Mar 21, 2009

isu PPSMI

saya kira...ini adalah post saya yang pertama yang menyentuh pasal hal yang serius.....

sekarang...kat mana-mana pun orang dok memperkatakan tentang isu nih...

kerajaan pun tengah dok mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain tentang isu ni

dah lama sebenarnya nak luahkan apa yang terbuku di hati ni berkenaan dengan isu ni...tapi dipendam-pendam sebab ingat sambil buat post ni...nak buat poll jugak....

di sini saya hanya meluahkan pandangan saya sahaja ok......

bagi saya....PPSMI ni jangan dimansuhkan terus....

benda ni boleh diteruskan...tapi secara berperingkat-peringkat...

saya rasa sekarang ni pun dah cukup bagus.....

macam mana nak huraikan ek....hmmm....camni la....

budak-budak yang lebih kurang umur macam saya ni.......masa sekolah rendah dulu blaja maths ngan sains dalam BM....pastu masa skolah menengah dah nak start dalam BI......mase ni la diperkenalkan terminologi-terminologi sains dalam BI....sebagai persediaan kat pra-U ngan U nanti yang akan belajar dalam BI terus....

dan sekarang ni.....bila dah masuk matrik...masuk U...belajar sains ngan maths dalam BI...

jadi sekarang ni saya rasa situasi macam ni dah cukup bagus dah....

sebabnya...

seperti yang kita tau....masa kecik-kecik ni la ilmu senang nak masuk.....

jadi masa sekolah rendah la guru-guru perlu memperkayakan murid-murid dia dengan ilmu BI nih....sains ngan maths biarlah diajar dalam BM dulu.....supaya budak-budak faham konsep sains yang sebenar....bukan main hafal je....

bila dah masuk sekolah menengah...perkenalkan terminologi sains maths dalam BI....masa ni baru la buat dalam dwi-bahasa....sebab masa ni penguasaaan BI sudah ada....kefahaman dalam bidang sains dan maths pun dah ada.....ini untuk pelajar yang biasa lah....bagi yang dah terlebih advance adalah exceptional....dan bagi yang agak lambat.....masa ni la nak asah budak-budak tu untuk digilapkan....bukan digelapkan.....dan saya kira...kalaupun SM ni diajar dalam BM sekalipun...masih juga ada pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang ni.....sebab lain orang lain kelebihan dan kekurangannya....

bila dah masuk peringkat pra-U dan U, barulah diajar dalam BI......

kenapa saya berpendapat sedemikian?

kerana....

zaman sekarang, BI adalah lingua franca.....semua maklumat berkenaan SM adalah dalam BI.....nak cari info pasal SM ni dalam BM? memang ada....tapi sangat sikit kot...

ada yang memberikan hujah dengan mengatakan negara jepun boleh maju dalam bidang S&T...dan masih menggunakan bahasa kebangsaan dalam PPSM mereka....

ya....memang betul pun.....tapi kenapa hanya tengok pada negara jepun saja?orang-orang jepun, semangat patriotik mereka sangat-sangat tebal....berbeza dengan orang-orang malaysia...sebab tu diorang boleh bangun lepas jatuh dibom.....malaysia? lepas 50 tahun berdiri sendiri pun masih belum segagah jepun.....

orang malaysia perlu dipupuk semangat cinta akan negara dulu....baru boleh lawan jepun....

lagi pun...kalau kita ke jepun, memang sangat sukar nak belajar dari mereka yang tak boleh berbahasa inggeris ni....tak boleh nak faham langsung diorang sebut apa(yang fasih tu kira terkecuali lah ye).....kalau kita macam tu jugak....itu adalah suatu kerugian...sebab bila ada orang luar nak tahu sesuatu dari kita...tapi kita hanya reti terangkan benda tu dalam BM je, maka tak tersampai lah ilmu kita tu pada orang luar tu.....sedangkan apabila kita mengajar seseorang, ALLAH akan melipatgandakan ilmu kita....tak ke rugi namanya tu....

saya faham akan kebimbangan mereka yang menentang PPSMI macam a.samad said...ungku aziz dan sebagainya....mereka adalah pejuang bahasa melayu...mereka takut BM semakin pupus di dunia ni....

tapi bagi saya(meminjam kata-kata kawan saya, wani).....isu belajar SM...dan memperjuangkan BM....adalah 1 perkara yang berbeza...yang hanya dipisahkan oleh satu garisan halus....iaitu bahasa...bahasa sebagai medium untuk menyampaikan ilmu......

bagi saya...komsas yang kementerian jalankan adalah salah satu langkah yang bagus untuk mempertingkatkan kemahiran berbahasa melayu....banyak lagi perkara yang boleh dilancarkan dan dijalankan untuk memperjuangkan BM......contohnya debat BM antarabangsa yang berlangsung baru-baru ni.....sangat bangga bila ada masyarakat luar yang fasih berdebat dalam BM ok...

saya juga faham akan kesukaran pelajar-pelajar luar bandar yang menghadapi masalah dengan PPSMI ni.....sebab saya berkawan dengan ramai jenis orang....ada yang dari bandar...ada yang dari luar bandar.....saya sendiri pun bukannya fasih dalam BI...banyak kelemahan saya dalam bahasa asing ni.....sebab tu saya sangat terkilan dengan sikap saya sendiri yang tidak menggunakan persekitaran sekolah (menengah) dulu, yang mana bahasa utamanya adalah BI, sebagai suatu usaha untuk mempertingkat kemahiran berbahasa inggeris saya.....

