Showing posts with label fizik physics. Show all posts
Showing posts with label fizik physics. Show all posts

Feb 12, 2012

saya budak sains

bulan Januari mem'blah'kan diri tanpa ada entri dari aku.........

sejak kebelakangan dan kedepanan ni kalau baca surat khabar mesti sekurang-kurangnya ada 1 berita pasal kemerosotan pelajar aliran sains....
mula-mula aku rasa benda ni macam.......alah...benda kecik je.....bidang lain pun sama pentingnya kepada negara....
pastu bila fikir balik, kalau betul negara kita nak maju & nak realisasikan wawasan 2020, maka bidang sains haruslah lagi ke depan berbanding bidang yang lain...
malas nak ulas pasal benda ni panjang-panjang, terus ke main point yang aku nak cakap....benda yang dah lama aku fikirkan....

kenapa eh, kat malaysia ni pembuat filem & drama jaaaaaaaaaaaaaaarang sangat buat cerita-cerita science fiction? rasanya dalam 5 tahun adalah 1-2 filem/drama yang ada sikit-sikit cerita pasal sains ni....
kalau tengok kat hollywood, ada pengarah filem dia bukannya berlatarbelakangkan pendidikan sains, tapi boleh buat filem science fiction yang gempak...
kalau anime jepun pulak, lagilah tak payah cerita....antara manganime yang aku sangat kagum dengan isi cerita dia, Fullmetal Alchemist....cerita pasal bidang alkimia....sangat menarik, sangat original....dan lebih buatkan aku kagum, mangaka dia adalah seorang perempuan (selalunya cerita lawan-lawan ni kan kebanyakan mangaka dia lelaki....)

orang-orang yang buat cerita sci-fi ni, untuk nak bagi cerita tu nampak real, diorang buat kajian mendalam dulu pasal satu-satu benda....macam cerita iron man, macam mana dia boleh buat cerita watak utama dia tu gunakan bahan-bahan yang ada dalam penjara dia untuk jadi iron man....

kalau tengok fenomena filem/drama kat malaysia pulak, asyik-asyik cerita cinta.....cinta terhalang, cinta keparat, cinta korporat....pastu cerita hantu.....macam abang ipar aku cakap "kalau macam ni hantu pun boleh mintak royalti sebab asyik cerita pasal dia je"
pendek kata macam video matluthfi kat bawah ni la....saaaaaangat stereotype....



lagi satu, sekarang ni drama bersiri kat tv semua nak buat cerita stail cerita korea Full House....mula-mula heroin ada pakwe (dalam Full House, hero yang ada awek), pastu kena kahwin paksa, pastu masa jadi suami isteri tu selalu tak sebulu, pastu buat jadual & peraturan dalam rumah, pastu ada incident yang tak disangka-sangka, pastu si isteri boleh pulak terjatuh hati kat suami dia yang selama ni dia benci, pastu isteri clash dengan pakwe sebab dah jumpa siapa true love dia yang sebenarnya, pastu dapat anak. -____-

takde idea lain lagi ke nak buat cerita?

kalau rosyam nor punya cerita pulak, mesti dia lah hero. awek mesti lah yang cun......tapi nak tengok macam takde selera pulak sebab rosyam nor dah tua, tak layak nak berlakon watak muda....

takde idea lain lagi ke nak buat cerita?

kalau buat cerita pasal budak kolej/universiti pulak, MESTI! MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI MESTI cerita pasal budak seni......
seni =  tarian, lakonan, seni lukis, muzik dll.
tapi kat malaysia tarian & lakonan la paling mendominasi....sebab apa? sebab pengarah dia memang dalam bidang tu....dia malas nak keluar dari kepompong dia, malas nak buat kajian pasal bidang luar daripada bidang dia, which means may take 2-3 years of research.....so in the end, nak buat pasal pelajar kolej yang tengah bercinta, kursus yang budak tu amek haruslah berkenaan dengan seni.....

dulu ada 1 drama bersiri ni, Cinta Medik namanya......dengar tajuk Medik tu dah seronok dah....tapi bila ada Cinta kat depan tu terus down excitement tu.....tak tengok pun tau, mesti banyak fokus pada percintaan....
tapi aku pernah lah nak try tengok cerita tu.....ada sekali tu je la....kebetulan pulak masa tu tengah scene doktor (ke pegawai sains kat hospital tu) tengah buat eksperimen....dia nak campurkan bahan kimia....boleh pulak dia campurkan chemical tu macam tu je....TANPA sukatan....tak guna silinder penyukat pun....waaahhhh! hebat betul doktor.....boleh measure guna mata je.....
aku terus tukar channel lain sebab scene yang pendek tu dah spoil kan mood aku nak tengok scene yang seterusnya......

para penggiat seni, para pembikin filem/drama di Malaysia....tolonglah produce kan at least 1 cerita fiksyen sains dalam masa 1-2 tahun....boring weyyy....dengan media macam ni sebenarnya boleh tarik ramai orang untuk minat pada sains....

pernah tengok or at least dengar cerita sitcom "The Big Bang Theory" ? cerita tu sangat famous kat US.....cerita pasal seorang geek/nerd/genius fizik & kengkawan dia....watak Sheldon tu sangat kelakar, sinis, x ketawa & .......................kelakar! tapi bersedialah dengar term-term yang tak pernah korang dengar (melainkan dalam fizik & kejuruteraan je....hehe...) & teori-teori yang memeningkan kepala....sebab walaupun dia cerita lawak, tapi penuh dengan sains! XD
untuk buat sitcom ni pengarah dia siap panggil science consultant lagi....hohoho....

