Mar 29, 2011

kebaikan apple cider vinegar (cuka epal)

assalaamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.....

korang pernah dengar pasal apple cider?
haaa...kalau tak pernah meh sini aku nak bercerita sikit pasal menatang alah ni yang orang zaman "moden dan suka memendekkan perkataan" panggil ACV...
chewahhh....mentang-mentanglah pernah kerja kat farmasi sebelum ni kannn........

ACV ni sebenarnya dah lama wujud dalam bidang perubatan...dikatakan hippocrates, bapa perubatan moden, guna apple cider ni untuk sembuhkan pelbagai penyakit...

antara kelebihan apple cider ni... :

DETOX & KURUSKAN BADAN
detox atau dalam bahasa mudahnya keluarkan toksin dalam badan, oleh itu secara tak langsung, membantu mendapatkan badan yang ideal....WOHA! (oppss.....tercuri line dari keretamayat pulak...hehe...)
selain tu ACV ni mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga (selain tu lecithin ni juga boleh membantu menguatkan memori tau..! )

GOUT & ARTHRITIS
sakit gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.....tapi maaflah apple cider ni tak boleh nak sembuhkan orang sengal....

TEKANAN DARAH
menstabilkan tekanan darah dengan me'rileks'kan atau merehatkan salur darah.... (ok...ini adalah experience aku sendiri la.....aku ni badan je besar tapi tekanan darah rendah....tapi bila dalam sebulan camtu makan apple cider ni, tekanan darah aku jadik normal dan aku jarang fenin-fenin lalat lagi....hee.... :D )

DIABETES
dikatakan apple cider boleh mengurangkan kadar gula dalam darah jika diambil selepas makan dan juga ketika bangun dari tidur kalau diambil sebelum tidur...

JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
dapat kurangkan simptom-simptom selsema, sakit tekak dan jangkitan pada mana-mana bahagian badan (contoh : jangkitan telinga, kulit, tekak, fungus etc.).....juga boleh meredakan serangan asma....tak tak...bukan asma kawan korang tu....ni asma yang nama glemer dia sinus tu.... (takkk....bukan graf sinusoidal laaaa wahai para mathematicians sekalian....haduiii..........)

KULIT
ACV sangat bagus untuk kulit yang bermasalah seperti eczema dengan menyapu ACV di tempat yang bermasalah....juga boleh merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...

BADAN/MULUT BERBAU
dengan meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk tu....juga boleh untuk kaki busuk...tapi kalau hati busuk kena banyak-banyak muhasabah diri, amalkan sifat mahmudah dan banyakkan berzikir yea....

KERACUNAN MAKANAN
kalau keracunan makanan, minum 1 sudu ACV setiap 5 minit lepas detect yang korang keracunan...juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea (susah lawas atau dalam bahasa mudahnya susah nak ber**) kerana ACV mengandungi kadar  pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa....

KOLESTROL
mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida...


lain-lain kelebihan ACV yang aku malas nak hurai :
1.  merawat hidung berdarah (eppp....bukan hidung berdarah sebab tengok benda-benda lucah macam yang 
     selalu dalam anime jepun tu....)
2.  menguatkan tulang
3.  lebam-lebam dan melecur (bukan yang tahap serius ye...)
4.  kanser
5.  kejang otot (so, sangat bagus untuk para atlet)
6.  kelemumur atau ketombe dalam bahasa indonesia
7.  ruam lampin
8.  sistem pencernaan (berkait rapat dengan fungsi detox tadi)
9.  sakit kepala dan migrain
10.pedih hulu hati
11.sedu (tapi seeloknya jangan laaa dibaginya pada bayi atau kanak-kanak....)
12.gigitan/sengatan binatang
13.insomnia atau sukar tidur
14.senggugut
15.pagi-pagi lagi dah minum arak mabuk pagi (morning sickness)
16.sun burns
17.ulcer
18.sistem perkumuhan
19.boleh masukkan dalam masakan untuk ganti penggunaan cuka biasa atau lemon, salad dressing, etc.

    seelok-eloknya beli ACV yang ada keruh-keruh kat bahagian bawah botol dia....benda yang keruh-keruh ni la yang orang panggil "Ibu Cuka" (Mother of vinegar) dan benda ni lah yang ada banyak fiber dan pectin yang memainkan peranan utama dalam kebaikkan ACV ni....

