Feb 9, 2011

ada hikmah di sebalik kejadian :)

*sebelum taip entri ni kena tarik nafas panjang-panjang dulu......tariikkkkk...............................tahan tahan tahan.............................lepaasss.....fuhhh...........!*

AMARAN : ENTRI KALI NI PANJANG...SILA BAWAK BERSABAR DAN BERTENDANG YE...

ni aku nak cerita pasal kes tahun lepas punya....tahun 2010 yang serabut dan mencabar...fuhhhh lagi sekali....ada yang tau....ada yang tak tau....dan ada yang aku rasa macam dah dapat agak dari apa yang aku pernah tulis kat entri-entri sebelum ni.....

alkisahnya bermula masa final exam tahun lepas r...masa sem 2 sesi 2009/2010....aku amek 7 subjek (sem terakhir tapi amek banyak subjek....memang menempah maut betul la...) tapi tolak final year project dengan ko-k fasilitator, ada 5 paper je la yang ada exam nya....itu pun dah banyak dah bagi budak fizik UM nih...huhu....

ok...long story short.....aku cuti seminggu lepas exam tu (awal bulan mei) pastu kena bersiap-siap untuk gi conference kat kuala terengganu...well orang nak publish paper la katakan......kononnya lahhh...... -_____-"
lagipun aku ada program 3P 10-27 mei...ala...yang belajar pasal komputer tu...ada banyak course...aku pilih CompTIA....best!...course ni sume sebenarnya mahal kalau kita nak ambil sendiri, tapi yang kali ni kerajaan tanggung sepenuhnya....soo apa lagi kan....kemudahan free untuk kita belajar dan dapatkan sijil dia...janganlah pulak nak kata kitorang yang pergi program ni, guna duit rakyat...kitorang pun rakyat malaysia jugak..... (aku buat statement ni sebab ada kawan aku tulis pasal budak-budak 3P guna duit rakyat...aduuuuuiiiii....nak belajar pun nak kena lalu toll gate politik...)

dalam kelas CompTIA tu ramai budak API...aku sorang je budak sains...3 orang budak engineering, yang lain-lain sume API....CompTIA tu ada 2 exam...entah apa bezanya pun aku tak tau...24 & 26hb mei....result dia boleh terus dapat sebab soalan objektif....salah satu exam dia tu aku tak lepas (uishh...memang ramai yang tak lepas...tanyalah budak-budak yang amek tu.....huhu) frust betul aku sebab aku salah 6 soalan je...orang 3P tu kata aku boleh ulang lagi sekali exam yang aku fail tu...6 jun minggu depannya kalau tak silap aku...kalau kali ni tak lepas jugak, aku kena bayar r kalau nak ulang lagi sekali....bila dah mengulang tu, lagi sekali aku fail....ya ALLAH......frust menonggeng la aku...lagi-lagi bila dapat tau lagi 1 soalannnnn je lagi aku nak lulus....ergghhhhh!!!!

itu baru intro kepada "episod malang" aku untuk hari tu...ada lagi yang bakal menjadikan aku miserable for the rest of the year....dah lepas habis exam tu aku dapat call dari nombor tak dikenali....(jeng! jeng! jenggg!)
aku angkat...pastu perempuan yang call tu cakap dia dari fakulti sains dan dia nak bagitau "....adik FAIL subjek fizik atom & molekul....so adik TAK DAPAT KONVO TAHUN NI...." (macam tu la lebih kurang dia cakap).......aku pun macam....."ohh............ok........" tak tau nak cakap apa..................tapi hati ni rasa macam dah kena pijak-pijak dengan gajah....tak cukup dengan tu, ikan paus pulak muncul dan menghempap gajah-gajah yang tengah pijak hati aku tu.....huhu.....

masa tu kebetulan aku memang ada kat fakulti...aku call partner lab aku, nad, dan bagitau dia pasal yang tadi tu.....nad suruh aku jumpa dr.daeffala, lecturer yang ajar subjek atom tu... mintak naikkan gred supaya aku boleh grad tahun ni...aku gi bilik dia....tapi...........dia dah balik negara dia, Libya....huuu.....pastu aku terfikir nak jumpa dr.zul (lecturer merangkap supervisor projek tahun akhir aku)....nasib baik tak ada orang lain dalam bilik dia tu...so aku pun cakap la kat dia pasal tu....dia cakap result sume dah hantar kat dekan dan masa mesyuarat jabatan, tak ada siapa yang bincang pasal aku (yela.....budak final year....fail 1 subjek pulak tu...selalunya diorang akan tolong...)...