(p/s : ermmm.....sebenarnya aku tak ikut sangat cerita ni.....aku layan masa duduk rumah sewa dengan lin dulu...hehe...)

ok...dah banyak dah aku merapu....akhirnya dapat jugak tulis (taip?) pasal benda ni....hehehehh...




p/s : dulu masa aku buat cerita "Homun" untuk drama teater FESENI, masa pengacara tu baca sinopsis cerita, dia sebut "sci-fi" sebagai "si-fi" .......ermmm....lupa lah pulak aku nak taip science fiction dalam sinopsis tu....huhu...rasa nak tergelak jugak bila dia baca tu....heheh....

p/s lagi : "Homun" comes from homunculus....dari cerita Fullmetal Alchemist.....kebetulan pulak sebutan dia dah nak dekat dengan HUMAN....hee....tapi cerita pasal robot manusia yang hidup dengan jantung manusia (ehhh....macam cerita Terminator pulak....tapi, nonononoooo....aku buat cerita Homun ni dulu tau....) ....tapi disebabkan "perasaan" adalah hak milik manusia, makhluk istimewa yang diciptakan ALLAH, maka homun tu tak dapat menanggung beban perasaan yang datang bersama-sama dengan jantung yang dipasang dalam badan dia....last sekali, homun tu bunuh pencipta-pencipta dia sebelum rosak & mati....
(ada salah sorang AJK teater tu cakap kat farhan, yang bertanggungjawab uruskan audio & bunyi team kitorang, teater tu teater pertama yang berdasarkan sains....bila farhan cakap budak sains yang buat cerita tu, orang tu "oohh...patut lah...." heee.... :D )

lagi-lagi p/s : homunculus dalam dunia sains adalah lebih kurang macam dalam cerita FMA....."friend in the flask", artificial human, little human, snake-eating-it's-own-tail symbol a.k.a uroboros, "to submit oneself to unendurable torment", blablablablabla.....
you'll be amazed macam mana punya detail mangaka dia buat research.....and for that you have my respect, Hiromu Arakawa-san..... :)

p/s yang last, ok yang ni memang last punya : rindu pulak nak berdrama & bercengkerama & bercengkerang & bermemerang & berboomerang....



homunculus dalam FMA


uroboros symbol


"my little friend in the flask"

edward elric (fullmetal alchemist) & roy mustang (fire alchemist)
*lessthanthree*

Sep 7, 2011

sila bagi tajuk entri sendiri...aku tak boleh fikir lagi dah...banyak sangat menaip...haha

Semalam aku dok mencari-cari buku Advanced Quantum Mechanics yang kena pulangkan kat library UM (hehehe.......). Buku tu dah 3 tahun aku buat perkasam (hehehe...... lagi sekali...hehe...)
Masa tengah men'treasure hunt' rumah, aku terjumpa buku conteng-conteng masa sekolah menengah dulu. Terimbau balik macamana aku suka mengarang dulu...hehehe....
Ni antara 'cerpen tak sudah' yang aku tulis masa form 3/4 dulu. Please bear in mind yang cerita ni aku tulis masa zaman jahiliyah, so ada beberapa yang nampak macam pelik & tatabahasa pun agak tak betul...