    DAAANNNNN lagi satu....ni PERINGATAN PENTING nih!
    cara makan ACV ni, kita tak boleh makan macam tu je....namanya pun cuka kan...taula macam mana punya masam kalau makan cuka sesaja...oleh itu, campurkan 2-3 sudu kecil ACV dalam air kosong....kalau tak boleh tahan dengan rasa masam dia walaupun dengan campuran air, korang boleh tambah madu....haaa...kan dah dapat 2 kebaikan dalam 1....
    (masa aku kerja kat Vitacare tu, aku punyalah curious apesal laa customer-customer ni suka beli ACV ni...aku nak try rasa....senyap-senyap aku tuang ACV yang dah dibuka untuk sampling, masukkan dalam cawan sampling tu banyak-banyak pastu aku teguk.....PERGH!!!!! ARGHHH!!!!! tersedak-sedak aku kat situ..... match face you!)
    kebanyakan fungsi ACV ni memerlukan kita minum dia selepas makan, 2 kali (atau lebih) sehari...
    kalau nak bagi tahan nafsu makan supaya tak makan banyak, minum ACV lebih kurang 15 minit SEBELUM makan...
    untuk rawatan macam kulit, nafas/badan berbau, sunburns dan sebagainya, ACV digunakan sebagai aplikasi ke atas bahagian yang bermasalah....kalau korang beli ACV kat farmasi, minta pamphlet atau brochure pasal ACV ni....diorang mesti ada punya....

    ini pamphlet yang aku amek dari Vitacare dulu tu...

    jenama ACV yang bagus? mmm....i will say that Bragg's probably the best ACV brand...lagipun penjualan dan komersialan ACV ni dipelopori oleh founder Bragg nih.....harga dia pun reasonable....botol kecil dalam ~400ml RM14.90 atau RM13.90 (kat farmasi Caring), botol besar dalam ~900ml RM18.90....kalau nak yang jenis ready-to-drink (yang dia dah campur ACV dengan air & madu) RM7.90 dalam 300-400ml camtu la...


    brand apa pun tak kisah sebenarnya, asalkan cari ACV yang berkualiti tinggi....macam mana nak cari yang berkualiti tinggi? cari yang ada label "UNFILTERED" , "UNPROCESSED" atau "RAW" punya....sebab jenis yang macam ni yang mengekalkan khasiat ACV tu...

     ACV yang aku baru beli...murah sikit dari Bragg

    ACV ada juga dijual dalam bentuk kapsul, tapi bagi aku better ambil yang dalam bentuk cecair sebab lagi senang diserap oleh badan...

    untuk lebih info tentang ACV dan cara penggunaan dia boleh tengok kat sini dan sini ......juga di sini


    baru-baru ni pak ngah aku bawa sorang ustaz & 2 orang budak yang "boleh nampak" datang rumah untuk mengubat, ustaz tu bagi sebotol ACV yang dari Iran....haaaaa......kan dah kata....ACV ni memang bagus.....ALL IN ONE!
    chewah!

    ACV yang ustaz hassan tu bagi
    tak...bukan tok guru yang bagi....kismis tok guru tu watak sampingan je tu...















    bila budak fizik bercerita pasal kesihatan yang agak lari dari fizik.......

    Dec 9, 2010

    jom tidur...!

    errr.........kenapa aku pilih ayat "ngeri" tu jadi tajuk entri ni?
    huuuu.......

    anda suka tidur?
    ya, seperti anda, saya juga suka tidur...
    sukkkkkaaa sangat....hehe..

    rasanya dulu dulu dulu dulu dulu takdelah suka sangat tapi rasanya sejak lepas habis PMR dulu tu kot.....
    (ceh! tak tahan...PMR tuuu....)
    dan rasanya masa tu jugak la aku mendevelop kan diri menjadi seorang penidur di kelas...
    masa dah habis PMR, macam biasa lah kan...takde aktiviti sangat...selalunya aku cari aktiviti nak dibuat contohnya cari kawan nak borak, baca buku (perghhh....!!!), berjoget depan kelas (well.....sekolah perempuan kannn......haha...tak tak...yang ni aku tak buat...)...
    ada 1 hari tu aku boring tak tau nak buat apa, aku tengok ada antara classmate aku yang tidur, so aku pun macam nak try lah tidur dalam kelas...
    lalu aku tidur dengan nyenyaknya....bangun-bangun je tengok takde orang...dah rehat rupanya...
    "ceh! hidya ni...taknak kejut kan aku...."
    segalanya bermula di situ...............................