tapi......kalau betul-betul kita mahukan ilmu....jangan cipta alasan.....kalau kata budak-budak luar bandar tak reti BI, kenapa seorang budak luar bandar yang hidup dalam kemiskinan boleh survive dan sekaligus dapat 20A dalam SPMnya baru-baru ni.....sebab dia ada semangat menuntut ilmu yang kuat....

kebanyakan yang menentang PPSMI ni terdiri daripada yang berbangsa melayu.....kepada mereka ini.....tidakkah anda terfikir betapa susahnya kawan-kawan anda yang berbangsa cina dan india, yang berbahasa dengan bahasa ibunda masing-masing dari kecil lagi, belajar SM dalam BM masa anda sekolah rendah dulu? tapi macam mana mereka boleh dapat skor yang lebih tinggi daripada pelajar-pelajar melayu yang bahasa ibundanya adalah bahasa kebangsaan sendiri? sekali lagi......jangan cipta alasan.......

kalau dilihat dari segi sejarah islam....tokoh-tokoh ilmuwan kita belajar dalam bahasa greek, yunani dan sebagainya.......mereka mengeluh ke? tak....sebab mereka berpegang pada kata-kata Rasulullah...."timbalah ilmu sampai ke negeri China"...kalau belajar kat negara china...ada kita akan belajar dalam BM? takde........

saya tak ingat saya dapat info ni dari siapa....saya dengar ni dah lama dah......khabarnya dr.mahathir dulu perkenalkan PPSMI ni sebab bila dia pergi luar negara, pelajar-pelajar malaysia yang belajar kat sana menghadapi masalah untuk adapt dan memahami apa yang mereka belajar sebab tiada asas SM dalam BI yang kukuh....akhirnya ramai yang kecundang semata-mata tak boleh survive dalam PPSMI kat luar negara....

kalau kita nak negara kita maju dalam bidang sains dan teknologi, kita perlu terima hakikat yang ilmu ni dalam bidang ni banyak boleh didapati dalam BI....

dan alangkah bagusnya kalau orang malaysia, khususnya muslim di malaysia ni fasih dalam berbahasa inggeris.....dakwah pun dapat disampaikan kepada non-muslim dengan jelas, nyata dan terang....takde tergagap-gagap nak berdakwah sampaikan apa yang nak dibagitau tu tak tersampai pada mereka...

seperti yang saya cakap sebelum ni....saya nak buat post pasal PPSMI ni sekali dengan poll isu ni....jadi saya harap sangat anda semua sudilah mengambil bahagian dalam survey saya yang tak seberapa ni....poll tu ada saya sediakan di sebelah kiri blog ni.....sila buat dengan telus ikhlas....

sebab setakat ni yang saya dapati, kebanyakan mereka yang dalam bidang sains menyokong PPSMI.....sebab senang nak faham.....nak cari rujukan pun senang....

sekian, terima kasih...



post pertama yang gunakan tulisan baku...
hoho....

3 tanda kaki:

Anonymous said...

Maaf,saya pula ahli sains dalam nanoteknologi dan menenentang PPPSMI.PPSMI akan mengurangkan terus pakar sains melayu dan seterusnya melumpuhkan negara kerana kekayaan negara bergantung kepada tenaga sains,bukan tenaga speaking.Mereka yg menyokong PPSMI hanyalah golongan yang lemah sains/matematik tetapi speaking berabuk.Jika ada dlm bidang sains pun,mereka hanya jadi kerani dan pekerja biasa di bawah syarikat cina atau multinasional berbanding dgn golongan aliran melayu yg betul2 menjadi pakar selepas graduate.

Mereka ini hanyalah seperti rakyat Filipina aliran sains,menyokong PPSMI dan belajar di universiti guna BI,tetapi tidak menjadi pakar,pencipta atau jurutera sains.

uchiha ct-k said...

o yea?
ade bukti ke yang sokong PPSMI ni lemah sains maths tapi speaking berabuk?
dan saye nak tau jugak kalau ada bukti pasal yang jadi kerani/pekerja biasa tu...

bagi saya...
kalau nak malaysia maju dalam bidang sains teknologi & R&D, banyak paper yang berkualiti tinggi perlu dihasilkan...
dan paper tu sendiri akan dibaca oleh seluruh dunia...
jadi...
penulisan tu mesti la dalam bahasa inggeris kan...
takkan kita nak assume yang orang luar ni paham bahasa melayu...
lain la kalau BM adalah lingua franca dunia....
tak pun antara bahasa yang paling meluas digunakan macam bahasa jerman, perancis sume....

atau pun kita nak orang luar ketawakan penulisan kita disebabkan BI nye yang tunggang langgang dan term2 sains yang tak betul??

uchiha ct-k said...

lagi 1....
saya tak rasa PPSMI ni diwujudkan untuk melahirkan "tenaga speaking" macam yang awak cakap....
tapi lebih kepada nak memajukan malaysia sendiri....