn......haha...tak tak...yang ni aku tak buat...)...
    ada 1 hari tu aku boring tak tau nak buat apa, aku tengok ada antara classmate aku yang tidur, so aku pun macam nak try lah tidur dalam kelas...
    lalu aku tidur dengan nyenyaknya....bangun-bangun je tengok takde orang...dah rehat rupanya...
    "ceh! hidya ni...taknak kejut kan aku...."
    segalanya bermula di situ...............................

    masuk form 4 memang aku antara sleepy head yang berjaya ah dalam kelas 4Sains2 tu....
    antara babak (babak? kau ingat ni cerita tv??) yang masih aku ingat masa kelas BM....
    selalunya puan wan bahiyah suruh kitorang baca majalah fokus SPM tu, pastu jawab la pape yang dia nak tanya....
    disebabkan aku berjaya membaca keseluruhan artikel dengan kelajuan cahaya, i took my own sweet time to sleep.............as always...
    kehkehkeh....
    aku menongkat pipi (bukan menongkat dagu....itu untuk abang haris yang suka berangan sambil duduk di jendela bilik beliau) sambil tunduk ke bawah, kononnya masih tengah membaca, pastu aku pun tido....
    celik mata je aku nampak muka puan wan kat celah-celah tangan aku sambil tengok aku tido....oh! so sweet.....!
    aku angkat muka, lalu melemparkan sengihan yang sungguh manis seperti pisang goreng kepada beliau...
    babak seterusnya aku tak ingat dah....

    masa kelas kimia pulak, duduk dalam lab...
    masa awal-awal tu cikgu tu (jap....aku cuba nak ingat kan balik apa dah nama cikgu tu....) tanya ar result PMR kitorang....
    chewahh....aku pun dengan bangga nya cakap aku dapat 8A.....dah lepas cakap tu aku tak boleh nak duduk betul balik dah sebab ****** terasa besar sebab mengembang (ok...ni tipu...)....dan secara kebetulan aku sorang je budak melayu dalam kelas tu yang dapat 8A....oh! so sweet! (well...biasalah....melayu adalah kaum minoriti kat st mary.....time aku dulu la....sekarang dah banyak dah...gedik-gedik pulak tu...huh!)
    dan bila cikgu tu suruh baca manual lab tu, aku tunduk setunduk-tunduknya mengadap buku kat atas meja sambil merehatkan minda...
    kebetulan jugak, masa form 4 ni, mama tukar sekolah dari SMK Taman Ehsan gi SMK Se******.....
    sekolah ni 1 zon sentul dengan st mary...so selalu la jumpa dengan cikgu-cikgu dari st mary ni dalam meeting....
    ada 1 hari tu mama tersatu meeting dengan puan mona ni....haaaa..........baru ingat nama dia....puan mona....ok sambung cerita....
    mama pun tanya lah kenal ke tak aku ni....dan dialog seperti di bawah ini pun berlangsung....
    puan mona : laaa.....anak akak ke....? rajin khumaira tu.....saya selalu tengok dia baca buku....dia dapat 8A kan hari tu?
    mama : (ketawa) (eh...ni dah macam nak buat skrip dah ni...) mane nye dia baca buku....die tido tu! dok kat rumah malam-malam tengok bola sampai pagi...
    puan mona : die tengok bola, kak??
    mama : ha'ah....die minat sangat dengan michael owen tu.....blablabla (babak seterusnya sila imagine sendiri...)
    start daripada tu puan mona panggil aku bola....

    babak seterusnya pulak masa form 5, kelas PJK....(bagi sesiapa yang dah hilang ingatan....PJK nampak macam ejaan short-form untuk pajak...tapi bukan kelas pajak gadai...it's pendidikan jasmani & kesihatan)
    kelas ni guru kelas kitorang puan parimalah yang ajar....ni part-time dia je...full-time dia subjek sejarah...
    masa form 5 ni aku duduk kat hujung dunia, depan sekali, berkawan baik dengan pintu kat sebelah kanan aku....
    masa kelas PJK hari tu puan parimalah nak ajar kitorang sejarah, so dia suruh kitorang baca buku sejarah tu...
    disebabkan aku seorang pelajar yang jujur dan berhati mulia, aku tolak buku tu ke kanan sket, palingkan muka ke kanan seolah-olah macam aksi taknak kawan dengan zhi qian kat sebelah aku, pastu aku tongkat kan ali kepala lalu menikmati pemandangan di luar kelas dengan mata yang tertutup....
    tiba-tiba aku rasa macam mendung pulak pemandangan kat luar, aku bukak mata....GEDEBUK! muka puan parimalah depan aku....macam yang aku buat kat puan wan tadi, aku melempiaskan sengihan yang lebar dan sungguh precious kepada puan parimalah....beliau tergelak sikit lepas tu suruh aku teruskan pembacaan yang kononnya tergendala sebentar tadi....