    masuk form 4 memang aku antara sleepy head yang berjaya ah dalam kelas 4Sains2 tu....
    antara babak (babak? kau ingat ni cerita tv??) yang masih aku ingat masa kelas BM....
    selalunya puan wan bahiyah suruh kitorang baca majalah fokus SPM tu, pastu jawab la pape yang dia nak tanya....
    disebabkan aku berjaya membaca keseluruhan artikel dengan kelajuan cahaya, i took my own sweet time to sleep.............as always...
    kehkehkeh....
    aku menongkat pipi (bukan menongkat dagu....itu untuk abang haris yang suka berangan sambil duduk di jendela bilik beliau) sambil tunduk ke bawah, kononnya masih tengah membaca, pastu aku pun tido....
    celik mata je aku nampak muka puan wan kat celah-celah tangan aku sambil tengok aku tido....oh! so sweet.....!
    aku angkat muka, lalu melemparkan sengihan yang sungguh manis seperti pisang goreng kepada beliau...
    babak seterusnya aku tak ingat dah....

    masa kelas kimia pulak, duduk dalam lab...
    masa awal-awal tu cikgu tu (jap....aku cuba nak ingat kan balik apa dah nama cikgu tu....) tanya ar result PMR kitorang....
    chewahh....aku pun dengan bangga nya cakap aku dapat 8A.....dah lepas cakap tu aku tak boleh nak duduk betul balik dah sebab ****** terasa besar sebab mengembang (ok...ni tipu...)....dan secara kebetulan aku sorang je budak melayu dalam kelas tu yang dapat 8A....oh! so sweet! (well...biasalah....melayu adalah kaum minoriti kat st mary.....time aku dulu la....sekarang dah banyak dah...gedik-gedik pulak tu...huh!)
    dan bila cikgu tu suruh baca manual lab tu, aku tunduk setunduk-tunduknya mengadap buku kat atas meja sambil merehatkan minda...
    kebetulan jugak, masa form 4 ni, mama tukar sekolah dari SMK Taman Ehsan gi SMK Se******.....
    sekolah ni 1 zon sentul dengan st mary...so selalu la jumpa dengan cikgu-cikgu dari st mary ni dalam meeting....
    ada 1 hari tu mama tersatu meeting dengan puan mona ni....haaaa..........baru ingat nama dia....puan mona....ok sambung cerita....
    mama pun tanya lah kenal ke tak aku ni....dan dialog seperti di bawah ini pun berlangsung....
    puan mona : laaa.....anak akak ke....? rajin khumaira tu.....saya selalu tengok dia baca buku....dia dapat 8A kan hari tu?
    mama : (ketawa) (eh...ni dah macam nak buat skrip dah ni...) mane nye dia baca buku....die tido tu! dok kat rumah malam-malam tengok bola sampai pagi...
    puan mona : die tengok bola, kak??
    mama : ha'ah....die minat sangat dengan michael owen tu.....blablabla (babak seterusnya sila imagine sendiri...)
    start daripada tu puan mona panggil aku bola....

    babak seterusnya pulak masa form 5, kelas PJK....(bagi sesiapa yang dah hilang ingatan....PJK nampak macam ejaan short-form untuk pajak...tapi bukan kelas pajak gadai...it's pendidikan jasmani & kesihatan)
    kelas ni guru kelas kitorang puan parimalah yang ajar....ni part-time dia je...full-time dia subjek sejarah...
    masa form 5 ni aku duduk kat hujung dunia, depan sekali, berkawan baik dengan pintu kat sebelah kanan aku....
    masa kelas PJK hari tu puan parimalah nak ajar kitorang sejarah, so dia suruh kitorang baca buku sejarah tu...
    disebabkan aku seorang pelajar yang jujur dan berhati mulia, aku tolak buku tu ke kanan sket, palingkan muka ke kanan seolah-olah macam aksi taknak kawan dengan zhi qian kat sebelah aku, pastu aku tongkat kan ali kepala lalu menikmati pemandangan di luar kelas dengan mata yang tertutup....
    tiba-tiba aku rasa macam mendung pulak pemandangan kat luar, aku bukak mata....GEDEBUK! muka puan parimalah depan aku....macam yang aku buat kat puan wan tadi, aku melempiaskan sengihan yang lebar dan sungguh precious kepada puan parimalah....beliau tergelak sikit lepas tu suruh aku teruskan pembacaan yang kononnya tergendala sebentar tadi....