15 Jun 2937
     Hari ini merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh Zakry. Menurut apa yang diramalkan, En. Azhar Ibrahim akan tiba lebih kurang 2 jam dari sekarang. Kepulangan bapanya itu bukanlah kepulangan yang sebarangan. Seluruh dunia tahu kepulangan En. Azhar pasti membawa sesuatu yang asing dan baru kepada penduduk Bumi.
     Siapa yang tidak kenal En. Azhar? Manusia pertama yang menjejakkan kaki di planet Xeroneoik yang terletak di hujung Bima Sakti ini. Rakyat Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia. Biar mereka semua tahu Malaysia kini sudah bersekedudukan (duduk sama rendah, berdiri sama tinggi....kan lagi sesuai...huhu....) dengan Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara maju yang lain. Bagi Zakry, tentulah dia yang terlebih-lebih bangga kerana angkasawan itu merupakan ayah kesayangannya. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan ayahnya setelah 17 tahun terpisah.
     Zakry masih ingat lagi ketika kepergian ayahnya bersama-sama 3 orang lagi angkasawan yang menjadi penolong En. Azhar bagi mengkaji planet yang dijumpai oleh satelit negara, MEASAT XI pada tahun 2887 itu. Ketika itu dia baru berusia 2 tahun. Ketika ahli keluarganya menghantar bapanya di pusat pelancaran roket yang berpusat di Cyberjaya itu, dia tidak mengerti mengapa abnag, kakak, ibu dan sebahagian ahli keluarganya yang datang mengalirkan air mata. Tetapi dia dapat merasakan sesuatu yang perit di dadanya.
     Tahun demi tahun, Zakry mula mengerti. Rindunya pada En. Azhar semakin menebal dari hari ke sehari. Tambahan pula, hubungan mereka amat rapat. Setiap kali masa terluang, Zakry akan ke pusat satelit Malaysia untuk mengikuti perkembangan ayahnya. Kadang-kala dia ditemani ibu, abang dan kakaknya.
     Dengan sains dan teknologi yang semakin berkembang, Malaysia maju setapak lagi dalam dunia astronomi dengan pembuatan roket pertama di Malaysia dan juga roket pertama yang dapat bergerak hampir 55% kelajuan cahaya.
     Hayunan buaian khayalan Zakry terhenti apabila abangnya, Zamzuri Azmir menepuk bahunya. Abangnya yang berusia 27 tahun itu belum berkahwin lagi, begitu juga dengan kakaknya, Zarina Amelia yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24 2 minggu yang lepas. Kedua-dua mereka bukan tidak ada teman istimewa. Ada, tetapi belum mahu berkahwin lagi kerana ingin menyambut hari perkahwinan bersama-sama En. Azhar. Zamzuri mengukir senyuman.
     "Tak sabar, ya?" Zakry hanya tersenyum. Kemudian, bola matanya jatuh ke arah ibunya yang sedang asyik melihat paparan skrin besar di hadapannya. Zakry pastu rindu ibunya tentulah berganda kali daripada rindunya. Siapa yang tidak rindu jika teman hidup meninggalkan kita untuk jangka masa yang lama? Zakry tersenyum sendirian. Sekali pandang Puan Zalina Syafira, tiada siapa akan percaya peguam syariah ini sudah pun separuh abad. Wajahnya yang awet muda kadang-kala menyebabkan sebilangan rakan-rakan Zakry yang tidak begitu mengenalinya menyangka Puan Zalina ialah kakak sulungnya.
     Tiba-tiba gegaran di atmosfera bumi menyebabkan mereka yang berada di pusat kawalan tersentak.
     "Mereka dah sampai! Mereka dah sampai!" Kedengaran suara melaung dari bahagian atas pusat kawalan. Suasana menjadi kecoh. Ramai yang berasak-asak ingin keluar meraikan 'wira-wira' negara. Para wartawan sudah sedia dengan kamera masing-masing. Zakry merupakan antara orang yang terakhir keluar dari pusat itu. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dadanya berdebar-debar.
     Sebaik sahaja keluar dari pusat kawalan yang penuh dengan skrin, samada besar atau kecil itu, kelihatan abangnya sedang berlari mendapatkan bapa mereka manakala ibu dan kakaknya berjalan pantas ke arah En. Azhar. Dilihatnya orang ramai seolah-olah memberi laluan kepada ahli keluarga angaksawan-angkasawan tersebut pergi mendapatkan mereka.
     Setapak demi setapak Puan Zalina mengucup tangan suaminya lalu memeluk sekuat hati bagai tidak mahu melepaskan En. Azhar.
     Semakin lama, semakin dekat...
     Zarina juga mengulang apa yang ibunya lakukan tadi.
     Semakin dekat, dadanya semakin sarat dengan gelora perasaan...
     Zamzuri tidak dapat menahan rasa gembiranya sehingga turut mengalirkan air mata meraikan kepulangan ayahnya.
     Setapak lagi...
     "Zakry, anak ayah!" Kali ini, empangan mata Zakry pula pecah. Bagai anak kecil, dia berlari mendapatkan En. Azhar yang sedang mendepakan tangannya. Teresak-esak dia di bahu ayah tercinta.
     "Dahlah tu, malu orang tengok. Bangun," pujuk En. Azhar lembut. "Dah besar dah anak-anak ayah sekarang. Rindu ayah pada kamu semua."
     "Ayah tak bawakan souvenir ke, yah?" seloroh Zamzuri.
     "Apa, kamu ingat ayah shopping di sana?" Kelima-lima mereka ketawa sambil beriringan masuh ke bangunan pusat.

*     *     *     *     *

     "Zakry, tengok ni, cantik tak?" soal En. Azhar sambil menunjukkan batu licin sederhana besarnya ketika anak bongsunya sedang tekun melayari internet. Beliau berehat sahaja di rumah sepanjang 2 minggu selepas pulang ke Bumi. Ingin menyesuaikan diri dengan graviti Bumi semula, katanya.
     "Cantiknya! Mana ayah dapat? Opp...ni mesti dari planet tu, kan?"
     "Pandai. Ayah bawa balik sebab mungkin Zakry berminat untuk meneliti dan buat kajian tentangnya. Jangan risau. Batu ni sebenarnya tak bawa apa-apa effect." Zakry mengambilnya dengan penuh rasa takjub.
     "Terima kasih, yah."
     "Sama-sama," jawab En. Azhar sambil mengusap-usap kepala anaknya. Beliau kemudiannya berlalu menuju ke dapur.
     Zakry memandang semula batu pemberian ayahnya. Niatnya untuk membaca artikel-artikel mengenai ayahnya terpadam terus. Minatnya dialihkan pada batu licin itu.
     Kelicinan batu yang berukuran lebih kurang telur ayam itu tidak pernah dilihat oleh Zakry. Permukaannya amat aneh. Bersulamkan campuran warna biru gelap, kuning, hijau dan cyan menjadikan batu itu amat menarik sekali. Zakry segera mencapai air-skate miliknya.
     "Mak, ayah, Zakry hendak pergi ke rumah Leck Kim, ya," laungnya. Suis air-skate dihidupkan lalu benda yang berbentuk pentagon memanjang itu terapung di udara hingga ke paras lutut. Zakry melompat naik ke atasnya lalu meluncur laju naik ke atas sebelum menuju terus ke rumah rakan baiknya, Leck Kim.
     "Leck Kim, apa yang awak buat tu? Terbongkok-bongkok, macam orang tua," ujar Zakry sebaik sampai di rumah keluarga Tan itu.
     "Awak Zakry, terkejut saya. Lain kali bagilah ucapan selamat ke, apa ke, ini tidak. Nasib baik saya tak ada penyakit jantung. Tak ada, saya tengah check pokok-pokok ni. Manalah tahu, ada penemuan baru ke," jawab Leck Kim sambil tersengih-sengih menampakkan giginya yang putih tersusun rapi.
     "Maaflah. Aaa...bercakap pasal penemuan, saya rasa kita ada 'kerja'lah." Mata sepet Leck Kim serta-merta terbuka luas apabila mendengar ayat daripada Zakry itu.
     "Kerja? Wah, saya memang tengah cari kerja sekarang ni! Apa yang awak jumpa?"
     "Sabar-sabarlah dulu. Sebelum tu, bagilah saya masuk dulu...aaa...boleh tak tolong telefon Ramesh? Nanti merajuk pula kawan tu." Leck Kim tersengih sambil meminta maaf dan membuka pintu pagar rumahnya.
     Mereka menuju terus ke belakang rumah. Tertera perkataan "LK Lab" di pintu masuk sebuah bilik yang mereka masuki. Apabila Leck Kim membuka sahaja lampu bilik, kelihatanlah pelbagai jenis alatan sains tersusun rapi di sebuah rak besar berhadapan dengan pintu masuk.