    situasi peniduran dalam kelas ni berlanjutan sehinggalah sem kedua terakhir aku....final sem aku tak buat camtu dah....hehe.... (epp...epp....siapa yang tau pasal "final sem" aku tu sila senyapkan diri anda dulu eh....nanti beta sendiri yang akan cerita kat sini....)....ada 1 kelas pukul 10-11.30 pagi yang boringdantakfahamamendelahdieajarni, pukul 11 je aku keluar untuk tido selama 15 minit kat tempat lepak geng fizikawan aku tu...hehe.....

    oh! dan aku ada gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi bersama yang berkait rapat dengan kes peniduran dalam kelas sepanjang antara-sem-terakhir aku sebagai undergrad fizik kat um nih.....
    hehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehe..... (sila bayangkan aku tengah buat muka mischievous sambil tersengih dan menggosok-gosokkan tangan...)

    kiri atas : bel, saii, shamim
    kiri bawah : yan, fizin, saii lagi
    oh! so sweet kan???
    hahahaha....

    jangan marah eh kawan-kawan....
    selamat hari raya....maaf zahir batin....kikikikiki.......

    p/s : sebenarnya ada lagi 1 mangsa, yatt....tapi mana ntah perginya gambar tu....aku try carik balik tak jumpa pulak....

    p/s/s : gambar aku? mesti la takde.....aku kan budak baik lagi berakhlak mulia.... :p



    mmm.....
    rindunye zaman muda-muda dulu..........
    huhu.....
    :(

    Sep 27, 2010

    wah! i thought i'll never make more than 1 entry per day.....

    tak ada apa-apa benda penting pun nak cakap....
    just nak kata...
    "kalau orang yang selalu update blog, dan dalam 1 hari dia boleh buat sampai lebih dari 2 entri, lepas tu tiba-tiba jarang update blog (contoh : sebulan sekali dua je, takpun berbulan-bulan tak update), maknanya orang tu dah ketagih facebook la tu....."

    oh aku tak cakap pasal diri aku, sebab aku jarang update disebabkan "kekangan masa"....heheh.....

    dan orang yang ada akaun facebook tapi tak accept pelawaan nak jadi kawan tu, mesti ada sebab dia tak nak add kita.....contohnya, kita tak layak jadi kawan dia....

    sekian.....

    Sep 1, 2010

    susah kan....?

    tengok sekeliling korang....
    perhatikan telatah orang-orang kat sekeliling korang......
    cuba tengok....
    susahkan nak jumpa lelaki/perempuan yang masih kisah pasal batas-batas pergaulan....
    kita akan selalu jumpa sekumpulan kawan yang bercampur jantina yang bertepuk tampar sesama sendiri dengan seronoknya.....
    diorang kata "alaah...kawan je pun....kitorang takde apa-apa feeling bila terpegang tangan masing-masing...."

    ada yang masih jaga dengan tak pegang with bare hands, that is berlapik r.....
    diorang kata "alaah....mana ada pegang dia secara direct....aku pegang kat bahagian tangan dia yang bertutup apa....."
    tapi bagi aku la kan....dalam situasi yang kedua tu....kita ibaratkan la macam seorang perempuan yang pakai baju tutup habis kulit dia semua....tapi orang masih boleh nampak bonjolan-bonjolan badan dia a.k.a dia pakai baju ketat gila laa.....
    macam Nabi cakap "wanita yang berpakaian tapi telanjang"

    kalo main pegang-pegang dengan alas ni dibolehkan, maknanya aktiviti meraba-raba dalam keadaan berpakaian tu dibolehkan lah ek? aku ibaratkan macam ko ambil satu objek ni, ko tutup dia dengan kain, pastu ko pegang dia....ko boleh rasa tekstur objek tu kan? betul ke apa yang aku andaikan ni? ke aku ni kolot dan kuno sangat? huhu...



    aku tau aku tak layak nak bagi tazkirah sebab aku sendiri pun baaaaaaaaaannnnyaakk sangat kelemahan.....
    aku bukan ustazah.....
    sekolah agama pun takat SPRA sampai darjah 6....
    pastu masa sekolah menengah masuk sekolah yang dapat separuh bantuan kerajaan (separuh lagi gereja sponsor...)
    tudung pun tak labuh.....
    tapi bila datang perkara yang dah jelas dan nyata....pandai-pandai la bawak diri......

    bila berkawan dengan macam-macam jenis orang.....
    aku pun terfikir.....
    susah betul nak cari 'orang yang sesuai'......kan? hehe......

    lagi sekali aku nak tanya.........
    aku ni kolot dan kuno sangat ke....?



    kalau nak orang yang baik, kita pun kena jadi baik jugak...
    kan...?
    :)