    situasi peniduran dalam kelas ni berlanjutan sehinggalah sem kedua terakhir aku....final sem aku tak buat camtu dah....hehe.... (epp...epp....siapa yang tau pasal "final sem" aku tu sila senyapkan diri anda dulu eh....nanti beta sendiri yang akan cerita kat sini....)....ada 1 kelas pukul 10-11.30 pagi yang boringdantakfahamamendelahdieajarni, pukul 11 je aku keluar untuk tido selama 15 minit kat tempat lepak geng fizikawan aku tu...hehe.....

    oh! dan aku ada gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi bersama yang berkait rapat dengan kes peniduran dalam kelas sepanjang antara-sem-terakhir aku sebagai undergrad fizik kat um nih.....
    hehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehe..... (sila bayangkan aku tengah buat muka mischievous sambil tersengih dan menggosok-gosokkan tangan...)

    kiri atas : bel, saii, shamim
    kiri bawah : yan, fizin, saii lagi
    oh! so sweet kan???
    hahahaha....

    jangan marah eh kawan-kawan....
    selamat hari raya....maaf zahir batin....kikikikiki.......

    p/s : sebenarnya ada lagi 1 mangsa, yatt....tapi mana ntah perginya gambar tu....aku try carik balik tak jumpa pulak....

    p/s/s : gambar aku? mesti la takde.....aku kan budak baik lagi berakhlak mulia.... :p



    mmm.....
    rindunye zaman muda-muda dulu..........
    huhu.....
    :(

    Sep 27, 2010

    wah! i thought i'll never make more than 1 entry per day.....

    tak ada apa-apa benda penting pun nak cakap....
    just nak kata...
    "kalau orang yang selalu update blog, dan dalam 1 hari dia boleh buat sampai lebih dari 2 entri, lepas tu tiba-tiba jarang update blog (contoh : sebulan sekali dua je, takpun berbulan-bulan tak update), maknanya orang tu dah ketagih facebook la tu....."

    oh aku tak cakap pasal diri aku, sebab aku jarang update disebabkan "kekangan masa"....heheh.....

    dan orang yang ada akaun facebook tapi tak accept pelawaan nak jadi kawan tu, mesti ada sebab dia tak nak add kita.....contohnya, kita tak layak jadi kawan dia....

    sekian.....

    Sep 1, 2010

    susah kan....?

    tengok sekeliling korang....
    perhatikan telatah orang-orang kat sekeliling korang......
    cuba tengok....
    susahkan nak jumpa lelaki/perempuan yang masih kisah pasal batas-batas pergaulan....
    kita akan selalu jumpa sekumpulan kawan yang bercampur jantina yang bertepuk tampar sesama sendiri dengan seronoknya.....
    diorang kata "alaah...kawan je pun....kitorang takde apa-apa feeling bila terpegang tangan masing-masing...."

    ada yang masih jaga dengan tak pegang with bare hands, that is berlapik r.....
    diorang kata "alaah....mana ada pegang dia secara direct....aku pegang kat bahagian tangan dia yang bertutup apa....."
    tapi bagi aku la kan....dalam situasi yang kedua tu....kita ibaratkan la macam seorang perempuan yang pakai baju tutup habis kulit dia semua....tapi orang masih boleh nampak bonjolan-bonjolan badan dia a.k.a dia pakai baju ketat gila laa.....
    macam Nabi cakap "wanita yang berpakaian tapi telanjang"

    kalo main pegang-pegang dengan alas ni dibolehkan, maknanya aktiviti meraba-raba dalam keadaan berpakaian tu dibolehkan lah ek? aku ibaratkan macam ko ambil satu objek ni, ko tutup dia dengan kain, pastu ko pegang dia....ko boleh rasa tekstur objek tu kan? betul ke apa yang aku andaikan ni? ke aku ni kolot dan kuno sangat? huhu...