Ok...sampai situ je yang aku sempat tulis time tu. Tapi aku ingat lagi jalan cerita yang aku nak buat...sebab masa ujian BM karangan, aku buat cerita ni....tapi versi yang pendek laa....kang jenuh tangan aku menulis masa test tu....nak kejar masa lagi....
Aku plan nak buat masa 3 orang kawan ni tengah buat ujikaji ke atas batu tu, batu tu keluarkan kuasa/cahaya/whatever it is masa diorang titikkan sejenis cecair kat atas batu tu (dalam ujian aku buat asid hidroklorik! haha....) pastu diorang ter'travel through time'. Diorang travel to the future. & masa kat future tu diorang tengok keadaan Malaysia sangat menyedihkan. Dah jadi tempat berperang...macam yang korang selalu tengok kat negara-negara perang sekarang ni.
Pastu diorang jumpa sorang pak cik tua, diorang tanya apa yang berlaku. Pakcik tu cakap rakyat Malaysia tengah berperang sesama sendiri. Dah tak ada  persefahaman antara kaum lagi dah. Lagi parah, Malaysia bukan bernama Malaysia lagi dah. Ada yang membantah nama Malaysia sebagai nama negara yang mempunyai berbilang kaum. Aku tak ingat nama apa yang aku reka masa test tu...tapi memang nama yang pelik la...haha....
Pastu 3 sekawan tu try carik cecair yang sama yang menyebabkan batu asing tu bereaksi...pastu tak jumpa...pastu.................aku dah tak ingat dah apa yang aku merapu masa tu....huhu...dah lama kot...!

Komen aku pasal cerpen lama ni...
- uihh....jauh ke depan betul cerita ni....tapi teknologi dia macam boleh capai dalam masa 20-30 tahun akan datang ni je....huhu...
- Encik Azhar????? Let me repeat again....ENCIK Azhar? hahaha....bagi laa at least title Dr. ......angkasawan kan...sure sebelum tu ade buat research....sure la at least ade PhD.....dunia teknologi kann....hehe...
- nama planet tu serius aku hentam je...hehe...
- gila hebat ingatan Zakry tu....boleh ingat apa yang berlaku masa umur 2 tahun...yes people.... DUA TAHUN! TWO YEARS OLD.....hahaha
- pusat pelancaran roket di Cyberjaya??? ffffuuuuuuuu...........Malaysia yang kecil ni boleh ada tapak pelancaran roket ek? hebat...hebat....haha...
- yang pasal kelajuan roket yang mencecah 55% kelajuan cahaya tu macam ni... :
anggaran kelajuan cahaya ialah 3x10^8 m/s (3 darab 10 kuasa 8 meter per saat....meaning, dalam 1 saat, cahaya boleh travel dalam 300 juta meter....masya ALLAH....)
kalau 55% daripada kelajuan cahaya maknanya 165 juta meter per saat...
kita convert unit SI ni jadi km/j  (kilometer per jam) .. 300 juta m/s -->  1,080 juta km/j  &  165 juta m/s --> 594 juta km/j   (aku guna juta nak bagi nampak senang nak bayang sikit...)
jarak antara bumi dengan hujung bima sakti ialah 1000 lightyears (tahun cahaya, maknanya untuk sampai ke hujung bima sakti, kita bayangkan kita travel dengan 'menaiki' cahaya selama 1000 tahun, baru lah sampai ke hujung bima sakti....) ...1000 ly bersamaan dengan 9,454,254,955,488,000 km!
maknanya, kalau kita bergerak dengan kelajuan cahaya sekalipun, kita akan sampai lepas 1000 tahun....nak patah balik ke bumi lagi....so, itu adalah sangat-sangat mustahil....ini kan pulak 55% kelajuan cahaya....aku kira tadi, kalau betul dia travel dengan 55% kelajuan cahaya, dia ambil masa 1816.9 tahun untuk sampai ke planet kat hujung bima sakti tu.....panjang betul umur watak-watak dalam cerita ni....haha...lain kali buat laa planet yang dekat sikit dengan bumi...ye dik.... :p
sebenarnya sebelum aku fikirkan nak buat 55% kelajuan cahaya tu, aku ada tanya cikgu fizik aku, possible ke kita travel dengan kelajuan camtu....dia kata possible.... -___-
- angkasawan lepas dah sampai bumi mana boleh terus keluar dari space shuttle, terus peluk manusia-manusia kat bumi ni.....diorang kena sesuaikan diri dulu...kena ambil masa dulu....kena nyahradiasikan dulu....ni terpengaruh dengan cerita Armegeddon la ni...sampai bumi terus peluk awek....hahaha....
- scene bapak Zakry bagi batu asing kat dia tu sangat tak boleh blah....hahaha....ada ke patut....batu yang entah apa-apa, tak test lagi, bagi terus kat anak...pastu kata tak bagi apa-apa effect....hahaha....what a joke!
- air-skate.....hohoh....memang imaginasi aku ni.....teringin gila nak ada benda macam ni....hehe...
- dialog antara watak saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat la skema.....hahahahahahahaha.....