pastu dr.zul gi jumpa dr.zarina yang selalu pegang result student fizik....jawapannya "memang tak boleh nak tolong dah..." ....masa dr.zul cakap tu air mata aku memang dah bergenang dah...aku yakin dia nampak cuma air mata tu tak mengalir lagi....aku tahankan sampaila aku keluar dari bilik tu...nasib baik bilik dia dekat dengan toilet...aku masuk toilet.....aku call nad balik.....masa tu memang tak dapat nak tahan dah....aku nangis nangis nangis dan nangis (masa taip ni pun aku rasa mcam nak nangis ni......huuu..........) memang teruk giler la...dah lama aku tak nangis macam tu.....hancur harapan nak konvo tahun tu....aku terus teringat mama abah....aku dapat bayangkan kekecewaan diorang kalau dapat tahu ni......nad pun tak tahu nak cakap apa....dia dengar je la aku nangis....thanx A LOT nad...huu....(air mata dah nak bergenang dah ni.....huhu...)

balik tu aku tak cakap apa-apa kat mama abah....aku just bagitau aku fail exam CompTIA tu lagi sekali je....huhu....aku tak nak bagitau lagi pasal tu sebab diorang tengah busy nak uruskan kenduri kahwin kak iqa belah lelaki weekend tu....aku taknak serabutkan lagi keadaan....

sepanjang tempoh menyeksakan tu, aku rasa macam dah tak ada passion nak hidup dah....bukan kata tak nak hidup...tapi tak ada passion nak hidup.....aku bayangkan diri aku jadik pemurung, pemarah.... ct-k yang lama dah mati.....itu je yang aku fikir....tiap kali baring kat sofa kat ruang tamu rumah, aku mesti tertengok gambar-gambar konvo abang mi & kak iqa....tiap kali tulah air mata aku jatuh....huuu......

abah ada jugak tanya pasal result exam aku, tapi aku just cakap "entah..." .....
bila dah setel majlis kahwin kak iqa & abang azree kat kuantan, dan bila aku dah balik dari conference ICFMD kat terengganu tu (14-17 jun) barulah aku ada kekuatan nak bagitau mama abah.....masa tu tengah minum petang...abah tanya lagi pasal result exam aku.....aku tarik nafasss.....pastu aku cakap "mmm....orang nak mintak maaf........sebab orang tak dapat konvo tahun ni...." serentak dengan tu air mata aku pun melimpah keluar.....dan aku ceritalah pasal subjek atom yang aku tak lepas tu.....mama cakap "mmm....tak apalah.....nak buat macam mana.....asalkan dapat habiskan pengajian....biarlah lambat pun...."
abah cakap dia macam dah dapat agak ada something tak kena bila aku asek mengelak dari nak jawab soalan dia dulu....mama ngan abah tak marah.....tapi aku pasti diorang pun kecewa......sori mama....sori abah....& thanx sebab tak marah orang....huhu....

then, masuk sesi semester baru....sesi 2010/2011....first day aku nak start semester ni memang berat giler kaki.....aku rasa macam nak tunnnnduukk je sepanjang waktu....aku malu dengan junior-junior aku.....huhu....dah alang-alang extend kan, baik aku repair paper yang aku dapat teruk dulu....aku amek 4 subjek....atom, electric & magnetism, electromagnetism dengan sejarah & falsafah sains (subjek wajib fakulti)....semua subjek tu (except for atom la of course) aku repair....first class aku adalah.......well...atomic & molecular physics yang aku fail tulah...daeffala lagi yang mengajar....tapi aku tak masuk pun first class tu.....kaki aku berat...aku rasa malu sangat-sangat....huhu.....motivasi aku sepanjang waktu tu : ADA HIKMAH DI SEBALIK APA YANG BERLAKU NI........kalau aku boleh skor giler-giler sem tu, aku boleh naikkan pointer aku....itulah apa yang aku percaya.....

tapi aku dikira bernasib baik jugaklah sebab masih ada batch aku yang extend lagi setahun macam aku....cuma bezanya diorang memang dah plan nak buat 4 1/2 atau 5 tahun....tapi aku TERPAKSA extend....tapi alhamdulillah la masih ada geng....dan alhamdulillah aku ada junior-junior yang best! ameera, ifwat (pakwe nad), fariszuan (aku tak tau caner nak eja nama budak nih...), fadh, ikhwan, farha, fatin, farah & jay (yang sama-sama repeat atom...haha)........kalau masuk kelas EM memang laaaa.......ifwat & de geng la yang selalu menceriakan lecture yang bohr-ink tuh...sampai si shino (yang sama-sama extend dengan aku) yang blur tu pun dah jadik tak betul bila berkawan dengan diorang nih....dan aku rasa bersyukurrrr sangat-sangat bila setiap subjek yang aku amek, aku ada kawan...kawan terbaik aku time tu ameera r....3 out of 4 subjects yang aku amek, sama dengan dia....subjek SFS tu la yang paaaaling aku perlukan dia...haha....ayat tak boleh blah.....

sepanjang tempoh kesedihan dan pengembalian semangat tu jugaklah, adee je yang tanya aku tengah buat apa sekarang....huhu....soalan yang sangat-sangat tak digemari masa tu...kadang tu aku menipu jugak kata dah habis belajar & tengah jadik RA (research assistant)...huhu....