    aku tau aku tak layak nak bagi tazkirah sebab aku sendiri pun baaaaaaaaaannnnyaakk sangat kelemahan.....
    aku bukan ustazah.....
    sekolah agama pun takat SPRA sampai darjah 6....
    pastu masa sekolah menengah masuk sekolah yang dapat separuh bantuan kerajaan (separuh lagi gereja sponsor...)
    tudung pun tak labuh.....
    tapi bila datang perkara yang dah jelas dan nyata....pandai-pandai la bawak diri......

    bila berkawan dengan macam-macam jenis orang.....
    aku pun terfikir.....
    susah betul nak cari 'orang yang sesuai'......kan? hehe......

    lagi sekali aku nak tanya.........
    aku ni kolot dan kuno sangat ke....?



    kalau nak orang yang baik, kita pun kena jadi baik jugak...
    kan...?
    :)

    Jul 15, 2010

    it's all over.........

    "BEAUTY BEATS THE BEAST" (TheSun, july 13) is the best summary to describe the final WC 2010 battle between spain and holland.....
    wohoooooo.....!!!!!!!
    lepas iniesta masukkan gol aku ngan ayus (adik aku) melompat-lompat, terkinja-kinja macam mat kool kat depan tv (pesanan penaja : sila jangan tiru aksi ini di tempat awam).....
    punyalah aku hepi.....

    ramai football experts yang mengutuk belanda main hari tu....
    very dirty and they really don't deserve to win the cup regarding their dirty and rough performance in the final.....
    even their football legend johan cryuff also criticized them....
    malu je kata the dutch teams from 70's are their heroes, but they played in much much lower level than their predecessors' team......
    agak kecewa r sebab expect holland akan main superbly sebagaimana diorang main masa lawan brazil hari tu....
    you should have learned how to tackle the spanish side from jose mourinho....not by kung-fu kicking them.....
    i would prefer a match between (my favourite team.....hehe...) spain and germany in the final with thomas muller in action.....because i still believe if muller was on the pitch that day, the game would be much tougher for spain....

    ok.....aku tak nak bebel banyak-banyak lagi sebab dah macam-macam orang (football experts to be exact) tulis pasal final WC nih......
    and i read every single article about spain's triumph in TheSun......memandangkan itu je surat khabar yang ada kat rumah.....hehe.....

    aku akan berpurak-purak la kononnya aku pun salah 1 football experts, dan aku pun nak feature kan jugak my top players, top goal, etc. etc. .....hehe.....gedix betul......


    MY DREAM TEAM .......chewah...!! (in 4-4-2 formation)

    goalkeeper : iker casillas (uih....ini sudah semestinya nih.......hehe...) [manuel neuer]

    defenders : phillip lahm ; carles puyol ; gerard pique ; sergio ramos [giovanni van bronckhorst ; joan capdevila ; paolo da silva ; gregory van der wiel]

    midfielders : thomas muller ; andres iniesta ; xavi hernandez ; wesley sneijder [sergio busquets ; mesut ozil ; xabi alonso ; bastian schweinsteiger ; honda keisuke - woohh....jepun mari....]

    forwards : diego forlan ; david villa [arjen robben ; miroslav klose]


    BEST GOALS
    [1] maicon (brazil v north korea) - fuhh....gila ah.....angle dia punya lah payah nak masuk gol.....i still wonder how the ball can get in.....
    [2] van bronckhorst (holland v uruguay) - regarded as the best goal of the tournament.....gila....dari jarak macam tu.....dengan halaju yang tinggi macam tu.....perghh.....(ceh....mentang-mentanglah physicist kan.....)
    [3] forlan (uruguay v holland) -   :-O
    [4] tshabalala (south africa v mexico) - great run!
    [5] simao (portugal v north korea) - aku suka teamwork, so aku suka gol hasil dari teamwork yang bagus...
    [6] honda (japan v denmark) - gila ah freekick dia..............................
    [7] villa (spain v chile) - berbanding dengan solo-run goal dia masa lawan honduras, aku lagi suka gol ni sebab macam kelakar......hehe.....
    [8] banyak sangat r gol yang cantik-cantik.....rambang mata aku nak pilih...........huhu.....