Dulu aku amek fizik sebab minat bidang astronomi.....sekarang dah amek fizik bidang lain dah pulak...hehe... (have i told you that i fond to astronomy thanks to SAILORMOON? yup...that's right! hahahahahah.....)

Dan sekarang minat untuk buat cerpen-cerpen camni dah tak ada dah....huhu....

Urghhh....panjang dowh entri ni....
Next entri maybe panjang jugak....tapi very interesting....pasal benda-benda astronomi ni jugaklah....insyaALLAH.................... (tak tau la bila akan update lagi...huhu...)

Chow!
Selamat Hari Malaysia 16 September ni!


Dec 9, 2010

jom tidur...!

errr.........kenapa aku pilih ayat "ngeri" tu jadi tajuk entri ni?
huuuu.......

anda suka tidur?
ya, seperti anda, saya juga suka tidur...
sukkkkkaaa sangat....hehe..

rasanya dulu dulu dulu dulu dulu takdelah suka sangat tapi rasanya sejak lepas habis PMR dulu tu kot.....
(ceh! tak tahan...PMR tuuu....)
dan rasanya masa tu jugak la aku mendevelop kan diri menjadi seorang penidur di kelas...
masa dah habis PMR, macam biasa lah kan...takde aktiviti sangat...selalunya aku cari aktiviti nak dibuat contohnya cari kawan nak borak, baca buku (perghhh....!!!), berjoget depan kelas (well.....sekolah perempuan kannn......haha...tak tak...yang ni aku tak buat...)...
ada 1 hari tu aku boring tak tau nak buat apa, aku tengok ada antara classmate aku yang tidur, so aku pun macam nak try lah tidur dalam kelas...
lalu aku tidur dengan nyenyaknya....bangun-bangun je tengok takde orang...dah rehat rupanya...
"ceh! hidya ni...taknak kejut kan aku...."
segalanya bermula di situ...............................

masuk form 4 memang aku antara sleepy head yang berjaya ah dalam kelas 4Sains2 tu....
antara babak (babak? kau ingat ni cerita tv??) yang masih aku ingat masa kelas BM....
selalunya puan wan bahiyah suruh kitorang baca majalah fokus SPM tu, pastu jawab la pape yang dia nak tanya....
disebabkan aku berjaya membaca keseluruhan artikel dengan kelajuan cahaya, i took my own sweet time to sleep.............as always...
kehkehkeh....
aku menongkat pipi (bukan menongkat dagu....itu untuk abang haris yang suka berangan sambil duduk di jendela bilik beliau) sambil tunduk ke bawah, kononnya masih tengah membaca, pastu aku pun tido....
celik mata je aku nampak muka puan wan kat celah-celah tangan aku sambil tengok aku tido....oh! so sweet.....!
aku angkat muka, lalu melemparkan sengihan yang sungguh manis seperti pisang goreng kepada beliau...
babak seterusnya aku tak ingat dah....

masa kelas kimia pulak, duduk dalam lab...
masa awal-awal tu cikgu tu (jap....aku cuba nak ingat kan balik apa dah nama cikgu tu....) tanya ar result PMR kitorang....
chewahh....aku pun dengan bangga nya cakap aku dapat 8A.....dah lepas cakap tu aku tak boleh nak duduk betul balik dah sebab ****** terasa besar sebab mengembang (ok...ni tipu...)....dan secara kebetulan aku sorang je budak melayu dalam kelas tu yang dapat 8A....oh! so sweet! (well...biasalah....melayu adalah kaum minoriti kat st mary.....time aku dulu la....sekarang dah banyak dah...gedik-gedik pulak tu...huh!)
dan bila cikgu tu suruh baca manual lab tu, aku tunduk setunduk-tunduknya mengadap buku kat atas meja sambil merehatkan minda...
kebetulan jugak, masa form 4 ni, mama tukar sekolah dari SMK Taman Ehsan gi SMK Se******.....
sekolah ni 1 zon sentul dengan st mary...so selalu la jumpa dengan cikgu-cikgu dari st mary ni dalam meeting....
ada 1 hari tu mama tersatu meeting dengan puan mona ni....haaaa..........baru ingat nama dia....puan mona....ok sambung cerita....
mama pun tanya lah kenal ke tak aku ni....dan dialog seperti di bawah ini pun berlangsung....
puan mona : laaa.....anak akak ke....? rajin khumaira tu.....saya selalu tengok dia baca buku....dia dapat 8A kan hari tu?
mama : (ketawa) (eh...ni dah macam nak buat skrip dah ni...) mane nye dia baca buku....die tido tu! dok kat rumah malam-malam tengok bola sampai pagi...
puan mona : die tengok bola, kak??
mama : ha'ah....die minat sangat dengan michael owen tu.....blablabla (babak seterusnya sila imagine sendiri...)
start daripada tu puan mona panggil aku bola....