masa pergi tengok kengkawan 1 batch konvo, aku just harap aku tak jumpa sesiapa yang aku kenal, supaya aku tak ditanya "eh....mana baju konvo kau?" ataupun lagi teruk lagi "eh...ko tak konvo ke?" huhu.....tapi ada jugak bertembung dengan kengkawan yang tak tau pasal ni....masa hari fakulti sains konvo tu, aku jumpa wani (kelab drama) kat bus stop.....dia tak tanya, tapi aku yang gatal mulut cakap kat dia... "wani...........hari ni fac sains konvo...." "ohh...." (dia masih tak tangkap lagi agaknya...haha...) "kita patutnya konvo tahun ni...." lepas tu baru la berlaku adegan soal jawab dan tumpahan air mata....sebelum tu pulak (hari yang sebelum sebelum tu r..) masa berjalan-jalan kat tapak pesta konvo FESKUM tu bertembung jugak dengan budak drama aku yang lain.....farhan & madi dengan geng 13ustarz diorang....nasib baik kitorang tak bertembung secara direct, just melaung-laung je....farhan wish selamat konvo kat aku, aku tengkiu aje la...pastu madi pulak tanya "ko konvo kan mai?" erggghhh......soalan yang sudah semestinya nak dielak...tapi aku jawab je la sambil sengih-sengih "entah...hehe.." pastu byebye....nasib baik laaaaa tak lama pun...huhu.....

sebelum majlis konvo tu geng-geng fizik ni nak buat tukar-tukar hadiah...pastu gi makan-makan...masa makan tu shamim tanya "ko tengah buat apa sekarang?" "alaaaa.....ko ni...........lagi nak tanya...." sebab aku ingat diorang ni sume dah tau...rupaa-rupanya tak.....diorang pun mempersoalkan la kenapa diorang (mmm...tak tau la merujuk kepada siapa....lecturer fizik...or orang fac sains...) tak tolong aku untuk lulus sattttuuuuuu je subjek tu...mmm....entahlah....dah memang salah aku pun....kalau aku buat betul-betul, belajar betul-betul tak jadikla macam ni kan...huhu.....

dan sekarang........untuk sem 2 sesi 2010/2011 ni, aku secara tak rasminya sudah bergraduasi dari pengajian fizik di UM ini.......aku amek keputusan tak nak sambung lagi 1 sem (which means aku berada kat jabatan fizik tercinta ni selama 5 tahun!) sebab aku fikirkan duit.....memang la kalau aku extend lagi 1 sem dan amek subjek-subjek yang dapat teruk dulu, aku boleh naikkan pointer, tapi aku dah tak sanggup la.....lagipun duit......yuran kat UM ni kan mahal.....huhu....

dan alhamdulillah disebabkan aku repair subjek-subjek yang teruk dulu tu, pointer aku......mmmm....alhamdulillah lah......walaupun tak tinggi, tapi insya ALLAH cukup untuk buat master...aku sendiri pun macam agak tak percaya la aku boleh dapat tu bila mengenangkan pointer aku dulu teruk...sampai pernah under orb (meaning bawah 2.0) dulu....huhu...."ada hikmah di sebalik setiap sesuatu" kan? :)



p/s : sepanjang tahun lepas, lagu InsyaALLAH maher zain sangat memberi semangat kat aku....well maher zain mania memang dah lama kena kat kengkawan fizik aku, even before diorang ni konvo lagi...


p/s/s : dan sepanjang sem lepas, for the first time aku kerja part-time.....kat farmasi Vitacare kat the gardens midvalley....tapi aku dah resign dah....baru je...last week...hohoho

5 tanda kaki:

MEMORI ARINA said...

huhuhu....cedihnya cite ni

Naufal said...

housemate orang dak marine pon ade amek SFS tu..

safanadia said...

umai...ternyata ko sgt kuat..ape2 pn..lmbt atau cpt akhirnye kte sume bergelar graduan jugak...

syu_hada said...

kita senasib..sedih woo xdapat konvo dgn kwn2 tp hikmahnya dapat repair subjek2 lain...part paling sedih, tgk kwn2 konvo beramai-ramai..n saya konvo sorang2..memang menitik air mata lah..n now rajin plak sambung wat master by reseach..sikit punya menambah masalah tapi entahlah..dah pilih jalan nih, terpaksalah hadapi..mungkin ada hikmah disebalik semua ini..good luck utk awk yer... =)

uchiha ct-k said...

maktik - huhuhu...

nopal - erk...akak kenal budak2 fizik je...yang laen x kenal...

safa - arigatou...butul butul butul...

syuhada - kan? kan? kan? mase dorang konvo tu saye laaa yang jadik fotografer dorang...bayangkan la camne nak tahan perasaan sedih tu...huhu...
waa..kita memang senasib la....gud luck utk awak juge...and thanx sebab drop by n comment..
:)