    BEST SAVES
    urgh......aku nak letak kat sini.....tapi dalam game selalunya saves lagi banyak dari gol.....tanpa video susah nak tunjuk yang mana 1 yang best.....senang tengok sendiri r kat website fifa kat sini.....


    then........
    as much as i love football, as a girl (cececeh.....), i can't ignore the attractive figures on the pitch....hehe.... gedix lagi sekali.......... :p

    [1] kaka (brazil) - sape yang kata dia ni tak attractive memang bute eeh mate nye..... (sila sebut semua "e" tu macam sebut epal)

    [2] cesc fabregas (spain) - akhirnya kapten arsenal ni buang jugak jambang dia tu masa final match hari tu....hee....suka...suka..... xD
     ......nasib baik dia tak terkena "badi" iklan nike nih....

    [3] fernando muslera (uruguay) - i just catch a glimpse of him masa abah tukar channel, pastu aku cakap kat ayus, "weh, keeper uruguay tu kiut ah...."...walau bagaimanapun (ceehh...) muka beliau ada unsur-unsur ke'gay'an sikit...


    [4] rafael van der vaart (netherlands) - muka dia macam robin dalam cerita batman tu....hensem beb....i've noticed him masa wc yang mana 1 entah....2002 or 2006.....


    [5] robin van persie (netherlands) - aish.....pemain arsenal ni ramai pulak yang hensem-hensem.....

    [6] mesut ozil (germany) - i don't know but there's something attractive about him, maybe because of his tak cukup tidur eyes....? kan lina kan...? kan? kehkehkehkeh........

    [7] iker casillas (spain) - i've been a BIG fan of him since WC 2002 kat jepun/korea, masa dia save penalty ian rush (kot nama dia....), pastu ada lah dalam 1-2 penalti yang dia dapat selamatkan masa penalty shoot-out......lepas (my magnificent 7) raul, casillas adalah pemain ke-2 yang menyebabkan aku start sokong real madrid.....hehe......

    [8] wesley sneijder (holland) - kenapa entah nampak dia kiut r pulak bila dia bercakap dengan orang yang lagi tinggi dari dia......haha....

    these players not only have the looks, but also the foot...kalau ada rupa tapi skill macam jaguh kampung je buat apa..........

    [..] no fernando torres, no david villa, dan yang paling penting sekali......NO CRISTIANO RONALDO! HAH! eiiii.....menyampah gila aku kat mamat poyo, perasan, tamak gelaran nih.........ko datang real semata-mata sebab nak kejar title pemain paling mahal.....pastu kata ada niat nak balik manU balik....caitt! blender betul.........

    - THE END -


    p/s : post ni adalah untuk suka-suka sahaja........jangan muntah depan laptop/PC anda oke........ :p

    Jul 8, 2010

    spain, germany and peter the sotong......(bukan peter la ngek...paul laaa....peter tu hantu yang jawab soalan tuh...)

    semalam jerman kalah main dengan spain dalam separuh akhir cawan dunia (world cup) 2010....
    ramai yang kecewa...
    aku tengok kat status fesbuk ramai yang nak makan Peter the Sotong sebab dapat predict dengan betul yang spain akan menang.....
    kehkehkeh.....frust menonggeng korang.....
    tapi lain pulak dengan midfielder jerman bastian schwenstieger (betul tak aku eja ni? jap...nak check dulu.......oh salah la....schweinsteiger.....)...
    schwi frust sampai melutut tak bangun-bangun......

    ada antara ayat kat bawah ni aku ada post kat fb tapi aku nak post kat sini gak sebab rasa excited gila spain masuk final.....rasa macam malaysia menang world cup la pulak....

    [1] the game of passing and possession is such a game of art......only certain people can enjoy it....some may call it boring (ni khas untuk orang-orang yang baru terjebak dalam kancah bola sepak ni la --fuhh...aku guna perkataan "kancah" beb...macam tulis karangan SPM-- dan juga orang-orang yang memaksakan dan dipaksa menonton perlawanan bola sepak ni.....)