babak seterusnya pulak masa form 5, kelas PJK....(bagi sesiapa yang dah hilang ingatan....PJK nampak macam ejaan short-form untuk pajak...tapi bukan kelas pajak gadai...it's pendidikan jasmani & kesihatan)
kelas ni guru kelas kitorang puan parimalah yang ajar....ni part-time dia je...full-time dia subjek sejarah...
masa form 5 ni aku duduk kat hujung dunia, depan sekali, berkawan baik dengan pintu kat sebelah kanan aku....
masa kelas PJK hari tu puan parimalah nak ajar kitorang sejarah, so dia suruh kitorang baca buku sejarah tu...
disebabkan aku seorang pelajar yang jujur dan berhati mulia, aku tolak buku tu ke kanan sket, palingkan muka ke kanan seolah-olah macam aksi taknak kawan dengan zhi qian kat sebelah aku, pastu aku tongkat kan ali kepala lalu menikmati pemandangan di luar kelas dengan mata yang tertutup....
tiba-tiba aku rasa macam mendung pulak pemandangan kat luar, aku bukak mata....GEDEBUK! muka puan parimalah depan aku....macam yang aku buat kat puan wan tadi, aku melempiaskan sengihan yang lebar dan sungguh precious kepada puan parimalah....beliau tergelak sikit lepas tu suruh aku teruskan pembacaan yang kononnya tergendala sebentar tadi....

situasi peniduran dalam kelas ni berlanjutan sehinggalah sem kedua terakhir aku....final sem aku tak buat camtu dah....hehe.... (epp...epp....siapa yang tau pasal "final sem" aku tu sila senyapkan diri anda dulu eh....nanti beta sendiri yang akan cerita kat sini....)....ada 1 kelas pukul 10-11.30 pagi yang boringdantakfahamamendelahdieajarni, pukul 11 je aku keluar untuk tido selama 15 minit kat tempat lepak geng fizikawan aku tu...hehe.....

oh! dan aku ada gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi bersama yang berkait rapat dengan kes peniduran dalam kelas sepanjang antara-sem-terakhir aku sebagai undergrad fizik kat um nih.....
hehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehe..... (sila bayangkan aku tengah buat muka mischievous sambil tersengih dan menggosok-gosokkan tangan...)

kiri atas : bel, saii, shamim
kiri bawah : yan, fizin, saii lagi
oh! so sweet kan???
hahahaha....

jangan marah eh kawan-kawan....
selamat hari raya....maaf zahir batin....kikikikiki.......

p/s : sebenarnya ada lagi 1 mangsa, yatt....tapi mana ntah perginya gambar tu....aku try carik balik tak jumpa pulak....

p/s/s : gambar aku? mesti la takde.....aku kan budak baik lagi berakhlak mulia.... :p



mmm.....
rindunye zaman muda-muda dulu..........
huhu.....
:(

Feb 7, 2010

friendship contest



disebabkan aku dah lame tak update dan takde idea nak tulis pe maka aku masuk contest lagik...
kali ni contest pasai gambaq lagi.....
contest ini dianjurkan oleh cik mar (ehh....bukan marlinda budak fizik tu...hehe....)....
seb baek sempat lagi sebab due date die 10 feb ni.....
dan rammmaaaaaiii kot yang dah join kontest ni....
huhu......

mmmm...
rambang mate gak r nak pilih mane 1 gamba yang sesuwei ngan tema die tu.....
banyak choice....
tapi limited source.....
huhu....
ni sume sebab laptop guwe itu lah.....
(iyer....sampai skang laptop tercinta itu tak dibaiki lagik....kalo nak baiki kene ade duet yang banyak....tapi duet yang banyak tiada di dalam poket hamba.....oleh itu sesape yang hati die mahal murah bleh la repair kan untuk beta secara free ea.....hee.... :D )
aku amek gamba dari fesbuk je r.....
huhu.....

dan ini le gambo nye.......

ni peristiwa 16 september 2009 r ni....
pas bukak pose kat ayam golek 5 bintang tuh....
hohoho......
sungguh kami ini sehati sejiwa seraga dan sebakul kan?
erkk...jangan salah sangke....
kami bukan pengamal ajaran sesat.....
hehe.....
:D

kalo berminat nak join sile la ke belog beliau oke...... :D

Jan 21, 2010

PERGI.........

tanggal 15 januari 2010 yang lalu seorang pensyarah di jabatan fizik um telah menghembuskan nafasnya yang terakhir....
dr. burhanuddin kamaluddin digambarkan sebagai seorang yang sentiasa senyum dan peramah....
antara lecturer yang agak susah nak cari titik noktah bile borak ngan die....


selasa lepas arwah mengadu sakit kepala tapi bile ambulans sampai kat jabatan beliau mintak diorang balik mungkin sebab die rase dah ok kot....
pukul 4 pagi hari rabu beliau tiba-tiba rebah di kediamannya....

nasib baik anak sulung die ade kat rumah tu....
dr. burhan dikejarkan ke PPUM....
hari rabu dan khamis tu memang ramai yang datang melawat die...
tak putus-putus.....
aku gi hari khamis tu.....
memang sedih r tengok dr. koma....
selalu nampak die ceria je...
tapi hari tu dengan tiub-tiub wayar sume masuk badan die.....
huuu.....
tengok kat blood pressure die....
range dalam 350-360 mm Hg....
kalau normal dalam 100-130....
bayangkan betapa tinggi nye tekanan darah die......



blood pressure chart
kelik untuk pembesaran


denyutan jantung die plak aku tengok dalam 100 seminit....
boleh nampak betapa lajunye denyut jantung die walaupun die pakai selimut time tu....
huhu.....


pagi jumaat esok harinye aku dapat mesej dari if kate dr. dah takde dah....
terkedu sekejap aku..............
aku tanye balik dari mane if tau....
mane la tau kalau kabar angin je....
die kate dari orang ofis....
aku tak caye lagi....
aku tanye nad pulak.....
nad cakap ifwat gi PPUM untuk sahkan.....


pukul 10 pagi kitorang kumpul ramai-ramai pegi umah dr. kat shah alam....
sedih tak terhingga bile salam ngan dr. anis (ex-wife dr. burhan....lecturer fizik gak...) sebelum tengok jenazah tu.....
tak sampai 5 saat pun aku tengok muke arwah buat kali terakhir....
macam-macam dalam fikiran time tu......
sedih giler...............
aku cube sedaya upaya untuk tak "berbunyik".....
takot nanti arwah sakit.......


jenazah dikebumikan kat shah alam seksyen 21 pkol 4 petang lepas dorang solat jumaat.....
kitorang (aku, nad, bella, safa) tak gi mase pengebumian......
sebab kitorang gi SACC.....hehe......
lapo r time tu....sume pun tak brekfes lagi....huhu.... (fizin...sila jeles....)


skang ni aku caye ramai yang rase cam tak caye je dr. burhan dah takde.....
klas instrumentasi yang die aja dan segala yang berkait dengan arwah dibagi kat prof watwa.....
ala.....yang ade blog jugak tu........

(abes laaaa sape yang amek instru sem ni....huhu....)


mase die sakit tu dr. anis ngan sorang lagi anak diorang ade kat jepun....

harap sangat diorang sempat tengok dr. burhan sebelum die pergi....
huhu.......
arwah meninggal pade hari jumaat dan disembahyangkan oleh ramai orang....
dan sakitnye (koma) tak lama....
dan meninggal lepas subuh (dalam pkol 7 lebih)....

harap dr. ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.....
amiin..............


(esok harinye 16 jan kak iqa pulak bertunang.....insya ALLAH aku update....kalo mase mengizinkan la....nak buat entri ni pun amek mase seminggu dan 3 kali "sambungan" aku kene buat.....bizi la kate kan.......huhu.....)


p/s : maktik....sori....orang lupe lak nak buat entri pasal besday maktik hari tu.....
ye kawan-kawan....pade 30 disember yang lepas adelah besday mak sedara saye.....adek kepada mama saye..... sandra rina bt subki a.k.a maktik .........sile la ke belog beliau, memori arina.....


p/s/s : slalu teringat dr. mase klas mikro-p yang aku amek sem ni.....slalunye arwah yang aja.....tapi sem ni dr. zai yang amek alih..... "maybe he knows dat he won't be around....who knows......" dr. zai cakap.....
- klas digital electronics yang arwah aja dulu adelah asas klas microprocessor ni -

Dec 9, 2009

susah jadik orang yang cerewet ni tau

betul.......
kalo tak jadik sket......buat balik.....
system banyak sangat etanol.....buat balik......
inikah ciri-ciri seorang researcher yang bagus?

Nov 7, 2009

semalam aku sempat pegi kutub utara......memang sejuk giler kat situ......

semalam exam solid state physics
(kod smes3203.....aku rase aku akan slalu ingat kod ni memandangkan kalo nak bukak tutorial die je kene taip password...same r ngan fizik statistik pun....smes2205.... :p )
exam pkol 3 kat DTC....
aku nyampah tol la kalo exam kat dewan tak cat tuh.....
gile sejuk.......
sejuk pun tak segile tuh.....

huuuu............

Oct 21, 2009

bile ade orang panggil ko monyet ko marah tak?

cam hampeh tol pak arab kat lab ni....
orang buat bising die marah......
tapi boleh la pulak die nak buat bising, pasang lagu kuat-kuat mase orang tengah blaja.......
masuk lab habes 1 lab bau rokok......
cett!!
dasar rang undang-undang negara!

Aug 23, 2009

entri pekasam : KA-n-CHING! lagik.....

*entri ini entri yang sudah jadik pekasam.....huhu.....*
perkara : projek batch fizikawan yang pertama
tarikh : 17 ogos 2009

hari : isnin (time cuti midsem)

tempat : sungai kanching
catatan : sangat best giler! giler pun tak sebest ni......huahuahua.....

alkisah.....
sehari sebelum hari yang amat dinanti-nanti oleh kami semua....

aku, safa, nad ngan lin gi umah nad kat puncak jalil....


p/s : aku sangat suke rumah nad tu tau....sangat best! :D


sebelum tu kitorang gi NSK kat selayang untuk beli barang-barang BBQ dan sebagainye....
sampai rumah nad pas rehat beberapa jam kitorang memerah keringat untuk menyediakan bahan makanan untuk esoknye....
fuh!
berpeluh-peluh...sampai masuk dalam makanan....
HAHAHAHAHAHAHAHA......
kidding la weyh...
korang yang gi tu jangan nak termuntah lak....hehe....

safa ngan lin bertungkus lumus perap ayam ngan buat mihun goreng...

disebabkan diorang yang masuk dapur dulu dan start masak dulu aku pun malas r masuk campur part ay
am ngan mihun....
kalau aku masuk port kang penuh lak dapur tu....
tambah-tambah lagi kalau ramai yang tau masak nak masak...

macam-macam pendapat laaa yang kuar....