    [2] even the "old player" can outplay the young playerS (sila perhatikan aku letak S kat belakang tuh....) ....sebelum match ni aku skodeng website FIFA....part yang diorang ulas pasal match ni la....ada sorang penyokong jerman kata "i wonder how old is the puyol guy and how he can catch up with the pace of german's youngsterS"...lebih kurang la dia cakap macam tu......kalau aku kenal mamat tu aku nak tengok apa reaksi dia masa puyol masukkan gol tuh......

    [3] tak dinafikan sebelum match jerman nampak lebih meyakinkan untuk menang disebabkan rekod match diorang dengan england dan argentina......tapi masa match berlangsung......they seemed like they don't know how to deal with spain's game of short passes and possession.....it's like they're waiting for the spaniards to make mistake, then only they counter-attack them like they used to play against england and argentina....weh kejap....apesal aku cakap omputeh ni...?
    but wooohooo.......the spanish side keep on playing their art of football with confidence....sometimes they did mis-passed (ada ke perkataan ni...?tibai lah....!) and lose the ball but in an instant they managed to get the ball back.....

    [4] they should really have scored more goals.....on the remaining minutes before the whistle blows, pedro had a very very very very very big chance in counter-attacking germany.....if only he passed the ball to torres......... -_________________________________________-"" (a BIG "d-oh" there.....)

    [5] once again, the playmakers of the spanish side, the ultimate duo andres iniesta and xavi hernandez, showed how incredible they are, dan secara tak langsung membuktikan kenapa barcelona boleh menang sampai berapa banyak trofi last season......from 6 matches that spain had played, both of iniesta and xavi were the man of the match twice (xavi : vs germany & vs portugal ; iniesta : vs paraguay & vs chile)

    [6] david villa & iker casillas - two individuals with different positions, playing their roles at the peak of their performance to become the spanish heroes....no need for me to explain further more...

    [7] the germans looked tired, maybe mostly because of the way the spanish side played. loaded with a bunch of youngsters, yes, they are a bunch of new fresh talents with determination and not afraid of the opponnets just like joachim low said. but there is a disadvantage, a lack of experience. low realize that and thus maintain some veteran players like miroslav klose and arne friedrich. i don't want to elaborate and explain more about the germans because i don't follow them like i follow spain's progress....hehe.....nanti salah cakap ada yang panas hati lak.....

    [8] well now......we will see who will lift the trophy as both sides have never taste the sweet victory of holding the most prestigious cup in the football world....

    [9] " it's so S-pain-full for the Germans (orang kuman), huh....?"....hehe.....



    CASTROL INDEX - hebat kan pemain-pemain sepanyol nih....heee.... :D


    p/s : i don't know why but i feel i can comment more about this thing in english....maybe because of the pendedahan dari mula aku start minat tengok bola ni.....sejak aku form 1.....hehe.....


    haaa....hambek ko.....panjang aku membebel pasal bola nih.....
    lepas gian aku.....
    heee.........

    Feb 7, 2010

    friendship contest



    disebabkan aku dah lame tak update dan takde idea nak tulis pe maka aku masuk contest lagik...
    kali ni contest pasai gambaq lagi.....
    contest ini dianjurkan oleh cik mar (ehh....bukan marlinda budak fizik tu...hehe....)....
    seb baek sempat lagi sebab due date die 10 feb ni.....
    dan rammmaaaaaiii kot yang dah join kontest ni....
    huhu......

    mmmm...
    rambang mate gak r nak pilih mane 1 gamba yang sesuwei ngan tema die tu.....
    banyak choice....
    tapi limited source.....
    huhu....
    ni sume sebab laptop guwe itu lah.....
    (iyer....sampai skang laptop tercinta itu tak dibaiki lagik....kalo nak baiki kene ade duet yang banyak....tapi duet yang banyak tiada di dalam poket hamba.....oleh itu sesape yang hati die mahal murah bleh la repair kan untuk beta secara free ea.....hee.... :D )
    aku amek gamba dari fesbuk je r.....
    huhu.....

    dan ini le gambo nye.......

    ni peristiwa 16 september 2009 r ni....
    pas bukak pose kat ayam golek 5 bintang tuh....
    hohoho......
    sungguh kami ini sehati sejiwa seraga dan sebakul kan?
    erkk...jangan salah sangke....
    kami bukan pengamal ajaran sesat.....
    hehe.....
    :D

    kalo berminat nak join sile la ke belog beliau oke...... :D