*contohnye mase nak makan dinner....aku nak buat camni....tapi diorang kate camtu....diorang kate cenggitu....aku kate cenggini.....aihh....alih-alih dinner dah nak pkol 10....huhu....*

aku potong-potong sayur buah sume ngan goreng nu
gget....
nad pulak bertungkus lumus prektis permainan yang nak dimainkan esok (tapi tak buat pun...x sempat....huhu....) sambil-sambil tolong aku gak....

penat dowh.....


esoknye.....

mmmm.....
disebabkan aku ni nature nye adelah lambat dan gelabah....
maka berlaku la satu hal yang tak diingini....

huhu....
pape pun hal itu dapat ditangani dengan tindakan nad yang cekap menyelesaikan masalah....
tapi seriously....

pagi tu ade je problem nye....
ingatkan kitorang je yang lambat...
saii pun ade problem gak.... (sampai ade orang tanye die... "dik...adik ni sesat ke?"
HAHAHAHA....)
pedo lagi laa....huhu...

sampai kat ja
batan dalam pkol 8.30.... (sejam lambat....huhu...)
ade beberape orang dah yang sampai....

pastu tunggu pedo....
sampai dah nak pkol 10....huhu....
beliau pun ade masalah tu....huhu....
kitorang seramai 19 bijik pegi ngan 5 lembar kete....


sile lah jamu mate anda dengan gambar-gambar heybart ini.... :D




yeay yeay.....
best nye nak gi kanching!!!
kami gumbira!!!


gumbira sangat sampai jadik mereng.....

hmmm......



kami yang pergi adelah......
yat gile kerang bakar dan ct-k yang kool....


safa yang risau pedo tak sampai-sampai lagi (sebab die tumpang kete pedo)

nad yang buat-buat terkezut

lin merangkap pengarah, setiausaha, bendahari, cik ceti dan sebagainye...


nisa' yang takot tengok safa macam nak mengamok



bella


yan si mad charming yang asek terbabas jalan


del yang slalu membetulkan tudung beliau semasa mandi

faten kuning, rina ngan lani yang low profile....
(errr...faten tak termasuk....)


the sarawakians : WOW!a dan faten kuning


shamim kanak-kanak riang wonderpet


fizin "shosesh" (sosej) yang sedang memikirkan game "dengar dan perhatikan"


ragib dan saii.....produk terbaru ubat selsema cap bapak dan anak


shino a.k.a hantu sosej dengan jelingan tajam sebab gambar beliau tak banyak diambek....
kalau ade pun separuh muke je...


zulpedo yang perasan gagah dan tampan
(jap....aku rase budak laki batch aku ni sume stok perasan r....hahaha...)




disebabkan kebuhsanan menunggu pedro de la rossa sampai....
mereka bermain uno....



tetapi apabila pedo tak sampai-sampai bile dah pkol 9 lebih.....
bella mule mengalami kemurungan yang serius....


safa plak dah nak start naik angin....
"taknak bagi pedo makan..." beliau bermonolog dalaman...


lin jadi tak tentu arah....


tapi sume nye lega apabila terlihat kelibat zulpedro



kete-kete yang digunekan untuk pergi ke tempat destinasi.....

owner : nad


owner : pedo


owner : yan


owner : shamim

owner : ragib

bile si mad charming start terbabas sebab telah menjadi samseng jalan raye yang berjaye.........

shamim mule jadik tensyen.....
ingin rasenye dirempuh sume kete untuk memberi laluan supaye beliau dapat mengejar mad charming...suruh pulang ke pangkal jalan....


kami yang rajen mengangkut barang-barang untuk menuju puncak

yea......sampai kat pintu gerbang....
ade orang dah kebuloq sangat....tak sabau nak makan mihun goreng yang sedap itu....

subhanallah......cantek kan..... :):):)
[err....cube cari makhluk tersembunyi....hehehehe....]


menuju puncak!



bella dan nad bertapa untuk mendapatkan ketenangan setelah tensyen menunggu pagi tadi


kami yang berjaye mendaki gunung everest.....


saii yang tidak pernah tengok air....begitu excited.......sehinggakan.......


beliau lemas!
fizin pulak memegang erat shamim takot lemas seperti saii jugak....


ok....mari kite beramai-ramai belajar mengapungkan diri....
ingat konsep archimedes ye kawan-kawan.....



mereka sedang melakukan renang berirama.....


 






aksi panas memBBQ.....
"nak shosesh" anak jemangin berkate....


uinaaa.....
batul-batul enak nih.....


sape yang sedang berpuase tu sile bertendang ye....


 
yan buat muke sedih tak dapat makan ayam....

time nak balik.....
balik ke mane?

ke rumah singgah ragib.....
di mane?
di selayang....

dekat je dengan NSK yang kitorang gi beli barang tu....
chett...!


setelah selesai solat rehat dan sebagainye....
makan lagi....
untuk mengabeskan makanan yang masih tersisa....
(oh! aku lupe nak masukkan gambar main uno lagi....mmm...takpelah....malas nak drag down lagi....)

seronok menjamu selera beramai-ramai

juga terdapat aksi korat-mengorat....

fizin memujuk rayu lin supaye memulangkan kembali 15 hingget yang dibayarnye....
tetapi lin tidak mudah digoyah pendiriannye...

pedo cube memberikan senyuman manje kepade yat untuk memberi laluan kemenangan kepada beliau....
lantas yat berkate "apehal ko??"


due tukang DSLR bersiap sedia mengambil gambar keluarge....
kelihatan di situ kain pelekat tuan rumah ragibun a.k.a bapak kami....
(ramai nye anak-anak ragib...sampai 17 orang....)

dis is family potrait......





 inilah rumah ragib yang besa itu.....
domo arigatou gozaimasu ragibun....!
:D



selepas itu kami pun pulang ke kampung halaman masing-masing........

***** TAMAT *****


p/s : kami kuciwa mattoi tak datang.....kitorang nak raikan die ngan ragib sebena nye sempena diorang konvo hari tu......tapi die demam lak....tak larat nak bangun katenye....huhu.....